GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, June 05, 2015

Kerajaan Kelantan memang lemah membantu mangsa banjir, perwakilan kena akui

 Nik Abduh kata kerajaan negeri sudah siapkan76 buah rumah. 440 buah lagi dalam pembinaan...

Pelawok sungguh Ketua Pemuda Pas yang baru dipilih nih. Walhalnya kerajaan negeri hanya berjaya membina 7 buah rumah sahaja setakat ini dan kerajaan Persekutuan menyiapkan 12 sahaja. Jumlahnya 19 buah sahaja.

Bila media mendedahkan kelembapan kerjabuat kerajaan negeri dan persekutuan dalam membina rumah untuk mangsa banjir Mega Kelantan, sudah tentulah mereka akan membandingkan dengan keupayaan NGO-NGO yang telah berjaya membina lebih banyak rumah.

Setakat ini, Yayasan Darul Hijrah telah membina 12 dan DAP bergabung dengan seorang ahli perniagaan Kelantan dan sebuah anak syarikat kerajaan negeri sudah membina 25 buah rumah baharu dan membaiki 35 buah mangsa banjir. Belum lagi dikira Rumah Budiman yang dikelolakan oleh Pemuda dibawah ketua lamanya Suhaizan Kaiat. Korang bandingkanlah sendiri...walhal kerajaan negeri dan pusat mempunyai segala macam kemampuan namun kerjabuatnya sangat menghampakan....

Saya tidak pasti samada dakwaan Nik Abduh itu sebenarnya merujuk kepada projek bersama kerajaan Kelantan dan kerajaan Selangor. 

Dalam projek kerjasama tersebut, Kerajaan Kelantan hanya menyediakan tapak sahaja untuk pembinaan 60 buah rumah.

Agak malang apabila ada perwakilan PAS Wilayah Persekutuan hari ini membidas kumpulan dalaman parti yang dilihat "bersaing" dengan kerajaan Kelantan untuk membantu mangsa banjir membina semula kehidupan mereka.

 Kamaruzaman Mohamad dalam perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar PAS ke-61 berkata kumpulan demikian memberi imej buruk kepada kerajaan negeri dan cuba mencari nama untuk diri sendiri.

 "Mutakhir ni, ada pergerakan seperti bersaing dengan jemaah sendiri untuk membina nama sendiri. Apabila Kelantan banjir, wujud NGO daripada jemaah sendiri bersaing dengan kerajaan negeri untuk menunjuk seolah-olah kerajaan negeri lemah uruskan tragedi banjir," katanya ketika bercakap di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Kuala Selangor, pagi ini. Baca seterusnya di sini

Kenapa berburuk sangka sedemikian rupa? Apa masalahnya jika bersaing untuk membantu mangsa banjir membina semula kehidupan mereka. Bukankah agama suruh kita berebut-rebut dalam membuat kebajikan?

Islam adalah agama persaudaraan. Ciri-ciri persaudaraan terkandung dalam nilai-nilai unggul seperti berbuat baik, berkasih sayang, hormat menghormati, tolong menolong, amanah, jujur, bertimbang rasa dan sebagainya. Justeru, nilai-nilai murni ini menjadi tunjang di dalam masyarakat. Oleh itu, kita dituntut berbuat baik atau melakukan kebajikan kepada sahabat handai, jiran tetangga, lebih-lebih lagi kepada mereka yang seagama dengan kita bahkan kepada semua manusia. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 148:

 Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari Kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

 “Fastabiqul khoirat" - Berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebajikan. Mafhum daripada ayat al-Quran tersebut, maka beruntunglah bagi orang atau sesiapa yang banyak memberi manfaat dan pertolongan kepada sesama manusia, suka memberi bantuan dalam kerja-kerja kebajikan atau berusaha mengurangkan penderitaan yang ditanggung oleh seseorang yang telah ditimpa musibah. 

Kita boleh membantu mereka samada berupa tenaga, wang ringgit atau sokongan moral.Oleh itu, marilah kita berlumba-lumba untuk menjadi manusia yang banyak memberi manfaat bukannya manusia yang sering mendatangkan musibah seperti memecahbelahkan masyarakat, apa lagi memfitnah sesama jemaah.
Comments
5 Comments

5 comments :

Malaysiabaru said...

Nik abudoh lagi...

Yang siap adalah 76 rumah pelacuran yg membayar rasuah kpd ularmak untuk terus aktif

Di Kelantan ada Nik abudoh

Di Selangor ada azmin budoh Ali yang memberi jawatan tinggi kepada menantu presiden dan geng ularmak sedangkan professional di pinggirkan

Nasihat kpd azmin jgn jadi perangai TSKI yg bg sumber Selangor kpd ularmak Pas...

Kita tak mahu lepas ni PKR pula bercakaran... Pecat saja menantu dan ganti dgn profesional... Sebelum PAS dpt saguhati UMNO lebih banyak lebih pecat semua exco Pas! Demi masa depan Pakatan!

Anonymous said...

dia nak cari point nk burukkan org jer kerja dia ni.nk tolong org buat rumah pun x boleh.pendek akal budak sekoq ni

Malaysiabaru said...

Sebab aku panjang akal la aku nasihat mcm di atas...

Aku dah nmpak biol mcm ko yg dah plan nk mkn 3penjuru dgn umno pakatan dan setanirajim

Maka sebelum ularmak dpt merealusasikan agenda mereka ... Apa kata pakatan bg ajaran kpd ularmak yg menang bertanding cara busyuk umno apco supaya sumber Selangor di potong 50% kod mereka dan lihat mereka sabar ke tak?

Atau mereka meroyan mengadu dgn umno dan gerakkan rampasan di Selangor? Kita test ularmak ni dan lihat tibdakbalas mereka... Ujian nama tu..

wan amero said...

Kambing sudah bertukar kepada anjing....memang bangsat PAS sekarang.Sayonara aku tak akan undi lagi.

wan amero said...

Malaysiabaru ambo sokong demo....ustaz mercun nik abodoh masa kelate banjir sibuk fesbuk jah.ABODOH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...