GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, June 03, 2015

Kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

SILA BACA DI SINI
Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 54 yang bersidang pada 3 jun 2015/16 sya'ban 1436 H di KUIZM

 Tahaaluf Siyaasi (Kerjasama Politik) Dengan DAP

1. Menyedari bahawa DAP sebagai rakan kerjasama politik PAS menerusi Pakatan Rakyat secara rasmi telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Pusat selaku ketua kepada parti.

 2. Menyedari juga bahawa Pakatan Rakyat di Sarawak dan Sabah telah dibubarkan ekoran tekanan daripada DAP.

 3. Menyedari bahawa DAP telah melangkaui batasan daripada hanya tidak bersetuju kepada menentang dan mengkritik secara lantang dan keras serta melobi ahli-ahli PAS untuk menolak usaha memperkasakan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang telah dikanunkan 1993 sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

4. Menyedari bahawa DAP menerusi Lim Kit Siang dalam satu soalan rasmi ke Parlimen bertarikh 18 mei 2015 melakukan provokasi terhadap usaha PAS Kelantan untuk meminda perlembagaan bagi melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia dengan cuba menyifatkannya sebagai bertentangan dengan semangat kenegaraan dan boleh memecah-belahkan negara.

5. Menyedari bahawa DAP secara konsistant dan berterusan menyerang Presiden PAS dengan pelbagai tohmahan dan kutukan.

6. Menyedari bahawa DAP secara berterusan dan konsistant melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dalam PR.

7. Menyedari bahawa DAP telah gagal untuk berpegang kepada prinsip "setuju untuk tidak bersetuju" dalam prinsip dan perjuangan bersendiri setiap parti dalam Pakatan Rakyat seperti perjuangan untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam.

8. Menyedari bahawa antara syarat-syarat Tahaaluf Siyaaasi (kerjasama politik) dengan parti yang tidak berlandaskan Islam mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam serta mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.

9. Menyedari bahawa sebahagian syarat-syarat keharusan kerjasama politik dengan parti tidak Islam telah dilanggar oleh sebahagian ahli PAS antaranya intimak (penggabungan diri) dan walak ahli hendaklah kepada parti Islam.

MAKA Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke 54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat. 

■ Diterima dgn sebulat suara 644 perwakilan Ulamak jam 6.50 ptg.
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

MAKA Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke 54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

Perenggan terakhir di atas tiada lain hendak boleh dikomen, hanyalah bunyinya macam sial shj.

Malaysiabaru said...

Inilah sifat munafik nik abudoh

Lawak jenaka nk kekal dlm pakatan di depan malaysiakini

Waktu mlm senyap senyap mesyuarat pemuda nk hancurkan pakatan

Di Selangor ada azmin buduh ali yg dok bg jawatan berjuta kpd pemuda pas menantu boss yg guna duit gaji berjuta untuk pancing undi.... Busyuk dah pakatan sampai menantu boleh rembat glc

Anonymous said...

last paycheck bro....kesian but thx for all the fucking mucking erhadap ulamak...walaupun bad publciity still publicity...any publicity is a good publicity...klu x org x nyampah dgn jebon2 dan pasma

Anonymous said...

Pada aku.... PAS UG nak keluar PR, cuma tak mau dikatakan keluar sendiri... nak sekutu PR lain tendang PAS.... dengan itu bolehlah dia buat cerita macam dia kena tendang dengan UMNO/BN dulu. Boleh jaja merata kata orang lain jahat sedangkan hati sendiri sangatlah busuk.

PAS UG tahu jika mereka mengusul PAS keluar PR, mungkin perwakilan akan memprotes dan undi yang terjadi di dalam kes Pemuda PAS akan berubah terhadap AJK PAS Pusat. Namun dengan memutuskan hubungan dengan DAP, secara tidak langsung perwakilan PAS akan dilemma... lebih-lebih lagi sebahagian perwakilan memang elergik dengan DAP. Paling kuat akan terjadi seperti zaman Barisan Alternatif, namun PAS bukan parti yang boleh dilihat suci kini sama ada oleh DAP mahupun PKR, episod tikam dari belakang PAS UG terhadap PKR pasti akan diingati selama-lamanya.... mereka bukan orang mukmin tapi yang pasti mereka tidak bodoh.

PAS UG pada aku bolehlah bermimpi indah sehingga akhir muktamar.... namun selepas ini tak kira siang atau malam PAS UG akan bermimpi ngeri.

Anonymous said...

Dalam hati tak mau bercerai tapi otak kata kita berpisah dulu kalau umur panjang kita rujuk balik itun kalau kita menag banyak dalam PRU14 nanti kalu kita kalah teruk kita rujuk cara cian bu** lah,innalillah hi wa inna ilai hiroji'un.

Anonymous said...

Wahai ulama ulama ku, ambo nak habaq
PR diwujudkan hasil persefahaman politik antara PAS, PKR dàn DAP, bila salah satu antara 3 parti itu menarik diri atau memutus hubungan, maka Pakatan Rakyat ( PR ) tidak wujud lagi.

Anonymous said...

"Batal tahaluf siyasi dengan DAP tapi terus kerjasama dengan PKR dalam Pakatan Rakyat".
Kenyataan yang menunjukkan standard ulamak Pas yang buat resolusi, macam ulaq ayaq sembang di kedai kopi sambil mentedarah bihun talam minum teh o aja!

Anonymous said...

kenyataan bodoh!! nak duduk dalam pakatan tapi taknak kerjasama ngan dap?ini keluar dari mulut orang bodoh,bodoh sokmo kata org kelantan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...