GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, June 19, 2015

Kita semadikan sejambak kemboja di atas pusara itu...

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) masih belum mati tetapi hanya pengsan. 

 Menurut Mustafa, PAS akan tetap bersama PKR untuk memastikan PR terus hidup, lapor portal berita MStar Online.

 "Pakatan tidak mati, hanya 'pengsan'," katanya pada sidang media di pejabat Perhubungan PAS Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Sementara itu Hj Hadi hari ini menegaskan Pakatan Rakyat (PR) masih wujud dan belum berkubur biarpun rakan sekutunya DAP sudah mengisytiharkan pakatan pembangkang itu tidak lagi wujud.Menurutnya setakat ini PAS belum menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan DAP bubar Pakatan Rakyat dan PAS juga belum terima kenyataan rakan sekutunya, PKR, katanya di sini

Ini apa kejadahnya? Masih dalam sindrom penafian. Pakatan Rakyat dah lebur, sejurus sahaja Muktamar PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP. PAS tak perlu hantar surat memaklumkan kpd PKR atau DAP. Mereka tidak perlukan itu semua, maka PAS juga tak patut nak minta apa-apa kenyataan resmi dari PAS. Semuanya dah nyata jelas.

 Dengar apa kata Rafizi Ramli, Lim Kit Siang dan Khalid Samad melalui rakaman DI SINI

Mat Sabu dan Mujahid telah pun mengumumkan perletakan jawatan mereka dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. Dan kerajaan Pulau Pinang telah pun mengambil tindakan susulan dengan memecat orang-orang PAS yang berdegil tidak mahu meletakan jawatan....

Yang pengsan, kalau nak ikut kata Mustafa Ali itu ialah PAS, bukan DAP, bukan PKR! Orang pengsan dia tak akan mampu nak bertindak apa-apa seperti pecat memecat! Hahaha!

Malah sebenarnya, pengsan PAS ni dah masuk peringkat koma yg kritikal sangat ....akal dah tak berfungsi.Hanya pakai bantuan saluran pernafasan yang diberikan Umno di bilik ICU.Umno sahaja yang berada di sisi PAS sekarang... Inna lillahi wa-inna ilaihi rajiun....kita berkunjung ke pusara selepas hari raya ni nanti  di sini

Kita semadikan sejambak bunga kemboja di atas pusara itu nanti...
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Presiden yang masih hendak pertahankan lagi ketololannya dan sudah hilang kewarasan berfikir agaknya ,semua ahli dan pengikut telah buat keputusan atas arahan dia tapi dia masih lagi hendak menyakinkan pengikut yang mungkin seangkatan ketololan mereka demi untuk menegakkan kemungkaran tersebut yang pelik bin ajaibnya AJK baru pun ikut bisu takut hendak membetulkan atau buat teguran demi PAS bagi kembali kelandasan yang asal tidak berflip flop,usah salahkan sesiapa bawa sedarkan diri dari pengsan itu barulah boleh bersuara seperti biasa.

wan amero said...

PAS telah mati selepas koma dibunuh PAScai dgn kaedah sadis hadi dibantu lebai2 pussy dan ustat2 fulusss.

Anonymous said...

Ini lah padahnya parti yg tak pakai otak .,
Yg digunakan Siku & Lutut,
Perwakilan dah tak waras dan ikut bulat 2 Chai (toto chai haram ,pas chai halal)
Da sampai masa ya ALLAH bayar cash
Untuk parti Siku & Lutut ,
Besar salahnya,pasal melibatkan Islam
Yg sepatutnya laksanakan Islam semulianya,akhir zaman yg bersalah takkan Akan sentiasa pertahankan salahnya, malah Tuduh yg lain salah,
Pas Menuju kemusnahan,
Pas untuk melayu yg gagal perjuangkan Islsm ikut Aliran yg betul
Taksub pd pemimpin mengatasi Islam sebenar2nya,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...