JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, June 21, 2015

Kopi Susu dan Pakatan Rakyat

Polemik semasa adalah samada Pakatan Rakyat masih wujud atau sebaliknya. DAP dengan tegas menyatakan Pakatan Rakyat sudah terkubur. PKR melalui kenyataan Presidennya, DSWA, telah menyatakan kekecewaannya terhadap usul muktamar PAS dan kenyataan DAP sambil menyebut bahawa “Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formalnya”. PAS melalui kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mustapha Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang baharu, menyatakan bahawa Pakatan Rakyat masih wujud tetapi ‘pengsan’. Pada pagi semalam, 20 Jun 2015, TGHH pula menyebut bahawa Pakatan itu tetap wujud selagimana ada dua parti yang terlibat.

 Kesemua kenyataan yang ini, walaupun dilihat bercanggah, ada kebenarannya dan oleh itu tidak hairanlah apabila sebahagian besar masyarakat menganggap ianya mengelirukan. Ia menyebabkan persoalan asal, samada Pakatan Rakyat masih wujud kelihatan seolah-olah masih tidak dijawab!

 KOPI SUSU

 Untuk menjelaskan keadaan yang sedang wujud, biar saya berikan contoh yang mudah difahamai semua, iaitu contoh ‘Kopi Susu’.

 Kopi susu adalah ‘Kopi susu’, selagimana campuran bahannya adalah kopi, susu dan gula. Apabila dikeluarkan susu, maka ianya menjadi Kopi ‘O’. Kalau dikeluarkan gula selepas itu, maka ia menjadi Kopi ‘O’ kosong. Walaupun ianya masih Kopi, tetapi 3 jenis Kopi itu tidak sama malah jauh berbeza. Hanya yang tidak berapa 'betul' akan cuba mengatakan bahawa ‘Kopi susu’ adalah sama sahaja dengan Kopi ‘O’!

 Maka begitu jugalah dengan Pakatan Rakyat. Ianya gabungan 3 parti iaitu PAS, PKR dan DAP. Apabila salah satu parti dari tiga parti itu keluar, maka walaupun ianya masih lagi ‘Pakatan’, sepertimana yang ditegaskan oleh TGHH, pokoknya ianya bukan lagi ‘Pakatan Rakyat’. Sekiranya ianya di antara PAS dan PKR sahaja, ianya sudah menjadi satu Pakatan Baharu yang boleh dinamakan sebagai Pakatan PKR-PAS. Boleh juga diwujudkan Pakatan lain sekiranya PKR ‘menduakan’ PAS dengan mewujudkan ‘Pakatan PKR-DAP’.

 PAKATAN RAKYAT SUDAH TIADA

 Pokoknya, setiap parti sudah bebas dari ikatan Pakatan Rakyat apabila salah satu parti komponen mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Dengan erti kata lain, parti tersebut telah keluar dan dengan itu yang tinggal tidak lagi dinamakan sebagai Pakatan Rakyat. Maka dalam suasana itu, setiap parti bebas bergerak mengikut kehedaknya sendiri. Tiada lagi sebarang ikatan antara mereka kerana Pakatan Rakyat sudah tiada.

 Dalam kenyataan Presiden PKR, beliau telah menyatakan bahawa PKR menyokong kerajaan Kelantan yang dipimpini PAS dan menyokong juga kerajaan Penang yang diketuai DAP. Ini merupakan pendirian PKR terhadap kerajaan PAS di Kelantan dan terhadap kerajaan Penang di bawah kepimpinan DAP. 

 Kenyataan ini perlu dibuat kerana pendirian DAP terhadap kerajaan Kelantan dan PAS terhadap kerajaan Penang adalah berbeza. DAP sudah tidak bersama PAS dan dengan itu tidak menyokong kerajaan Kelantan di bawah PAS. PAS pula, kecuali ingin melakukan U-turn, telah memutuskan hubungan dengan DAP dan dengan itu tidak lagi menyokong kerajaan Penang di bawah DAP.

 Saya rasa tidak mungkin PAS melakukan U-turn dan kenyataan TGHH yang menyebut bahawa “dua parti memadai untuk mewujudkan Pakatan” adalah konsisten dengan keyakinan saya ini.Sila baca seterusnya di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...