GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, June 17, 2015

Laporan: Adik PM rancang tubuh parti baru

Biasanya bila nak raya, anak-anak sibuk dengan baju baru, kaum ibu sibuk nak tukar langsir baru...tapi raya tahun ini, ramai pula yang mahu tukar rumah baru....

Malam tadi kumpulan progresif dah sepakat akan berjuang melalui wadah baru.Berita terbaru pula adik PM Najib nak tubuh parti baru pula. 

 Ahli pembankan Datuk Seri Nazir Abdul Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memulakan inisiatif untuk menubuhkan sebuah parti politik bukan partisan yang baru untuk mendekati semua kaum, Lapor Asia Sentinel.

 Laporan itu berkata parti baru itu bertujuan untuk "melakar semula landskap politik negara" dan menamatkan politik perkauman.

 Nazir, yang mengetuai Bank CIMB, dilaporkan telah menemui bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Saifuddin Abdullah, salah seorang daripada beberapa pemimpin Umno yang berfikiran liberal, untuk memimpin parti baru.

"Rakan-rakan Nazir telah menasihati beliau supaya menjadi penggerak utama, atau ia tidak akan berhasil.

 "Saifuddin (gambar), walaupun dihormati sebagai seorang sederhana, tetap tidak mempunyai pengaruh yang meluas untuk menarik sokongan," kata laporan itu.

 Laporan Asia Sentinel muncul di tengah-tengah kemelut perpecahan Pakatan Rakyat dan hubungan yang semakin selesa di antara PAS dan Umno.

 Ini, kata laporan itu, telah membuka ruang terhadap kemungkinan penjajaran semula politik, kerana parti komponen BN mungkin mengetepikan Umno untuk mencari rakan-rakan yang lebih baik.

 Nazir, yang merupakan ahli pembankan yang dihormati dan anak perdana menteri kedua Malaysia, boleh menyediakan platform untuk gabungan baru, katanya.

 Sejak beberapa bulan yang lalu, Nazir dilihat kritikal terhadap dasar-dasar Putrajaya, terutamanya dalam pengendalian kontroversi 1MDB, dan ini memberi kredibiliti kepadanya.

 Laporan itu menyatakan bahawa Nazir dan sekutunya sangat mampu untuk menyediakan dana yang diperlukan.malaysiakini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...