JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, June 23, 2015

Mahkamah Syariah Khas bercanggah dgn Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) 1965.

TAZKIRAH RAMADHAN SIRI II oleh Che Ibrahim Mohamed


Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 ialah suatu undang-undang jenayah yg melibatkan kesalahan2 Zina, Qazaf, Syurb, Hirabah, Mencuri, Murtad, Membunuh, Mencederakan orang lain dan perkara2 yg berkaitan dgnnya. Kesalahan2 ini boleh dihukum dgn hukuman hudud dan qisas yg melibatkan hukuman bunuh, potong kaki/tangan, rejam sampai mati, sebat antara 40 hingga 100 rotan sebagaimana yg ditetapkan oleh hukum syarak.

 Mengikut KJS II (1993) 2015, kesalahan2 yg diperuntukkan dlm enakmen ini akan dibicarakan dan dijatuhkan hukuman oleh satu mahkamah khas yg akan ditubuhkan dgn nama Mahkamah Bicara Khas Syariah dan Mahkamah Rayuan Khas Syariah.

Namun begitu, Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) 1965 hanya memberi kuasa kpd mahkamah syariah negeri membicarakan kesalahan2 terhadap ajaran agama Islam yg dilakukan oleh penganut agama Islam shj sbgmana yg disebut dlm Senarai II, Jadual , Perlembagaan Persekutuan, dgn syarat kesalahan2 tersebut tidak diperuntukkan dlm mana2 undang jenayah persekutuan dan hukuman yg boleh dikenakan setakat penjara 3 thn atau denda rm5000 atau sebatan 6 kali atau gabungan hukuman2 tersebut.

 Ini bermakna Mahkamah Syariah Khas yg ditubuhkan di bawah KJS II (1993)2015 tidak boleh membicarakan kesalahan2 dan mengenakan hukuman hudud dan qisas sbgmana yg diperuntukkan dlm KJS II (1993)2015 kerana bercanggah dgn Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) 1965.

Mengikut Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) 1965, Mahkamah2 Syariah negeri hanya boleh membicarakan kesalahan2 yg berkaitan kekeluargaan islam shj spt perkahwinan, perceraian, nafkah anak dll. Adapun kesalahan2 spt judi, rogol, liwat, mencabul kehormatan, merompak, mencuri, membunuh, mencederakan orang dsbnya, walaupun ianya berkaitan dgn undang-undang hudud dan qisas, tidak boleh samasekali dibicarakan di mahkamah syariah wpun setakat yg dilakukan oleh penganut agama Islam shj.

Nasharudin Mohamad: Maknanya perlu prluas bdang kuasa mhkmh syariah dlu bru boleh buat EKJS II ? 

Che Ibrahim Mohamed: Betul....kena pinda perlembagaan dulu bagi memberi kuasa kpd mahkamah syariah bagi semua kesalahan hudud dan qisas ( dan takzir)
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...