GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, June 12, 2015

Mana 400,000 Netbook 1Malaysia, Shaberi Cheeik?

Akibat mempersoalkan isu 400,000 unit netbook 1Malaysia yang Timbalan Perdana Menteri sepatutnya memberikan penjelasan, tetapi dia telah dihalau keluar dari Dewan Rakyat hanya semata-mata menteri tak dapat nak menjawap? 

Kenyataan media Teo Kok Seong, Ketua DAPSY Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Rasah pada hari Jumaat 15 Mei 2015 di Kuala Lumpur:

 “Mana 400,000 Netbook 1Malaysia yang dijanjikan untuk warga pendidik pada Hari Guru tahun lalu?” Esok 16 Mei adalah sambutan Hari Guru yang akan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa warga pendidik dalam memberi ilmu dan didikan kepada anak-anak kita.

Pada 16 Mei 2014 iaitu Hari Guru tahun lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah mengumumkan di sini bahawa sebanyak 400,000 unit Netbook 1Malaysia akan diberikan kepada warga pendidik sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka terhadap negara.

 Pada 19 Jun 2014, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah memaklumkan kepada Dewan Rakyat ketika menjawab soalan YB Nurul Izzah bahawa sebanyak RM400 juta telah dibelanjakan untuk pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru-guru seperti mana yang telah dijanjikan sempena Hari Guru 2014. Selain itu, sebanyak 48 pembekal telah dilantik oleh Kementerian untuk membekalkan Netbook 1Malaysia kepada 400,000 orang guru. Esok genap setahun pengumuman pemberian Netbook 1Malaysia oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Ramai guru masih tertanya-tanya di mana Netbook 1Malaysia mereka kerana mereka masih belum menerima hadiah yang telah dijanjikan oleh pihak kerajaan.

 Justeru izinkan saya memaklumkan kepada semua warga guru dan seluruh rakyat Malaysia mengenai perkembangan terkini janji 400,000 unit Netbook 1Malaysia.

 Menurut jawapan bertulis oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia kepada saya ketika persidangan Parlimen Mac – April 2015:-

 “Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak meneruskan pemberian Netbook 1Malaysia kepada 400,000 guru kerana bilangan yang disediakan tidak mencukupi. Selain itu, KPM juga berpandangan bahawa penggunaan netbook ini dapat dioptimumkan sekiranya ditempatkan di makmal komputer sekolah dan dilengkapkan dengan perkhidmatan sokongan teknikal juruteknik KPM. Walau bagaimanapun, KPM telah menyediakan perkhidmatan Netbook 1Malaysia untuk pinjaman guru jika ada keperluan.

 Sebanyak 218,002 unit Netbook 1Malaysia kepada 4,501 sekolah dan 367 Pusat Kegiatan Guru (PKG) seluruh Malaysia. Selain itu, KPM telah menyediakan sebanyak 42,532 Netbook di pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk menyediakan perkhidmatan pinjaman kepada semua guru-guru seluruh Negara. Sebanyak 126,231 unit dikekalkan sebagai unit gantian agar perkhidmatan makmal dan pinjaman kepada guru-guru dapat beroperasi sepenuhnya tanpa gangguan. Dengan kemudahan unit gantian oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) kepada sekolah, sebarang aduan kerosakan Netbook ini dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan efisien.”

 Soalan saya kepada Menteri Pendidikan:

 1. Bilangan netbook 1Malaysia tidak mencukupi sebagai hadiah kepada warga guru merupakan satu alasan yang tidak munasabah dan tidak boleh diterima. Sebanyak RM400 juta sudah dibelanjakan dan sebanyak 48 pembekal telah dilantik seperti yang diumumkan setahun yang lepas. Bagaimana pula masih tidak mampu untuk mebekalkan 400,000 unit netbook?

 2. Jika bilangan Netbook 1Malaysia tidak mencukupi, mengapakah KPM boleh menyimpan stok sebanyak 126,231 unit dikekalkan sebagai unit gantian?

3. Mengapakah kerajaan atau kementerian perlu menampung kos untuk menyimpan sebanyak 126,231 unit gantian? Tidakkah 48 pembekal yang dilantik menawarkan “after sales service” yang menjamin kualiti netbook yang dibekal?

4. Netbook 1Malaysia yang dijanjikan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek adalah sebagai hadiah kepada 400,000 warga guru. Bagaimana hadiah Netbook yang dijanjikan akhirnya boleh bertukar menjadi perkhidmatan pinjaman Netbook?

 Seperti apa yang diumumkan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 19 Jun 2014, sebanyak RM400 juta telah pun dibelanjakan untuk pemberian Netbook 1Malaysia. RM 400 juta merupakan satu angka yang sangat besar dan ia perlu diperjelaskan kepada semua warga guru dan seluruh rakyat Malaysia. Jika RM400 juta telah dibelanjakan, saya rasa pihak kerajaan harus menjawab ke mana perginya kesemua Netbook 1Malaysia yang telah dibeli itu.

 Saya tidak dapat menerima pendekatan KPM untuk menyimpan 126,231 unit gantian. Kalau ikut logik KPM, ini bermakna setiap orang yang membeli netbook atau notebook untuk penggunaan persendirian sekurang-kurangnya perlu memberi dua unit; satu untuk digunakan, dan satu atau dua lagi perlu disimpan di rumah untuk dijadikan gantian?

 Tindakan kerajaan memungkiri janji pemberian Netbook 1Malaysia kepada warga pendidik sebagai hadiah sempena Hari Guru 2014 merupakan satu penghinaan kepada sumbangan warga pendidik. Saya menyeru Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin selaku Menteri Pendidikan untuk memberi penjelasan yang munasabah dalam perutusan beliau sempena Hari Guru 2015.

TEO KOK SEONG
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...