GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, June 01, 2015

Mat Sabu timbang saman Bernama, akhbar

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita nasional dan dua akhbar utama yang menyiarkan laporan mendakwa beliau menyindir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Mohamad berkata ucapannya dalam ceramahnya di Tumpat Jumaat lalu "diputar belit" sehingga mencetuskan "keresahan ahli, memburukan imej beliau dan menjadi ketidakharmonian dalam parti."

 Sinar Harian dan Utusan Malaysia menyiarkan laporan tersebut di muka depan semalam.

 "Oleh itu saya akan berbincang dengan peguam. Kalau ada kes, tindakan undang-undang akan diambil.

 "Tulisan (laporan) itu berniat jahat terhadap saya dan terhadap parti saya," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Petaling Jaya petang ini. Baca lagi di sini 

Komen al-Husseyn : 

Saya ada cuka kutip berita tersebut tetapi menukar tajuknya kepada Mat Sabu bantah rancangan Hadi bawa pas keluar Pakatan kerana tajuk asalnya bersifat provokasi.
Comments
1 Comments

1 comment :

Wan Rosli said...

Tukar tajuk pun fitnah jugak.. lua lua selupa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...