GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, June 06, 2015

Mazlan Aliman di persimpangan jalan........

Mazlan Aliman merupakan aktivis PAS yang telah terbukti perform dan komited dengan ANAK. Beliau menaikan status di fesbuk menggambarkan keadaan beliau yang kini sedang berada dipersimpangan jalan ....

Saya sekadar mengharapkan Mazlan Aliman ini tidak menjadi mangsa buli wala'un yang telah memisahkannya dari rakan-rakan lainnya....

Seorang sahabat fesbooker menaikan status berikut , mungkinkah 'sekoq jebon yang dimaksudkan itu Mazlan Aliman? 



Berikut status Mazlan Aliman yang terbaru :

 Terimakasih atas kepercayaan perwakilan dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke 61, yang memilih saya dalam kelompok AJK Kerja PAS Pusat sesi 2015-2017. Amanah ini amat berat, manakala harapan rakyat begitu tinggi.

 Buat tempoh tertentu, saya mahu menumpukan perhatian terhadap Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) yang mempunyai pejabat baru di Ukay Perdana. Memperkasa organisasi dan menangani isu FGV serta kebajikan warga Felda adalah fokus utama. Ia disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden PAS , Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

 Sungguh pun komitmen terhadap Ngo Anak akan diteruskan, kemelut dalaman parti telah memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya. Sebagai manusia biasa dan penglibatan dalam PAS sejak tahun 1986, situasi ketika ini paling mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi. Apatah lagi ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban telah tewas dalam pemilihan. Saya amat sedih dengan suasana ini dan mengganggu emosi saya. Ia detik yang sukar; kepada Mu Ya Allah, hamba Mu memohon pertolongan.

 Justeru, saya akan umumkan dalam masa yang sesuai, samada kekal sebagai AJK Kerja PAS Pusat atau membuat keputusan melepaskan jawatan. Apa pun keputusan yang saya buat, perjuangan mendaulatkan Islam dan pembelaan terhadap nasib rakyat adalah keutamaan hidup. Ia segala galanya dalam hidup saya.

 Moga Allah beri kekuatan kepada hambaNya ini.

 Mazlan Aliman
 5 Jun 2015
Comments
7 Comments

7 comments :

Ridd said...

Lepaskan saja. Mari kita Hijrah beramai ramai dari dengar pemimpin yang bermuka muka. Tinggal PAS Hadi dan Nik Abduh. Pru akan datang ubah undi.

Anonymous said...

LEPASKAN JAWATAN DAN TUMPU PADA ANAK.BIAR KAN PAS DIKEMUDIKAN OLEH HADI DAN GENG PIL KUDA NYA.

MOHD NIZAM said...

Setuju sangat...

Anonymous said...

Kesian sungguh dgn melayu yg rasa memperjuangkan Islam tapi tak mengikut jln yg sepatutnya..Bos sendiri pun suruh beri peluang pada yg baru dilantik korang terus cari salah org dan hina...sedar lah ini adalah agenda org kafir ..punca nya dari dap yg menganiayai korang dan group yg dig eluar professional ..dap taja bayar dan lantik utk anda kerja dibawah mereka dan dibayar gaji..kemudian setelah di lihat yg korang boleh dipengaruhi dap akan create rancangan utk men fitnah golongan yg payah utk dipengaruhi..sedang kan anwar pun ter pengasuh dgn mereka antara ya dlm langkah kajang dimana pas tidak di ajak membuat keputusan bersama..dan apabila di lihat berlaku pertembungan pendapat dikala ngan pemimpin pas maka disini bermula jarum merosakkan pemikiran dikeluarkan supaya berlaku pertelagahan..supaya pas saling bercakaran dan berpecah supaya lemah.ang menjadi mangsa ialah kedua2 pihak..dan mereka ketahui yg kalah akan merasa disisih dan mereka akan masuki lagi idea mereka utk menaja yg kalah atau disamping dlm masa yg sama berbaik dgn yg menang..yg menjadi mangsa kedua2 tapi yg lebih menampakan pada yg kalah..dan mereka akan menunjuk simpati dlm masa yg sama akan memburukkan yg menang..cina ni payah nak jumpa yg betul2ikhlas..lihat lah samada pihak umno atau pas kedua2nye ditaja oleh cina utk memburuk antara satu sama lain..anda cuba kaji dan lihat lah sendiri apa yg akan berlaku..buat lah solat hajar atau istiqarah supaya Allah tunjuki...

Anonymous said...

Setiap yg anda cakap dan tulis ni dan siar ada ke refer pada Allah dulu

Malim Kundang said...

Aku setuju sangat........Biarkan hadi and the gang kaki cai no. ekor dgn UG nya.

Anonymous said...

Sabar bro..allah akn tunjuk siapa bro sebenarnya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...