GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, June 11, 2015

MSU dan JK Pusat perlu jelaskan isu putus hubungan dengan DAP – Mohd Fitri Bin Asmuni

"MAKA Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke-54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat" - Matan asal Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-54.9 Fakta:

 1. Usul Tergempar Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ini adalah usul yang datang daripada Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat (JK DUPP) sendiri yang dibentangkan Ustaz Mokhtar Senik, bukannya daripada perwakilan ulamak kawasan;

 2. Matan asal usul tergempar tersebut bukanlah meminta agar MSU dan JKPP membincangkan hubungan kerjasama politik PAS dgn DAP sebaliknya mencadangkan (baca mengusulkan) agar MSU dan JKPP membatalkan kerjasama politik dengan DAP;

 3. 8 daripada kesemua JK DUPP itu merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak (MSU) yang mana Mursyidul Am adalah salah seorang daripadanya;

4. Ketika usul tersebut datang daripada JK DUPP sendiri, sudah tentu ia mendapat persetujuan daripada seluruh JK DUPP termasuk Mursyidul Am sendiri;

5. Usul tergempar tersebut diterima tanpa bahas; 

6. Usul tersebut setelah dibawa ke Jawatankuasa Usul dan atas arahan Presiden PAS, usul tersebut (dengan pindaan) diputuskan untuk diterima tanpa bahas di dalam Muktamar PAS Pusat walaupun dibantah perwakilan daripada Rembau dan Kota Raja.

 7. Akhirnya ia menjadi Usul yang diterima tanpa bahas di dalam Muktamar PAS Pusat kali ke-61;

 Sebagaimana yang dilaporkan akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Jun 2015, Asmuni Awi yang merupakan bekas Bendahari PAS Pusat menegaskan usul tersebut tidak boleh ditarik balik pada bila-bila masa dan perlu dilaksanakan serta-merta. Beliau bagaimanapun menjelaskan PAS perlu mengadakan Muktamar semula jika mahu menolak usul tersebut.

 Walaubagaimanapun semalam, Wan Rohimi Wan Daud sementara menyatakan PAS adalah sebuah parti yang unik, turut menegaskan persoalan hubungan Tahaluf Siyasi PAS dengan DAP adalah melibatkan soal hukum. Justeru katanya persoalan tersebut hendaklah diputuskan MSU selaku pakar yang faqeh dalam soal-soal hukum yang berkaitan.

 Di dalam artikelnya itu (usul tahaluf fahami organisasi perlembagaan pas), sungguhpun Wan Rohimi pada mulanya bersetuju lenggok bahasa usul yang digunakan DUPP dan yang dipinda Muktamar Pusat itu menggesa, mendesak dan/atau menuntut JKPP dan MSU supaya memutuskan kerjasama politik dengan DAP, beliau bagaimanapun menegaskan usul berkenaan pada hakikatnya mendesak agar JKPP dan MSU supaya menyemak semula dan/atau menilai kembali kerjasama politik dengan DAP.

 Sebagai respon kepada artikel Wan Rohimi tersebut, di sini saya kemukakan beberapa persoalan untuk dijawab beliau:

1. Di mana di dalam usul tersebut perkataan yang menunjukkan atau yang boleh ditafsirkan dan/atau disifatkan sebagai mendesak agar JKPP dan MSU menyemak semula dan/atau menilai kembali kerjasama politik PAS dgn DAP?;

2. Mengikut Wan Rohimi, Tahaluf Siyasi melibatkan soal hukum dan mesti diputuskan MSU. Soalan saya, adakah 9 alasan yang dikemukakan di dalam usul JK DUPP tersebut masih belum dianggap sebagai pertimbangan terhadap hukum?;

3. Dalam pengetahuan saya, terdapat sembilan orang ahli MSU dalam JK DUPP tersebut yang merupakan "hardcore" MSU iaitu Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Dr Mahfodz, Dato' Nik Zawawi, YB Ust Idris Ahmad, YB Ust Nasrudin Hassan dan Dato' Khairuddin Aman Razali. Adakah sembilan ahli MSU ini tidak mempertimbangkan keputusan membatalkan hubungan dengan DAP itu berdasarkan kepada hukum?

4. Mungkin Wan Rohimi akan mengatakan sembilan orang itu tidak mewakili MSU tetapi JK DUPP. Akan tetapi, apabila isu tersebut dibincangkan MSU nanti, bukankah keputusan sembilan orang tersebut yang sebelum itu turut sama bersetuju dengan usul DUPP tersebut nanti akan menjadi keputusan majoriti MSU memandangkan keahlian MSU adalah tidak melebihi daripada tujuh belas orang?;

5. Wan Rohimi menegaskan keputusan berkaitan tahaluf siyasi terletak di bawah kuasa MSU dan JKPP. Soalan saya, setuju kalau saya katakan usul tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan awal-awal lagi DUPP kerana hak berkaitan perkara tersebut terletak di bawah kuasa MSU?;

6. Setuju dengan saya sembilan orang ahli MSU yang menjadi JK DUPP tersebut sepatutnya menolak usul tersebut diangkat menjadi usul DUPP untuk dibahaskan di Muktamar kerana DUPP atau perwakilan tiada kuasa untuk memutuskannya di dalam Muktamar?;

 7. Kalau anda bersetuju dengan soalan di atas, setuju dengan saya kesilapan perlu diletakkan kepada sembilan orang ahli MSU yang menjadi JK DUPP tersebut kerana bersetuju dan membiarkan usul tersebut diterima?;

 8. Atau, setuju dengan saya DUPP membuat kesilapan apabila mengusulkan sesuatu yang berada di bawah kuasa MSU untuk memutuskannya?;

 9. Sewaktu usul tersebut diputuskan untuk diterima tanpa bahas di peringkat Pusat, setuju Presiden dan Mursyidul Am perlu mengarahkan agar usul tersebut ditolak dan tidak di bawa ke dalam Muktamar Pusat?;

10. Hakikatnya, usul tersebut telahpun diluluskan dan diisytiharkan Muktamar sebagai USUL. Soalan saya, kalau ia ingin disemak dan/atau dinilai semula MSU, apakah status usul yang direkodkan di dalam minit Muktamar DUPP dan Muktamar Pusat sebagai USUL tersebut? Ia bukan USUL atau USUL tersebut dibatalkan?; 

11. Kalau ia bukan usul, habis apa?;

12. Kalau ia adalah usul tetapi dibatalkan, bolehkah usul dibatalkan begitu saja?;

13. Siapa yang berhak membatalkan usul setelah ia diluluskan di dalam Muktamar? MSU atau JKPP atau Muktamar?;

14. Di mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS yang memberi kuasa kepada badan yang berhak membatalkan sesuatu usul yang diluluskan Muktamar?;

15. Kalau tiada siapa boleh membatalkan usul, setuju atau tidak usul tersebut berkuat kuasa serta merta dan perlu dilaksanakan?;

16. Atau sekiranya usul tersebut ingin dibatalkan dan/atau ditolak, setuju atau tidak Muktamar baru perlu diadakan bagi membatalkan usul tersebut?

Untuk mengelakkan kekeliruan, saya mohon penjelasan lanjut daripada saudara Wan Rohimi Wan Daud. – 11 Jun, 2015.

 * Penulis adalah seorang Peguam dan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Perak.~ themalaysianinsider
Comments
5 Comments

5 comments :

ustazCakarRimau said...

Muktamar secara jelas telah menerima sebulat suara dan sepenuh hati usul supaya PAS memutus hubungan dengan DAP. Usul ini dibawa oleh Dewan ulamak PAS dan diterima tanpa bahas. Ini bererti usul ini mesti dilaksanakan dengan segera, kerana usul ini telah disokong dengan yakin oleh Presiden parti.
Dakwaan pelbagai pihak yang mengatakan usul ini belum muktamad, adalah sebahagian daripada dakwaan yang beradaskan was-was jebon dan hasutan manusia yang berakidah liberalisme dalam PAS.
Ada juga manusia yang mendakwa keputusan masih diperingkat kajian dan menunggu keputusan majlis syura. Dakwaan ini tidak benar dan datang dari ejen Anwarisme dan ejen DAP. Bukankah usul ini telah dibuat kajian secara mendalam dan teliti, dimana keputusan ini adalah demi untuk mendapat keredhaan daripada Allah. Begitu juga, bukankah orang yang membuat dakwaan bahawa usul ini sedang menanti pengesahan dari majlis syura mengetahui bahawa sebahagian besar ahli majlis syura adalah ahli dewan ulamak, presiden parti dan menantunya.
Terdapat juga orang yang kalah dari kelompok anti ulamak dan anti hudud yang ingin menunjuk hero dengan meletak jawatan dengan kerajaan DAP atas dasar prinsip. Kita juga orang yang berprinsip dan sedia meletak jawatan pada bila-bila masa. Bumi Allah ini luas dan rezeki kita berada dimana-mana dan kita yakin mereka akan diambil berkerja dibawah kerajaan Kelantan.
Ada juga pihak tertentu memperlekeh parti PAS dan mencabar supaya ahli PAS meletak jawatan semua jawatan lantikan politik di Selangor. Sesungguhnya cabaran ini cuba membakar hati orang PAS. Kita yakin parti PAS akan lebih kuat dan perkasa dengan bersendirian tanpa DAP dan PKR. Bukankah PAS sudah berdekad-dekad berjuang bersendirian dan masih hidup sampai ke hari ini. Apa lagi parti PKR dipenuhi dengan ahli-ahli berfahaman sosialis dan dipimpin oleh seorang wanita yang lemah dan tidak layak memerintah. Yang paling mengaibkan, calun-calun mereka terlubat dengan ubat batuk dan pil kuda.
Kita tidak perlu bercakap banyak, kita mesti putus hubungan dengan DAP dan bersama dengan PR. Kita mesti pastikan setiap kali mesyuarat pimpinan PR, tidak terdapat pimpinan DAP. Ini bermakna setiap kali mesyuarat PR yang dihadiri pimpinan DAP kita tidak akan hadiri, dan jika pimpinan DAP tidak ada kita akan hadiri. Kita yakin kita parti yang paling kuat dalam pakatan, dan jangan mana parti mempermainkan kita.
Namun yang paling penting laksanakan keputusan muktamar "putuskan hubungan PAS dengan DAP".

DinSikuLutut. said...

kah kah kah!
kau orang ni suka sangat kena goreng!

baca di atas !
"2. Mengikut Wan Rohimi, Tahaluf Siyasi melibatkan soal hukum dan mesti diputuskan MSU".

1- Siapa Wan Rohimin ni?.
Ulamak kah? pro ulamak kah? geng jebon kah?, Anwarisme kah? ejen DAP kah? penolak hudud kah? berakidah liberalisme kah?.

2- " tahaluf Siasi melibatkan soal hukum".
Makan coklat bidaah budak ni!
nak bercakap kalau tak tahu apa jangan mengarut, duduk diam-diam!
tahaluf syiasi ni maksudnya "pakatan politik". Ini bermakna pakatan ini diadakan berdasarkan politik dan didirikan atas dasar kepentingan politik.
kepentingan politik tidak berasaskan hukum fiqh atau hukum usuluddin yang melibatkan akidah.
sesuatu keputusan siasi hanya diputuskan oleh ahli siasi dan dibuat berasaskan "maslihah" dan kadang-kadang berasas "sadu zaraie" .
ulamak menetapkan semua ijtihad siasi harus diputuskan oleh pentadbir atau ahli siasi. Namun perundangan Islam menetapkan keputusan politik tersebut tidak betentangan dengan nas al-Qur'an dan as-Sunnah. Begitu juga keputusan tersebut tidak dibuat berasaskan unsur-unsur negatif (maslahat al-fadidah) seperti unsur yang zalim, menghancur umat, penidasan, penipuan dan berkepentingan diri.
dalam isu ini, kita perlu kepada merujuk MSU kerana tahaluf siasi (pakatan politik) ini tiada kaitan dengan hukum.
aku berpandangan, sudah cukup tahaluf ini diputuskan dalam muktamar yang mewakili setiap ahli parti.
3- "Mesti dirujuk MSU".
kah kah kah!
adakah setiap keputusan muktamar mesti dirujuk dahulu oleh MSU sebelum diamalkan.
Adakah ini peraturan standard ", dimana setiap usul dan keputusan muktamar mesti kelulusan MSU.
Hakikatnya, MSU tak tahu nak buat kerja dan apa kerjanya yang sebenar.
Sebelum parti pecah dan berpuak-puak seperti hari ini, sepatutnya MSU memberhentikannya dan mengambil tindakan ke atas pihak terlibat.
paling ajaibnya, ahli-ahli MSU bekempen nak jadi AJK PAS pusat lebih dari budak-budak sekolah tadika. Seolah-olah taraf ahli MSU yang beliau sandang lebih murah dan lebih rendah dari AJK Pas Pusat.

Malaysiabaru said...

Salam

Dah byk kali ayoh hadi Ping batal keputusan ajk.

Hadi langgar keputusan muktamar untuk perkukih pakatan dgn hancurkan pakatan

Hadi bypass keputusan ajk pas pusat jumpa sultan dlm semak

Hadi adalah seorang firaun Mesir in the making

Hadi bubuh menantu dlm politik di Selangor perak dan anak sendiri di pemuda

Hadi adolah ketua segala kesesatan dlm urusan harian pas

Anonymous said...

Pas dah tak ada pengasingan kuasa antara organ. Dia boleh jadi autokratik. Nilai dan prinsip Islam sukar dipraktikan.

Ritchie Blackmore said...

Biarkan pas dengan labu labinya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...