GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, June 09, 2015

Muktamar Khas : Kerja bodoh lagi mengarut

Hahaha! Yang ini berita benar.... yang sebelum ni, mengacah sajer nak gempaq depa!! Haahaha! 

Satu muktamar khas akan diadakan bagi membolehkan perwakilan menyuarakan pandangan sekiranya Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan DAP, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 Naib presiden PAS baharu itu berkata, muktamar khas perlu diadakan kerana melalui muktamar jugalah parti membuat keputusan untuk mengadakan kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini. Baca seterusnya di sini

Aku setuju saranan Loyar Asmuni Awi : 

1) Untuk tarik balik usul Dewan Ulama jika tidak mahu kedudukan wakil parti itu dalam Kerajaan Selangor, Pinang terjejas.

2) Bawa usul yang diluluskan dalam muktamar untuk diputuskan oleh Majlis Syura Ulama tidak selari dengan perlembagaan parti.

Saranan Asmuni suruh tarik balik usul itu tentu akan memalukan satu institusi Dewan Ulama PAS.

 Kalau nak tarik juga, anggota Dewan Ulama hendaklah digugurkan dan digantikan dengan yang lain. Tapi siapa yang nak ganti? Sebab usul itu telah disepakati sebulat suara. Biarlah depa sendiri fikir dan cari jalannya sendiri.

Saranan Asmuni yg kedua itu , aku sependapat dengannya. Cuma Asmuni tak tergamak nak kata yang demikian itu adalah kerja orang bodo walaupun ngaku ulama!

Usul itu adalah dari Dewan Ulama.Tentulah mereka sudah kaji dan bincangkan berdasarkan hukum syariat.

 Bila diluluskan dengan sebulat suara, maka mereka telah ijma' (para ulama  PAS)  melalui Dewan Ulama keatas usul tersebut.

 Apa kejadahnya nak suruh MSU bincang dan putuskan bagi pihak Dewan Ulama dgn alasan kerana usul tersebut berkaitan dgn hukum syariat? Apakah Dewan Ulama PAS buta syariatkah?

 Bertambah pelik pula bila MSU adalah dari kalangan Dewan Ulama yg telah ijma' menyokong usul tersebut.

Bukan tidak ada perwakilan yang minta usul tersebut dibahaskan supaya ianya diputuskan oleh muktamirin, tapi memang dah walaun..... buat bodoh sajer..

 LGE baru jentik sikit saja puak-puak walaun dah tercirit beret, baru nak berbuat baik dengan DAP! Cakap Usul belum muktamad....alahai... 

 Bukankah ini hanya menyusahkan jemaah? Buang tenaga dan ringgit. Korang ingat nak buat muktamar khas ini parti yg tanggung semua perbelanjaankah? 

Hoi wala'un! Pergi tandas awam pun kena bayar tau!
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Husein depa tu walaun ka walaiyoon
Dewan ulama tu ada R&D ka. Kalau ada depa kena ada profesional juga. Oleh itu keputusan depa bukan ada taraf ijma' walaupun di perengkat parti. Kalau keluar dari parti tentulah tak terpakai.
Rekod-rekod ada simpan ka. Hat tu baru ada taraf.Kalau tidak presideng boleh overwrite. Tentang perkara tu kena jaga dan pegangla. Kalau tidak mana ada taraf ulama da.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...