GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, June 12, 2015

Muktamar PAS mengecewakan, perlu parti Islam demokrat baharu, kata forum

OLEH YASMIN RAMLAN
Ahli akademik Dr Maszlee Malik 
Bagi menyelamatkan politik di negara ini, Malaysia memerlukan parti Islam demokrat yang menumpukan kepada hak rakyat dan bukannya berasaskan Melayu Islam, kata seorang ahli akademik.

 Dr Maszlee Malik berkata rakyat tidak mahukan politik yang berbaur perkauman dan lebih berminat kepada politik yang ke depan dengan membincangkan isu berkaitan urus tadbir, pendidikan, perumahan dan alam sekitar, seperti yang dilakukan DAP.

 "Seperti DAP contohnya, membicarakan tentang pengurusan buangan sisa pepejal. Parti Islam tidak membincangkan perkara itu. Itu kita kena ubah.

 "Kalau Islam demokrat yang akan datang ini, mereka perlu keluar daripada membicarakan isu perkauman, tetapi membincangkan isu berkaitan masyarakat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

 Beliau berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel pada forum "Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS" yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam tadi.

 Maszlee juga mengkritik keputusan muktamar PAS baru-baru ini yang majoritinya dimenangi golongan konservatif.

 Beliau mendakwa, golongan konservatif terutamanya "ustaz muda" bakal meletakkan PAS di takuk lama seperti sebelum ini. "Mereka akan pastikan tidak ada ruang untuk PAS kembali kepada pasca 2008. PAS akan terus menjadi konservatif," katanya sambil meramalkan kemungkinan besar parti Islam tersebut bakal menjadi seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa). Beliau juga menyarankan golongan profesional PAS menubuhkan satu parti baharu sebagai jalan terbaik dan tidak menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kerana mereka akan dilihat sebagai sekumpulan yang kecundang atau "serpihan" PAS.

 "Kena tubuhkan satu parti yang segar, baharu. Anak-anak muda, NGO Islam, orang Islam yang lebih Islamis dan demokrat, untuk maju ke depan.

 "Dalam pilihan raya terdekat, tidak dapat kerusi pun tak apa," katanya.

Aktivis Hishamuddin Rais 
 Aktivis Hishamuddin Rais bersetuju Malaysia perlu ada parti Islam demokrat baharu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2015.

 Katanya, dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang, PAS tidak lagi relevan dan masyarakat ketika itu akan memerlukan parti Islam yang lebih realistik.

 "Waktu itu PAS tidak lagi relevan. Waktu itu kita perlukan parti Islamis demokrat yang lebih realistik, dan boleh beri harapan baru menuju ke depan. "Mereka perlu ke depan. Ini bukan untuk generasi kita tapi untuk anak cucu kita," katanya dan pendapat itu turut dikongsi ahli panel lain.

 Aktivis Hishamuddin Rais bersetuju dengan Maszlee, mengatakan Malaysia perlu satu parti Muslim demokrat yang tidak berasaskan perkauman kerana menganggap PAS kini "produk yang rosak". "Pengajaran yang penting sekali daripada muktamar ini ialah Dewan Ulama meluluskan untuk putus hubungan dengan DAP.

 "Tiba-tiba mereka sedar, terdapat 5,000 hingga 6,000 ahli PAS yang hidup makannya bergantung kepada kesepakatan DAP dan PKR. "Ini bukan soal agama, tetapi soal ekonomi," katanya pada forum itu.

Fathi Aris 
 Susulan keputusan muktamar itu, seorang lagi ahli panel forum, Fathi Aris Omar mencadangkan agar PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).  
"PAS yang ada sekarang ini bukan saja tidak meneruskan usaha reformasi, saya cadangkan supaya PAS keluar PR, kerana mereka tidak menyumbang. "Mereka menjadi duri dan nanah dalam daging PR. Meletakkan 2 parti (DAP dan PKR) dalam dilema," kata bekas ketua pengarang portal berita Malaysiakini itu. – 12 Jun, 2015.~ themalaysianinsider
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Setuju 100% tubuhkan parti Islam demokrat yg memperjuangkan nasib rakyat bukan satu kaum sahaja. Golongan muda perlukan parti Islam baru yg berjuang susah & senang bersama-sama rakyat. Kebanyakan gen Y ni tidak menjadi ahli mana2 parti tetapi mereka menyokong parti yg berjuang membela nasib rakyat semua bangsa. Mereka akan kecewa jika tiada parti yg berjuang utk rakyat & menentang kezaliman umno/bn.

Anonymous said...



Salam, bro..

Ddlm Quran tlh dimaktub kan..

ALLAH tlh mmberi jaminan bhw ssungguh2nya "ciri2" org2 yg bnar7BerIMAN itu..



>>>> 1) Yg paling7terTINGGI skali-------"wa antumul'AKLAUN inkuntum MUKMININ"..

>paling7terTINGGI IQ-merit-bakat ddlm mnyelesaikan MASAALAH2..
Best of d best

>paling7terTINGGI-kejujuran sjujur7nya yg TIADA tandingan
>NOT selfish but totally SELFLESS

.........>paling7terTINGGI-keikhlasan seikhlas7nya ygTIADA bandingan
>absolutely SELFLESS witout any personal interest

>paling7AMANAH paling7TELUS-audit-SUCI paling7INDAH-murni-diHATI dll lg..
>Integrity & Transparency to d purest CORE value



>>>> 2) Yg mnjd centre-PUSAT-NUKLIUS-rujukan------"ummatan WASATAN"..

>sgt7GENIUS
>sgt7Brilliant
>ThinkSmart workSmart

Islam tlh mnjd model centre-PUSAT-rujukan & pameran ksluruh donia slps kwafatan nabi SAW..
Krn keunggulan nilai..nilai..nilai & NILAI2 maha7INDAH maha7SUCI yg TIADA tolok bndingan..



>>>> 3) Dpt mmBACA mngANALISA mbuka RAHSIA......"haqqa-TILAWATIHI"

>mencari sbnr7MAKNA-definasi-HAKIKI-universal yg azali
>finding d SOLUTION to d CORE....to d ABSOLUTE source/CORE of evrything



Ddlm Hadis pula..ciri2 sbnr7MUKMIN itu adalah..

>>paling7terPANTAS-laju-EFISTEN skali............"sabaqtum SABQAN baiida"

>paling7terPANTAS berFIKIR
>paling7terPANTAS buat keputusan SELESAI masaalah
>ACTION owez speak louder than word


DAN...bnyak skali hadis2 yg mnyebut ISLAM sbg "deen/SYSTEM"

.....yg bnar7MUDAH lg sgt7mMUDAHkan
.....yg bnar7LAPANG lg sgt7mLAPANGkan
.....yg bnar7TERANG lg maha7TERANG


Bro...
Adakah sama org2 yg bnar7berFIKIR dgn org2 yg hanya & hanya tau mngHAFAL?

Bro..
Adakah sama org2 yg mnDEWA2kan sesama manusia dgn org yg TAK perlu diNOBAT2kan??

Bro..
Adakah sama yg GELAP-songlap-rasuah-FITNAH dgn yg bdiri ddlm sbnr7CAHAYA maha7TERANG???

Bro..
Adakah sama org2 yg GILA-donia-selfish dgn org yg sprt nabi2 yg totally-SELFLESS????

...and ONE and ONLY...totally n only "HIS/GOD-ummah" interest absolutely..
...FLY and peace..to heaven



Sama2 kita renong dlm2 demi mmancarkan sbnr7HAQ-CAHAYA-Islam yg maha7TERANG yg tlh dbawakan oleh smua nabi2 as kedonia ini..

...bukan & bukan sprt si-IQ cipuuut drp-SIKU-n-lutot..hehehe

Malaysiabaru said...

Apa yang penting Pas perlu berhenti berzina dgn Dap dalam bilik MB semasa mesyuarat exco kerana cerai sudah di lafazkan...

Ini satu contoh tidak baik kpd anak muda

Maki hamun isteri lafazkan talak tapi nak beromen ringan ringan lagiii...

Boleh ker pas mcmni... Kesian Azmin subahat dpt dosa free

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...