GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, June 29, 2015

Pakar Siku dan Lutut : Rancangan G18, PasMa tak ke mana...

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menganggap rancangan anggota PAS yang tidak berpuas hati untuk menubuhkan pati baru sebagai "fenomena sementara" yang beransur-ansur hilang tidak lama lagi.

 Beliau, yang dilihat mewakili kumpulan pro-ulama dalam PAS, berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat cadangan tersebut sebagai "demam selepas muktamar".

 Bagaimanapun, kepimpinan baru seolah-olah berhati-hati dengan kemungkinan penubuhan parti baru oleh NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysa (PasMa) atau daripada pemimpin progresif PAS yang tewas dalam pemilihan parti, yang dikenali sebagai G18.

 "Saya nasihatkan meraka supaya tidak mengganggu hasrat PAS menjadi parti alternatif kepada Umno dan BN," kata Nastudin kepada pemberita selepas ceramah yang diadakan oleh kepimpinan PAS yang baru di Pongsu seribu, Kepala Batas, semalam.

 Nasrudin berkata langkah PasMa dan G18 "sedikit sebanyak mengelirukan rakyat" dan "mengganggu" situasi politik dalam negara.

 "Saya rasa (G18 dan PasMa) tak ke mana. Perancangan mereka itu tidak akan berkembang," kata Nasrudin. 

Siva Pregas : Klu tak ada G18 dlm PAS ,2013,Nasrudin Hassan TAK BOLEH MENANG DI PAHANG 

Rizqin Wan : pas ditubuh dan diperkuat org lama, org muda pas skrg naik goyang telur..sape yg bersusah pyh menyiapkan markaz tarbiah pas taman melewar, pembelian ibu pejabat pas tgh pusat bandaraya, melawat TGHH di hukm ketika tok guru tersungkur di kaki DS Idris Jusoh 2004..din vellfire mu jgn angin sgt, mu next election sape yg tersungkur..

Ibnu Ya : pru14 nasarudin yg menang dgn undi cina mentakab akan terguling bersembam dlm belanga ikan patin di humban oleh rakyat temerloh.

Raja Mohd Shahrim : Cukuplah mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, bila nak kukuhkan parti.?? perwakilan telah memberi mandat kepada barisan kepimpinan baru utk melaksanakan amanah... antaranya memastikan Hudud dilaksanakan diKelantan, buat homework semula dan rancang strategi agar tidak diperlekehkan oleh UMNO dipersidangan parlimen Oktober nanti... Jangan peduli pasal PASMA atau G18..

Khalid Hassan : Kenapa ulama PAS ni macam takut sangat dengan G18 dan PASMA ? Kalau PAS kuat sangat jangan peduli G18 dan PASMA buat parti baru sebab PAS tidak akan terjejas dan parti baru tu akan mati tapi ulama-ulama PAS sedar kalau G18 dan PASMA tubuh parti baru PAS akan terjejas teruk sebab ramai golongan profesional, aktivis dan ahli dewan perhimpunan penyokong PAS akan meninggalkan PAS untuk menyertai parti baru tu. Kepada pimpinan baru PAS(ulama PAS) dari korang sibuk nak kondem G18 dan PASMA lebih baik korang tunaikan janji kepada rakyat Kelantan yang tidak ada rumah dengan buatkan rumah untuk mereka. Ni dah dekat hari raya berapa banyak yang kerajaan PAS Kelantan yang diterajui ulama PAS dah buat ?

Elain Mashi : Jgn ckp besar.negara kita negara demokrasi.berilah peluang kpd mereka.kamu saja mahu hidupkah?.tunggu pru14 kamu masih bergelar yb kah tidak. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...