GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, June 05, 2015

PAS Kekal dalam illusi...bersama apa lagi hoi!

Pas perlu bertegas dengan pendiriannya.Dewan Ulama telah meluluskan usul sebulat suara untuk menolak DAP, iaitu salah satu rakan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat.

Hj Hadi jelas hanya berrethorik bila menyatakan mahu bersama Pakatan Rakyat.  Hj Hadi tidak perlu belakon seolah-olah tidak bersetuju dengan usul tersebut.Tanpa restu Hj Hadi, usul itu pastinya tidak akan timbul dan dipersetujui dengan sebulat suara oleh Dewan Ulama PAS.

Usul Dewan Ulama itu telah diterima dan dipersetujui tanpa dibahaskan pada Muktamar ke-61. Ini  bermakna PAS telah membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.Maka secara tidak langsung PAS telah terkeluar dari gabungan PR jika ikut perjanjian awal pembentukan Pakatan Rakyat..Nak bersama apa lagi ???

Berikut adalah komen beberapa sahabat di fesbuk :

 Che Ibrahim Mohamed: Bila tok lebai bersuara..... USUL TERGEMPAR DEWAN ULAMA PAS PUSAT. Wahai ulama ulama ku, ambo nak habaq PR diwujudkan hasil persefahaman politik antara PAS, PKR dàn DAP, bila salah satu antara 3 parti itu menarik diri atau memutus hubungan, maka Pakatan Rakyat ( PR ) tidak wujud lagi.


Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi : Kenyataan bergolak-balik pemimpin PAS, nak bersama PR tapi putus hubungan dgn DAP adalah kenyataan separuh sedar, mengigau. Dlm politik, pendirian sebegitu tak terpakai sebab rakyat mahukan pendirian yg konsisten. Kalau urus parti pun tak konsisten, mcm mana nak urus negara? - 



Saddam Jebon Tingkap: Putus hbgn dgn DAP, tetapi mahu KEKAL didlm PAKATAN ??? KAHKAHKAH.. Bknkh itu menunjukkan bhwa kamu2 semua inginkan kuasa ??? Bknkh itu menunjukkan bhwa kamu2 semua inginkan putrajaya ??? Bknkh itu menunjukkan bhwa kamu2 semua bersubahat menolak hudud ??? Bknkh itu menunjukkan bhwa kamu2 semua gilakan kuasa ??? Bknkh itu menunjukkan bhwa kamu2 semua tidak boleh menang tanpa PAKATAN ??? Phuihhhh !!! Sekian

Ipoh Mali : Sebagai Menyahut Seruan Dewan Ulama'.. Sebagai di lihat Bermaruah Maka Bersedialah Semua Pemegang Jawatan dalam Majlis Agama, JKK , Ahlu Majlis dan GLC di Pulau Pinang , melepaskan Jawatan tanda kita sudah tidak ada lagi hubungan dengan DAP.. dan jika mahu kelihatan lebih bermaruah.. Berundur pula dari Semua jawatan di Selangor.. baru dilihat PAS sebagai anak jantan dan hanya mengharap Redha Allah.. 


Misai Merah: Jika muktamar lulus usul Pas keluar Pakatan aku setuju sangat2. Pas tak pa masih ada Kelantan...Dap masih ada Penang... Selangor macam mana?


Mehzalan Saran menukilkan : That's why only DAP not PKR, stomach base politics. Dia menyertai gambar Iskandar Samad yang di sebelah nih. 


Syed Mohd Nazli : Dengan kedudukan hanya satu kerusi di DUN Pulau Pinang, PAS menduduki kerusi utama pengurusan berkaitan agama selaku YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan berbagai lagi jawatan dan kedudukan didalam Kerajaan Negeri.


Atas dasar apakah sampai tergamak perwakilan Dewan Ulama' ini bertutur sebegini,janganlah kita terlalu seronok berucap bersemangat berdegar degar tetapi sebenarnya ia hanya memukul canang membunyikan irama hati kita yang penuh hasad dan tamak haloba dengan kedudukan dan pangkat yang seolah tak cukup cukup.


Alangkah baiknya kalau kita memanfaatkan kedudukan dan kuasa yang ada dan menggunakan segala peruntukan yang diberikan untuk menjana kemenangan lebih banyak kerusi pada pilihanraya yang akan datang,mana tahu kita dapat menduduki kerusi TKM 1 Kerajaan Negeri dan pada ketika itu banyak ruang untuk kita martabatkan dasar perjuangan kita selama ini.


 Bercakap sebagai mewakili Dewan Ulama' yang sangat tinggi kedudukan didalam parti,jangan sampai orang awam memandang suara Ulama' lebih kurang suara JKKK dizaman UMNO dahulu kala.


 Semoga ada hikmah diatas kekalutan ini dan kita semua kembali berganding bahu merempuh tembok Putrajaya dan kemudiannya kita menyelak segala helaian peruntukan perlembagaan untuk melaksanakan hudud atau apa saja agenda perjuangan kita selama ini. Semoga kita semua sentiasa didalam rahmat ALLAH.


Abdul Rahman Abdul Talib : Sudah berapa kali Haji Hadi sebut hendak kekal dalam Pakatan tetapi sudah berapa kali Haji Hadi tikam Pakatan dari belakang.

 Yang terakhir Haji Hadi bentang Private Bill Hudud tanpa merujuk kepada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.


 Penghabisan sekali, setelah Haji Hadi menipu Pakatan Rakyat, PAS pula ditipu UMNO. Private Bill tersebut ditolak Speaker dari dibentang sama sekali sampai bila bila. Terus menerus Haji Hadi tanam tebu di bibir.
Comments
8 Comments

8 comments :

Ramboo III said...

Alhamdulillah.. terima kasih kpd perwakilan yg mewakili suara akar umbi..redha lebih penting drpd dap maupun pakatan..geng pasma=parasit.

Anonymous said...

Mana mike pergi..Bo's mike dgn yg bertandingpun tak cakap banyak..mike pulak lebih sudu dari kuah..baik mike tumpukan perhatian pada membina kebaikan dlm pasma..dok cari lagi salah org at apa..muktamar dah lepas ..cari ke perkara yg baik pula..nanti jadi fitnah takut org berdoa..tak pun dikuathiri mengundang murka Allah b

Ritchie Blackmore said...

Ye lah tu wahai pas...

Anonymous said...

Bahana dari krn dek suka hina ulamak...hati jd xleh nl terima kekalahan....kesian...akahirnya jd tolol krn dendam

zahmaz said...

Bagus pun tolak DAP, depa tolak hudud tak apa, masaalah org Pas sendiri pun ada yg bersongkol dng DAP tolak hudud.

Anonymous said...

Nak keluar ke taknak keluar PR.ahli bawahan pening daa.ajk br dilantik cepat2 bt keputusan.kesian iskandar samad dlm dilema.mcm mana nk mesyuarat exco psl dlm tu ada exco dap?kata nak putus dgn dap

Anonymous said...

Mampus la kau dgn pas pis pus kau...ha ha ha.

Anonymous said...

Hoi rambut. Boleh belah la dgn ularmak2 kau sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...