GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, June 21, 2015

Pas lantik calon kalah sebagai AJK Pusat

KUALA LUMPUR: Tiga calon Pas yang tewas pada pemilihan dalam Muktamar Pas dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat.

 Mereka terdiri daripada bekas Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub, bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dan bekas AJK Pas Pusat, Taufek Abdul Ghani.

 Pelantikannya diumumkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.

Lima lagi kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Mohamad Husin, Muhtar Suhaili, Zainal Abidin Kidam, Datuk Wan Mutalib Embong dan Dr Najihatul Salihah Ahmad.

 Bagi jawatan Bendahari Pas, Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dilantik menggantikan penyandang sebelum ini iaitu Asmuni Awi.

 Manakala bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas.

 Sementara itu untuk jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri, enam negeri menerima ketua baru apabila Kamarudin Sidek dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka; Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi (Kedah); Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (Johor).

 Mohd. Fauzi Yusof dilantik menggantikan Mohamad Sabu mengetuai Pas Pulau Pinang, Rosli Abdul Jabar pula di Pahang serta Mustafa Daharun di Negeri Sembilan.

 Tambah Tuan Ibrahim, perlantikan telah dimuktamadkan selepas tiada sebarang penolakan daripada semua mereka yang dilantik ke jawatan itu.

Jelasnya, surat perlantikan juga telah dikeluarkan sejak minggu lepas dan mereka juga telah dihubungi melalui panggilan telefon berhubung perkara berkenaan.

 “Kita tidak menetapkan tempoh masa untuk mereka menerima pelantikan berkenaan.

 “Biasanya apabila kita menghantar surat dan tidak penolakan jadi kita anggap mereka terima pelantikan tersebut,” katanya lagi. ~ freemalaysiatoday
Comments
1 Comments

1 comment :

sizzly7761 said...

2 jebon ni orang liberal, tak wala, Munafik haraki..justeru itu di tendang dari jawatan masa muktamar. Ketua DUPP sendiri kata jebon2 ni menyusahkan presideng untuk buat keputusan kerana jebon bercakap berserta fakta. Selepas jebon disingkir..kini ustaz penaung Tok Usin Ceroi nak lantik jebon balik..? Kepada Jebon2 ni.. kalau lu ada harga diri...sila tolak tawaran olok2 dari ustaz TUC ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...