JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, June 14, 2015

PAS nak kata apa lagi? Semua kata dah talak tiga!

pada 14-06-2015 01:06 Ditulis Oleh Syarifah Azmawati Syed Abdul Aziz

KUALA SELANGOR: PKR nampaknya menyertai DAP dan bertegas bahawa 'usul PAS untuk putus hubungan dengan DAP' berkuatkuasa serta merta berikutan Muktamar PAS adalah badan pembuat keputusan tertinggi parti Islam itu.

 Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata usul itu harus dijadikan dasar dan dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat sepertimana yang ditegaskan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini. "Keputusan di dalam muktamar itu harus dijadikan dasar yang harus dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat. 

 "Ianya disebut dalam ucapan dasar Presiden PAS dan disebut dalam muktamar," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Penyampaian Cek Pembiayaan Program Hijrah Selangor Bagi Fasa Ketiga di Auditorium Dewan Canselor Unisel, Kampus Bestari Jaya, pagi ini.

 Azmin berkata demikian selepas ditanya apakah ketetapan yang diambil PKR berhubung usul yang dibawa Dewan Ulama PAS, 3 Jun lalu.

 Terdahulu, Kit Siang dalam satu kenyataannya menganggap Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.

 Ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu, usul putus hubungan dengan DAP yang diluluskan Muktamar PAS tiada keperluan untuk dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk diperhalusi lagi.

 "Saya tidak sedar bahawa Jawatankuasa PAS Pusat boleh membatalkan Muktamar, yang akan menjadi percanggahan dalam terma yang melanggar Perlembagaan PAS menetapkan bahawa Muktamar adalah badan pembuat keputusan tertinggi PAS.

 "Peruntukan mana di dalam Perlembagaan PAS yang memberi Jawatankuasa PAS Pusat kuasa untuk membatalkan Muktamar?" soalnya dalam kenyataan itu.

 Azmin juga bertegas tiada keperluan PAS membawa usul itu untuk dibincang Majlis Syura Ulama.

 "Saya tidak kata setuju...Keputusan muktamar adalah keputusan tertinggi dan menjadi amalan setiap parti-parti politik.

 "Kalau Keadilan pun jika ada kongres, itulah keputusan muktamar atau pun juga dengan DAP yang diputuskan dalam kongres DAP, itulah keputusan muktamar. 

 "Saya percaya sepatutnya itu juga menjadi amalan dalam sistem demokrasi, apa yang diputuskan oleh kongres, perlu dipatuhi oleh semua pihak, " ujarnya.

 PAS sebelum ini menegaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP masih belum muktamad kerana ia perlu dibuat Majlis Syura Ulama meskipun sudah diluluskan muktamar. Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu PAS membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat selepas Majlis Syura Ulama mengeluarkan hukum 'harus' menjalankan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR.

 Justeru, badan yang sama akan dirujuk bersabit usul itu sebelum apa-apa ketetapan dibuat, ujar Mustafa.

 Mustafa baru-baru ini dilaporkan digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung PAS, dan diganti dengan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Terlajak perahu boleh Gostan terlajak kata jadi macam Setannn.Talak 3 bhaii.mana boleh rujuk.kecuali Kawin dengan Umngok cerai balik LPs tu rujuk balik dgn Pakatan Rakyay .dlm hukum agama boleh ke Ulamak ulamak PAS?

Anonymous said...

Ya,Pas perlu disingkirkan Dari PR,
Bawa bala lebih berat dgn pimpinan baru yg sombong tahap gaban,
Cukup 2 pkr dap merendah diri
Sebelum ni Kita ada penhubung- THNA,
Ketiadaannya besar impaknya.
Jgn bagi can parti yg Byk beri Talian hayst
Of umno BN,
Tubuh parti Islam yg benar 2 ikut Quran dan Hadith.insyaallah Kita boleh selamatkan
Kelantan &terengganu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...