GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, June 06, 2015

PAS Sabah buat kelakar ....


PAS Sabah akan bertanding di semua kerusi di Sabah tanpa mengira menang atau kalah? Tak kira hilang deposit? 

Apa yang penting PKR dan DAP tidak boleh menang.Biarlah BN terus menang dan kuasai Sabah.Takbir! Takbir! Takbir!

Begitulah apa yang tersirat dengan laporan berikut:

Perwakilan PAS Sabah Zulfikar Abdul Mijan memberi kata dua kepada PKR dan DAP agar membaiki semula hubungan dengan parti itu atau menghadapi kemungkinan berhadapan dengan mereka dalam pilihan raya negeri.

 Menurut Zulfikar, di Sabah terdapat 32 kerusi yang majoriti pengundinya adalah penganut Islam namun, PAS akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika mereka masih disisihkan.

 "PAS Sabah akan bertanding di semua kerusi di Sabah tanpa mengira menang atau kalah selagi dia (PKR dan DAP) tak ajak kita join balik (Pakatan Rakyat Sabah).Baca lagi di sini

Ingatkan kuat mana sangatlah bila mamat tu cakap berdegar-degar gitu......

Keputusan PRU-13  Sabah
Daripada 59 DUN yang ada, PAS bertanding dalam 9 DUN sahaja. Benarkah PAS akan bertanding dalam kesemua 59 DUN nanti sebagaimana dakwaan wakil PAS Sabah Zulfikar Abdul Mijan? 

Nanti dulu...Jangan semangat saja. Bak kata orang, nafsu ada, tenaga tak ada...alahai....

Daripada 9 DUN yang kalah tu, 2 DUN depositnya hangus iaitu N03 Pitas dan N54Bugaya. Bayangkanlah kalau masuk 59 DUN... Kaya sangatkah PAS Sabah sampai nak derma duit deposit kepada SPR? Kita Cabar PAS Sabah mengkotakan apa yang dia cakapkan itu! Amaran konon! Jadi bahan ketawa orang adalah!
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Penyakit gila talak dah melanda. Sendiri yg lafas talak kemudian suruh orang rujuk. Kalau aku tak dapat orang lain pun tak boleh ambik. Biar aku kalah hangpa jangan menang.

Unknown said...

Laaa.. blog ni ada lagi ka. Ingatkan dah tutup lepas bertungkus lumus demoralize TGHH untuk kalahkan dia tempoh hari tapi akhirnya puak2 yang di promosinya semua kalah belaka.

Malaysiabaru said...

Masyallah tabarakallah

Nauuzubillah

Wahai ularrrmak Palsu Pas bawak mengucap byk byk

Aku takut Allah turun bala hapuskan semua ularrrmak di Malaysia

Nauzubillah

Anonymous said...

Yg kau sibok sangat apa pasal. Pi la melalak ditempat lain. Uularmak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...