GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, June 08, 2015

PAS sukar buat U-Turn Lipat Maut

Bekas ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata parti itu berada dalam keadaan sukar sekiranya mahu membuat pusingan U terhadap keputusannya sebelum ini yang mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.

Katanya, jika PAS menarik kembali keputusan tersebut, secara tidak langsung ia memberikan persepsi tidak baik kepada penyokong mereka yang akan melihat kepimpinan hanya mengutamakan kedudukan dan jawatan.

 "Saya tidak fikir bagaimana Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama boleh berpatah balik setelah mereka menerima usul tersebut dalam Muktamar.

 "Kalau berpatah balik, imej PAS pada penyokong akan rosak, seolah-olah mereka akan lihat, apa ini? Sekejap kata nak putus, sekejap tak jadi putus.

 "Jadi, persepsi orang akan lihat PAS ini mungkin lebih utamakan kedudukan, jawatan. Itu akan memburukkan sokongan terhadap PAS," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP masih belum muktamad.

 Mahfuz berkata, keputusan itu sebenarnya hanya menunggu untuk dirujukkan kepada Majlis Syura saja kerana sebahagian ahli Dewan Ulama terdiri daripada kepimpinan majlis itu. – 8 Jun, 2015. - sumber: themalaysianinsider
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Kpd pas x perlu uturn, kembali kpd asal x de gunanya tahalup siasi dgn dap ni( kapir harbi) kita x menang pilihanraya x pe janji menegakkan perjuangan islam yg tulen. Lihatla ikhwanul muslimkn walaupon pemimpin2 mereka dibunuh tetapi mereka masih berjuang menegakkan islam. Menang kita berjaya kalah pun kita berjaya kerana Allah pandang akan usaha bukan hasil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...