GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, June 15, 2015

PAS umpama bahtera bocor menunggu karam

Ceramah Naib Presiden dan PJ N9 yg baru
tidak mendapat sambutan. Beginilah suasana
ceramah-ceramah PAS di era 80-an dahulu..
Imej dan kredibiliti PAS "tercalar" akibat keputusan muktamar yang menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP. 

Keputusan muktamar PAS itu turut menjejaskan hubungan antara PR di peringkat negeri dan akar umbi.

Parti seakan hilang arah apabila agenda rakyat tidak lagi menjadi keutamaan semasa bermuktamar, sebaliknya menyerang sesama ahli. 

Ramai ahli yang hilang keyakinan terhadap PAS 2015 - 2017 yang baru dipilih dalam Muktamar Agung PAS ke-61 baru-baru ini apabila sistem mengundi cara 'chai' telah digunakan. 

Sistem chai ini adalah lazim digunakan dalam pemilihan Umno. Malang sekali apabila budaya Umno ini telah menular kedalam parti Islam PAS.

Akibat kecelaruan dalam PAS kini, ramai yang telah mengistiharkan diri keluar dari PAS.Ada yang masih menunggu masa sementara lahir sebuah parti baru yang dijangkakan selepas hari raya nanti.Berduyun-duyun ahli PAS akan meninggalkan parti yang sudah tergelincir dari landasan perjuangan asalnya.

Mereka kecewa kerana amalan label-melabel "jebon", "parasit" dan "munafik haraki" berleluasa dalam parti, malah tidak ada tindakan diambil pemimpin tertinggi untuk menyekat perkara itu. 

PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti itu hanya untuk membuat pembersihan menyeluruh PAS daripada pimpinan blok progresif. 

Kini hanya mengira hari sahaja bagi bahtera yang bocor itu untuk karam....


Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

akhlak yang sungguh terpuji,
dah kalah menghina lagi
meroyan melalak meraban cari publisiti
mmg yang ini setia mengikut sunnah dap
nanti mati ditalqin lge

Anonymous said...

Setiap Bahtera perlu kan Tekong yang Ber Fikir bukan Ber Harap

Bila Tekong Bahtera Ber Harap , ia tak ubah Tekong ROHINGYA di tengah tengah laut tu

Hadi pun Tekong jugak , mungkin tak se pengalaman Tekong Bahtera ROHINGYA di Laut Andaman tu

Pasti karam jika Tekong pon BAHALOL

Anonymous said...

Belum pun sebulan selepas muktamar sudah boikot ceramah. Kalau tunggu pru14 agak nya tiada yg mendegar ceramahagi.

Ritchie Blackmore said...

Dah mabok pil kuda tentulah jadi tolol dan bahalol.Berfikir guna siku dan lutut tentulah jadi bangang.

Anonymous said...

Ini dinamakan kejayaan saf kepimpinan baru pas pasca muktamar..kita kan kuat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...