GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, June 01, 2015

Pemimpin yang baik bukan berebut jawatan - Tuan Ibrahim

PETALING JAYA: Pemimpin Pas diingatkan supaya tidak menjadi jurucakap kepada musuh semata-mata mahu menang jawatan dalam parti.

 Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemimpin tertentu dalam Pas juga perlu berhenti menggunakan perang saraf bertujuan menjejaskan perpaduan dalam parti.

 “Di dalam Islam, helah ke atas musuh memang dibolehkan ketika perang, tapi bukan pemilihan sesama ahli parti sendiri semata-mata untuk mendapatkan undi.

 “Musuh cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita,” katanya.

 Calon Timbalan Presiden menentang penyandang Mohamad Sabu itu berkata, seorang pemimpin yang baik sepatutnya ‘takut’ untuk menerima jawatan bukan berebut jawatan.

 Katanya, pemimpin sebenar merasa berat untuk memegang jawatan kerana perlu memikul tanggung jawab yang besar.

 Menurut Tuan Ibrahim, sabda Rasullulah S.A.W perlu dijadikan panduan kepada setiap ahli Pas yang berebut untuk menjadi pemimpin.

 Katanya, Rasulullah S.A.W pernah berpesan antara lainnya ‘janganlah kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’.

“Saya berharap semangat keimanan ini terus tersemat kukuh dalam jamaah (kepimpinan) kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut,” katanya.

 Tuan Ibrahim menasihatkan perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan parti minggu hadapan memilih dengan bijak, menolak sentimen dan emosi serta mengutamakan kepentingan parti.

 Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat 2015-2017 pada Muktamar Tahunan ke 61 di Kuala Selangor minggu hadapan dilihat bakal menentukan masa depan Pas bersama Pakatan Rakyat.

 Pemilihan peringkat tertinggi parti memperlihatkan pertembungan dua kumpulan antara pro ulama dan pro liberal.~freemalaysiatoday


Komen al-Husseyn:

Kenyataan TITM ini amat meragukan. Pertamanya dia menasihatkan supaya berhenti menggunakan perang saraf bertujuan menjejaskan perpaduan dalam parti.

Woit siapa yang dia maksudkan tu? Siapa yang menjejaskan perpaduan parti dengan melabel dan menggelar yang buruk-buruk kepada lawan? Yang gelar orang barua, broker, tolol, munafiq haraki, liberal ....siapa? Ada mat Sabu buat kelaku macam itu? Ada DS Nizar keluarkan gelaran macam itu? Kalian pun tahu siapa yang gemar melabel dan menggelar semua tuh! 


TITM juga perlu menjelaskan kepada kita semua apa hubungannya dengan Tok Husin Ceroi dan Nurul Islam. Betulkah ada Bai'ah Kenyir?

Siapakah musuh yang TITM maksudkan ini? Umno atau DAP? Kenapa dia nak berteka-teki tanpa menyatakan musuh itu siapa yang sebenarnya....

Adapun Hj Hadi, Majlis Syura Ulama dan Zuhdi telah menyatakan dengan jelas, bahawa musuh mereka ialah DAP. TITM adalah termasuk kelompok yang menganggap DAP adalah musuh. TITM tidak perlu berlindung di sebalik lalang sehelai...

Kelompok TITM kini sudah kehabisan modal dan mula menyerang lawan mereka dengan menyerang peribadi dan tuduhan liar sebagaimana yang diperlihatkan oleh TITM dengan kenyataannya ini.

Pelik bila TITM sendiri masuk bertanding nak berebut jawatan yang disandang Mat Sabu boleh keluarkan kenyataan :

" Seorang pemimpin yang baik sepatutnya ‘takut’ untuk menerima jawatan bukan berebut jawatan.Pemimpin sebenar merasa berat untuk memegang jawatan kerana perlu memikul tanggung jawab yang besar."

TITM sedar ke tidak apa yang beliau ucapkan itu? Lainlah kalau TITM tidak bertanding apa-apa jawatan, bolehlah dia cakap begitu....alahai...Maaf cakaplah, saya sudah hilang rasa hormat terhadap orang yang jenis cakap tak serupa bikin! 

Muktamar Pas kali ini bakal menyaksikan pertembungan dua aliran kepimpinan iaitu kumpulan yang mahu mempertahankan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan yang mahu Pas meninggalkan pakatan pembangkang itu.

Dengan penyingkiran beberapa pemimpin peringkat nasional yang pro Pakatan Rakyat adalah jelas hala tuju parti yang kumpulan TITM dukungi bersama ini akan membawa PAS keluar dari tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR.

Orang-orang saperti DS Nizar, Khalid Samad, Dr Hatta , Mat Sabu  adalah nama-nama yang bakal disingkirkan hanya kerana kumpulan mereka bertegas menentang rundingan dengan Umno dan mempertahankan Pakatan Rakyat kerana wala' kepada keputusan muktamar PAS 54 di Ipoh.

Para perwakilan hanya ada dua pilihan dalam memilih pemimpin. Samada pilih pemimpin yang mempunyai visi untuk meneruskan kerjasama dengan PR atau pemimpin yang mahu meninggalkan PR. 

Jangan mudah terpedaya dengan helah kumpulan yang kononnya mahu meneruskan kerjasama dengan PR, tapi tidak komited kearah memperkasakan PR malah sebaliknya siang malam membelasah DAP dan PKR iaitu rakan bersama dalam PR.Kumpulan mereka yang TITM dukungi bersama ini menganggap DAP adalah musuh mereka.

Bukan rahsia kepada kita semua, Umno juga adalah sangat benci dan memusuhi DAP.Perwakilan perlu sedari hakikat yang ada dihadapan kita sekarang ini bahawa dalam PAS memang ada boneka Umno. Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz pernah sebut perkara ini terhadap seseorang anggota PAS.Apabila TGNA sudah tiada , boneka Umno ni rupa-rupanya amat ramai...
Comments
15 Comments

15 comments :

Anonymous said...

Sepatutnya TITM bercakaplah di hadapan cermin shj, biar imej yg ada dlm cermin itu sendiri mendengarnya.

Anonymous said...

Puak-puak UG ni kenapa? Takkan mereka ni telah beramai-ramai telan pil kuda? Makin sasau aku tengok depa ni.... keluar kenyataan makan diri balik... yang paling lawak aku nampak UG ni dah macam group kanibal Tasik Kenyir... mula macam buru nak makan hidup-hidup puak dikatakan professional. Alih-alih salah seorang ketua kanibal ni dah cuba korbankan ahli kanibalnya yang banyak buat serangan bertali arus barangkali untuk dapat berkat ... sembahan korbannya tak lain tak bukan Tok Usin Ceroi al kanibalism... apa lagi punyalah keriau kanibal Tok Usin Ceroi tak mau dijadikan korban akhirnya terbongkarlah rahsia SUMPAH SETASIK KENYIR.

Dia akhir riwayatnya maka berkatalah JEBON KINI SEDANG BERJOGET.... Sejak bilalah ahli PAS ditarbiyah untuk berjoget... tak apapun dalam silibus tarbiah... yang aku tahu dalam silibus tarbiyah PAS.... yang berlaku.... bertaakruf, minggu depan bertaakruf, mai sekali lagi bertaakruf, mai sekali lagi bertaaruf.... BERAPA BANYAK MAHU TAARUFLAHHHHH.... asyik bertaakruf.... sebab naqib buat larian berganti-ganti... kartun punya Dewan Ulama tak boleh sediakan naqib yang konsisten untuk satu group usrah (itu pengalaman akulah).... itupun ada hati nak conquer semua jawatan dalam PAS Pusat.

Anonymous said...

TITM, ...pemimpin yg baik takkan bergayut pada jawatan. Pemimpin yg baik juga takkan terjun lubang yg sama dua kali. Ahli yg baik juga takkan sokong pemimpin yg lemah. Ada paham??

Aku istiqamah lawan umno/bn. Membujur lalu melintang patah.

Wan Rosli said...

Saya amat bersetuju dgn titm.. x perlulah lg berkempen.. cukup2lah kita berkrisis.. diharap pihak yg kalah nanti akur dgn pilihan wakil2 kawasan.. dan sama2 memastikan pas kembali kuat dan tidak lg dilihat bergantung kpd mana2 parti luar/liar..

Anonymous said...

TMTI memberi tahu kita semau bahawa bau kentut tadi adalh kentut dia.Tapi dia tak mengaku dia kentut,kan pening dibuatnya.cakap tu biarlah serupa bikin da.Takaan dia tak baca surah surah al saff.( wahai orang2 yang beriman mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan.)

Malaysiabaru said...

Sy pernah dgr ceramah agama Dato tuang ibrahing di kg baru.

Sebiji mcm ustaz umno sebiji mcm ceramah general jamil khir ...ularmak umno.

Dato tuang ni pernah kerja dgn govt bn muntadara umno di telan

Nak UG maka Dato tuang bekas pegawai kerajaan paling layak kedepan

Ekonomi tak reti English tak reti tapi nk jadi TPM ganti muhyidin... Tarbiah Najib si hero hudud pun tak lepas sampai laa ni tak pakai tudung !

TITM ularmak sesat di akhir zaman!

pok amid littor said...

Setelah acap kali memberi komen, kita dapat menilai tahap kepimpinan TITM.
Bagi saya, memang TITM tinggi ilmu agamanya tapi ilmu saja tidak cukup utk menjadi pemimpin hebat. TITM takder kualiti utk memimpin PAS menghadapi cabaran masakini. Maaf cakap ya!!!

Anonymous said...

"Pemimpin yang baik pakai serban besar - Tuan Ibrahim"
"Pemimpin yang baik selalu ponteng sidang parlimen - Tuan Ibrahim"
"Pemimpin yang baik tak boleh ditegur - Tuan Ibrahim"
"Pemimpin yang baik cakap putar alam dan dan selalu auta - Tuan Ibrahim"
"Pemimpin yang baik berjiwa umno - Tuan Ibrahim"

IbnAbdHalim said...

Cakap kalau tak serupa bikin panggil apa? Yg suka label org dipanggil apa? Nampak semua org salah dn diri sendiri saja betul jenis apa?

Anonymous said...

Tuan Ibrahim ni nampak syok sangat, sedar ke dia bila dia masuk dan aktif PAS agaknya. Cakap macam masuk ikut ustaz-ustaz yang betul-betul dah lama. Dia mula terkenal pun bukan dengan PAS tetapi menumpang tuii Anwar Ibrahim masa Anwar jadi TPM. Selalu keluar TV3 bersama Hassan Ali dan Haron Din bersama ostad-ostad seliberiti lainnya dalam program Hal Ehwal Islam. Anwar kena tendang keluar UMNO baru dia berjinak dengan PAS. Pandai dia cakap tapi gila kuasa dan jawatan...PAKU DULANG SERPIH, NAK MENGATA ORANG TAPI AWAK YANG LEBIH! Jangan tak ingat....orang menipu selalunya mudah lupa! Belum dapat pencalunan Timbalan Presiden PAS dah offer diri. Malulah diri tu cakap tak serupa bikin. Dasar ostad ular mak, gila kuasa bernafsu durjana. Apa-apa pun kocek dan perut lebih penting, bukan begitulah kan. Jangan bodohkan kami akar umbi walau tak dapat mengundi di muktamar. Meluatlah dengan geng-geng ostad macam ni!!!

lagu tu laa said...

cakap tak serupa bikin tak ingat lagi masa kota bahru calon dia jadi presiden dia tak nak macam2 alasan dia beri ,tapi dengan suka hati calon diri sendiri untuk tim presiden.sapa yang duk rebut jawatan la ni?sapa yang duk gila jawatan la ni?TITM balik batu sembunyi tangan apa cerita dia ngan tok usin ceroi,mokhtar senik,din ayam,nurul islam tu? cuma yang tak percaya cerita tu geng UG dan penyokong wala' macam hai WAN ROSLI ja.

otoote said...

berapa lama dah tsk makan ubat?

Anonymous said...

Blog ni dan org yg komen kebanyakan cam syok sendiri..kesian sungguh...

Anonymous said...

Pada Anon June 2, 2015 5:32pm, jadi macai ka?

Katalah orang syok sendiri, tunggulah PRU14 nanti satu undi habuk pun tak kan aku dan kaum keluargaku akan undi PAS lebih-lebih lagi geng osatd ular mak, cakap berbelit, pandai salah guna hadis dan al Quran buat untung diri sendiri dan dunia semata. Jangan ingat senang kamu ostad-ostad ular mak dunia boleh lepas begitu saja. Malulah diri sendiri dan tak takut balasan Allah ka. Bawa beringatlah ostad-ostad yang konon suci dan ulama jadian sekalian, kami ni bukan sorang bercakap, dengan kami ada keluarga, ada kawan, ada sanak saudara, ada jiran, ada kaum pekerja....ingat ya.....semua boleh fikir macam kami dan tak senang syok sendiri. Bye, bye, see you in PRU14 ostad-ostad ular mak.

HIzamri Johari said...

PAS sudah dibersihkan.

Sebagaimana Kelantan dibersihkan..

Semoga Allah SWT membantu PAS dalam PRU 14...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...