JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, June 21, 2015

Presiden tuduh saya sebagai calon DAP : Ahmad Awang akan ambil tindakan mahkamah

Calon presiden PAS yang tewas, Ahmad Awang, sedang mengkaji tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau sepanjang kempen pemilihan baru-baru ini, termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Katanya, beliau tidak kesal kecundang dalam pemilihan itu kerana ia adat pertandingan namun fitnah yang dilemparkan kepadanya dan pihak lain menyebabkan perpecahan besar berlaku dalam PAS.

 "Saya sedang kaji tindakan itu (saman), termasuk presiden yang menuduh saya sebagai calon DAP," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider. "Ini (fitnah) saya tidak boleh terima dan saya akan bersihkan nama baik saya," katanya yang tewas dalam pemilihan itu awal bulan ini apabila hanya mendapat kira-kira 25% sahaja dari keseluruhan jumlah undi.

 Menjelang pemilihan pada muktamar tahunan ke-61 parti itu di Kuala Selangor, Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui video mendakwa, pertandingan itu antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS.

 "Boleh pilihlah antara yang DAP hendak atau yang kita (PAS) hendak," katanya dalam rakaman video yang disebarkan secara meluas melalui media sosial khasnya di kalangan perwakilan muktamar itu.

 Semasa pemilihan pula, 'cai' atau senarai calon kumpulan pro beliau disebarkan di kalangan perwakilan yang sedang berbaris untuk mengundi.

 Dalam pemilihan itu, kumpulan pro-Hadi menyapu bersih jawatan dalam PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat manakala calon Dewan Ulama dimenangi tanpa bertanding.

 Hanya Mazlan Aliman, calon yang tidak tersenarai dalam cai pro-Hadi itu, memenangi jawatan ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, namun meletakkan jawatan kira-kira seminggu selepas itu.

 Selain Ahmad, bekas bendahari dan juga pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi juga turut mengkaji mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuat fitnah terhadapnya.

 Asmuni, seorang peguam dan pernah mewakili Hadi dalam kes saman RM2 juta oleh bekas calon PKR Bukit Besi menyatakan perkara ini melalui satu posting dalam Facebook beliau sebaik sahaja selesai muktamar PAS tersebut. – 20 Jun, 2015 ~ sumber

Komen al-Husseyn:

Sekadar menambah maklumat berkaitan isu diatas ....

Harakah juga turut menyiarkan : Beliau berkata terpulang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak memilih pemimpin sendiri atau hendak mengikut telunjuk DAP. Baca di sini

Alang Ibn Shukrimun mempertikaikan Asmuni Awi selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dengan menulis :

18. Pencalonan ini adalah bayangan kabinet baru PAS 2015-2017. Sekiranya pemilihan kali ini berjalan dengan baik, keputusannya akan hampir sekata dengan pencalonan ini. Namun, timbul juga kekhuatiran pemilihan kali ini akan berlaku kepincangan melihatkan kepada rekod Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang teruk pada sesi lepas di mana wujud suara-suara tuntutan agar Asmuni Awi ditukar ganti oleh mereka yang lebih berkredibiliti.di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Saman je Mat ego ,dah tau jawapan dia dlm mahksmah 'saya tak tau'
Sombong,ego yg tak kena tempatnya,
Jgn bagi muka , Kalu pemimpin cam ni apa jadi ahli bawahan .sesama Islam dihina .dicaci ,difitnah, Ulamak pas lainnya diam .taksub pd president ,

Wan Rosli said...

Alhamdulillah .. terbukti benarlah usul utk putus dgn dap.. kalau salah usul tu pasti TGAA x sampai nak saman lantaran beliau sudah mula jijik dgn dap lalu x mahu langsung dikaitkan dgn dap.. Hanya pasmacai shj yg belum JIJIK dgn dap!! Amacam??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...