GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, June 15, 2015

Pulau Pinang mulai pemecatan ahli Pas ....Selangor mu tunggu!

Mohamad Fadli 
June 14, 2015 PETALING JAYA: Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada anggota Pas yang dilantik berkhidmat di negeri itu.

 Notis pemberhentian ditanda tangan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan salinannya telah dihantar kepada Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

 Salah seorang ahli Pas, Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Gred S41, antara mereka yang telah menerima surat itu.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi notis pemberhentian perkhidmatan tuan sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 dengan serta merta berkuatkuasa 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak yang ditandatangan tuan pada 12 Disember 2014,” petik isi kandungan surat berkenaan.

 Sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah meminta kepimpinan baru Pas mengarahkan semua ahlinya meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

 Ia susulan penerimaan usul tanpa bahas pada Muktamar Pas ke-61 yang bersetuju memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR)



Sedih, kesian kat anak isteri mereka yang tidak berdosa

Komen al-Husseyn :

Kita simpati dengannya. Bulan Ramadhan dan Hari Raya akan disambut dengan kesedihan....Inilah padahnya bila pemimpin terlalu ghairah ikut menari paluan gendang Umno/BN.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon, Pulau Pinang telah melantik kira-kira 1,100 ahli PAS dalam 290 jawatankuasa kampung di negeri itu. Apakah mereka juga bakal menerima nasib sepertinya dalam sedikit masa lagi? 

Setakat ini, 15 ahli jawatankuasa kampung tertentu telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka.

 "Peletakan jawatan belum muktamad. Ia akan dibincangkan oleh kabinet negeri," katanya. 

 Sementara itu, ahli exco yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan dari ahli PAS yang menganggotai 200 jawatankuasa masjid di negeri itu. Jawatankuasa masjid juga dilantik oleh kerajaan negeri. 

Dalam muktamar PAS lalu, parti itu memutuskan untuk meminta jawatankuasa pusat dan majlis syura pusat memutuskan hubungan dengan DAP.

Selangor....kamu tunggu! 
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

KEPIMPINAN CAI BOLEHLAH LANCARKAN KUTIPAN DANA NAK BIAYAI PERBELANJAAN MEREKA INI... SEKURANG-KURANGNYA 3 BULAN. CUMA KUTIPAN KALI NI PASTI KURANG KENCANG BERBANDING YANG SEBELUM2 NI.

Anonymous said...

mohon pimpinan proulama membantu mereka..kerna andalah yg memulakannya..ini aemua aalah anda..hanya mahukan undi..org lain akhirnya terseret sama.....berfikir dahulu

Anonymous said...

Mike ni dah tak ada idea..pemikiran dah merewang kemana2..mike fikir umpama meletakkan pas yg salah ..sian tapi tak pe lepas ni mungkin mike dan seangkatan bukan pas lagi jadi kami yg masih bersama pimpinan pas masih lagi cuba mengajak mike dan seangkatan kembali..tapi lepas terputus maka pandangan mike udah tak terguna pakai lagi dan dah jadi siluncai..esok di akhirat bersama le mike dgn pakrulrazi Bos pasma dgn geng2 mike kalau ada dapat le si lge dan Lks datang jumpa Rasul mohon syafaat..dan dtg dengan penulisan2 yg mike buat terhadap jemaah2 Islam..paling kurang sebelum terlambat satu pesanan..Ingat golongan agamawan Islam takkan verse tongkol dgn keja hatan atau penyelewengan..ikut lah dimana ada ramai golongan tersebut disitu lah Rahmat Allah..kalau TGHH ni salah yakinlah ulama dan tok guru pondok dan yg lain takkan bersetongkoll ..namun kami tetap yakin dgn TGHH..

Anonymous said...

lu suluh itu hadi malik kampuwong maa....
jadi nelayan....bikin susah olang...mutut punya olang maciyam tatak sikolah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...