GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, June 06, 2015

RAYUAN KEPADA MANTAN PIMPINAN PAS

Ana, mewakili sebahagian ahli-ahli PAS, menyeru semua pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan parti semalam supaya MENOLAK semua jenis tawaran lantikan ke apa jua jenis jawatan parti di peringkat pusat atau negeri (jika ada). Rayuan ini berasaskan kepada pertimbangan-pertimbangan berikut:

 1. Perwakilan-perwakilan telah memberi mesej yang jelas bahawa anda semua TIDAK DI PERLUKAN secara "toto" dan blok dengan undian chai mereka.

 2. Pimpinan yang baru sudah mempunyai pasukan chai mereka sendiri dan anda tidak perlu menggangu-gugat pasukan ini. Beri peluang pada pasukan baru membuktikan mereka juga mampu memimpin dengan lebih baik daripada prestasi anda dahulu.

 3. Anda semua kalah kerana dituduh golongan liberal, Anwarinas, Jebon, anai-anai, pencinta DAP, munafik haraki, pengkhianat parti, penghina Presiden dan macam-macam lagi gelaran yang amat menghinakan dan memalukan. Dan kami yakin anda semua kalah bukan kerana tak buat kerja. Jadi adakah selepas Muktamar anda semua sudah bersih dan kini boleh pula di tawarkan dengan jawatan-jawatan?

 Jadi permintaan kami tolong jangan malukan diri anda dan diri kami dengan menerima pelantikan jawatan parti cara "pintu belakang". Berjuang terus sepertimana Khalid ibnu Walid dengan menjadi ahli biasa saja. 

 Ir. Izham Hashim
 6 Jun 2015

Che Ibrahim Mohamed: 

 Wahai perosak2 Jamaah, samada kamu Jebon, parasit, barua broker, tolol, liberal, sekular, endorgan, anwarinas, kuda tunggagan dap atau munafik haraki, ternyata kamu telah berjaya dibersihkan dari terus mengkhianati jamaah dan presiden, kamu telah dikuburkan secara berjamaah melalui program pelupusan etnik jebon yg anti ulama.

 Oleh itu kamu jgn lagi menghampiri jemaah yg suci ini kerana ianya akan menjauhkan pertolongan dan keredaan Allah kpd jamaah yg sudah suci murni ini, jgn kamu kotori jubah2 ulama kami yg putih berseri dgn nanah2 kamu yg busuk kohong, kelupoq lah kamu bersama dap dan pkr yg menjadi tuan sebenar kamu.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

SOKONG...SOKonG...SOKONG

dinULTRAMAN said...

Kepada rakan seperjuangan ku!
Mat Sabu, Salahudin, Mahfuz, Husam, Kamaruddin Jaafar, Dr. Hatta, Khalid Samad, Usth Zailah, Suhaizan, Dr. Mujahid, Nizar, Dr. Mariah, Maidin dan rakan-rakan tidak disebut namanya.
Segala masa dan harta pangkat yang telah dikorbankan untuk perjuangan Islam telah tertulis sebagai suatu amal solih. Buku catatan perjuangan yang tertulis ini akan kita buka dan baca di Akhirat kelak.
Marilah kita berdiri di atas realiti dan tinggalkan perasaan emosi serta kenangan. Bertahun-tahun berjuang bersama PAS untuk membela rakyat bukan bererti telah berakhir dengan undi perwakilan. Seorang perjuang tidak akan rebah dan tunduk dengan kekalahan. Mereka akan terus naik ke pentas untuk terus bertaruh dan berjuang.
Namun suatu realiti yang tidak boleh dinafikan dan fakta yang tidak berkuasa disembunyikan. Bahawa pemilihan parti yang telah berlangsung bukan seperti dijangka dan digambarkan. Perwakilan yang datang mengundi bukan mengundi untuk memilih yang terbaik untuk dijadikankan pemimpin. Bahkan apa yang berlaku sebelum mengundi dan kempen yang diadakan jelas mereka datang untuk menghalau jebon, barua, ejen tajaan DAP, ejen Anwar, syiah, golongan anti hudud dan penganut akidah liberalisme.
Setelah para perwakilan berjaya menghalau segala hantu dan syaitan dalam parti. Dimanakah pula akan diletakkan hantu dan syaitan ini?.
Mereka yang kalah jangan merasakan akan diberi karpet merah, istana emas dan beristerikan permaisuri. Kerana gelaran sebagai pengkhianat pada parti tidak boleh dibuang, seperti membuang pacat yang melekat di kaki.
Cuba kita bayangkan bagaimana pimpinan parti peringkat pusat sanggup menjadikan pengkhianat sebagai pimpinan parti?. Bagaimana pula parti peringkat negeri sanggup menjadikan pengkhianat sebagai calun pilihanraya?. Bagaimana parti peringkat kawasan sanggup menjemput pengkhianat sebagai penceramah?. Bagaimana parti peringkat cawangan sanggup menjadikan pembina pos/bangsal mengundi kepada pengkhianat.
Bukan niat untuk menjadi batu api, tapi inilah yang dipanggil politik dan realiti.
Namun perjuangan mesti diteruskan, tenaga mesti dikorban, harta mesti dibelanjakan dan umur mesti dihabiskan untuk perjuangan.
Tanyalah Kak Wan, tanyalah Azmin, adakah rumah mereka memerlukan tentera dan para jeneral yang sedang dipinggirkan. Tambahan pula semua orang tahu, rumah Kak Wan terlalu ramai rakyat jelata yang suka, namun amat kurang jeneral dan hulubalangnya.
Sifat Kak Wan yang keibuan dan berhemah (walaupun ada yang gelar tidak cerdik) pasti pandai cerdik menilai berharganya belian dan zamrud. Yakinlah selepas ini rumah Kak Wan akan tiba-tiba bersinar dan bercahaya.
Kepada bekas pimpinan PAS, aku ucapkan SELAMAT DATANG KE RUMAH PKR.

Malaysiabaru said...

Assalam

Kami penyokong pakatan rakyat memohon y.a.b azmin Ali

Memberi notis sidang dun gempar untuk meluluskan resolusi supaya semua ahli pas meletak jawatan di dalam syarikat , jkkk, exco kerajaan Selangor

Mohon sultan beri kerjasama dgn tidak mencampuri urusan politik ini dan membenarkan demokrasi berjalan lancar

Azmin jangan takut... TSKI pun berani pecat exco dap dan pkr dengan persetujuan sultan. Pd ogos lalu

P.s y.a.b. Azmin kami penyokong pakatan akn beri skongan..malah kmi boleh buat kerj free untuk kerajaan Selangor dan pakatan demi utuhkan demokrasi dan kehendak rakyat. Nak kami jadi drebar,,tukng masak, pak guard secara percuma pun takpe demi y.a.b. Azmin Ali yang kami hormati!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...