JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, June 04, 2015

RUU persendirian Hj Hadi tak pernah dibincangkan bersama PAS Pusat ?

Apa punya gopoh buat kerja jamaah macam ini? Ruu persendirian Hj Hadi itu rupa-rupanya tidak pernah dibincangkan bersama PAS Pusat. 

Apatah lagi bincang bersama rakan tahaluf siyasi .... patutlah rakan tahaluf siyasi naik hangin!

Yang Hj Hadi marah pula bila depa tak sokong adakah patut? Depa nak sokong macam mana kalau depa sendiri pun tak tau apa bencanya? 

Mahu mendapat sokongan rakan-rakan, tapi tak mahu bincangkan bersama, lepas tuduh depa tolak hudud bagai? 

Benda yang Hj Hadi nak bawa itu pun bukan hudud sebagaimana yang dia kata, tetapi cuma nak meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu... 

Dan macamana nak sokong bila RUU itu ada beberapa kelemahan....siapa yang draf RUU tersebut? 

Apakah Hanipa telah melakukan kesalahan apabila beliau mendedahkan mengenai adanya beberapa kelemahan berkaitan RUU Hj Hadi itu?

Sangat memalukan jika perangai muktamirin PAS lebih teruk dari Umno.... takkanlah manusia berlilit serban boleh buat kelaku tak karuan mengeboo Hanipa yang hanya mendedahkan kelemahan yang berlaku? Laporan seterusnya :

Gara-gara mempertahankan tindakannya menegur Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka dan mengkritik hudud Kelantan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin diejek 'boo' perwakilan muktamar di Kuala Selangor hari ini.

 Ini bermula apabila seorang perwakilan dari Segambut mempersoalkan peranannya sebagai pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS yang sepatutnya mempertahankan presiden membawa rang undang-undang (RUU) persendirian hudud ke Parlimen.

 "Inikah tarbiah yang kita hasilkan dengan ‘boo’ macam itu?

 "Saya tiada masalah, dalam Parlimen perangai Umno pun macam ni," katanya semasa memberi penjelasan dalam sesi pembentangan minit mesyuarat PAS 2014 di Kuala Selangor, hari ini.

 Ahli Parlimen Sepang itu berkata, isunya adalah RUU persendirian itu tidak pernah dibawa Hadi masuk dalam perbincangan PAS Pusat.

 Malah mengakui dirinya, ahli Parlimen PAS lain termasuk Ketua Whip Datuk Mahfuz Omar tidak pernah berpeluang melihat RUU itu sebelum dihantar untuk dibentangkan.

 "Dan apabila saya lihat RUU itu ada beberapa kelemahan. Jadi itu persoalannya, bukan nak pinda. "Kita pertikai cara dan apa salahnya sekiranya kita buat teguran," katanya mempertahankan tindakannya mengkritik Hadi itu membuktikan amalan demokrasi wujud dalam PAS.

 Hanipa berkata, dirinya sering mempertahankan hudud Kelantan tidak bercanggah dengan Perlembagaan walaupun menyertai forum “hostile hudud” di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH).

 Beliau kemudian mencabar perwakilan membuktikan jika ada kenyataannya mengenai hudud bercanggah dengan presiden.

 "Kalau ada kenyataan saya bercanggah dengan presiden, buktikan. Di mana yang bercanggah itu saya tak boleh jawab.

 "Saya bagi jaminan kalau RUU dibawa ke Parlimen saya akan pertahankan dan saya akan berani lawan mana-mana wakil Parlimen Umno," katanya.

 Hanipa semasa muktamar di Johor tahun lalu pernah menerima nasib sama, apabila mempertikaikan PAS mahu merebut kerusi menteri besar Selangor milik PKR. – 4 Jun, 2015. - sumber: themalaysianinsider
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Hadi itu kan BARUA UMNO

Apa Hadi kesah yang penting Pakatan Rakyat GAGAL dan ada peluang Hadi jadi TPM

Hadi bukan BODOH

air gunung said...

Betul2 anak jantan...
x reti bodek2.memang perangai peguam.
tukang booo tu suruh syarah bab hudud tobat kelu lidah punya.istilah pon silap2 tak reti..main ceduk hafal bute jer...kenal sgt sesetgh tu perasan akulah ulamak kih kih.

Anonymous said...

Sungguh beradab ahli perwakilan ketika diberi penjelasan..MengeBOO.

pok amid littor said...

Nakhoda ni mana tau nak berorganisasi, dia huat ikut suka dia jer!!'
Bika ajak hadir mesyurat, dia kata ikut suka dia laa, nk hadir ke tak nak
Bila di tanya, sombong dan angkuh jawapan yg diberi.
Dia ji bukn jenis pemimpin besar, pemimpin team kampung boleh laa!
Amat malang buat PAS krn mengekalkan dia sebagai nakhoda

pok amid littor said...

Nakhoda ni mana tau nak berorganisasi, dia buat ikut suka dia jer!!'
Bika ajak hadir mesyurat, dia kata ikut suka dia laa nk hadir ke tak nak
Bila di tanya, sombong dan angkuh jawapan yg diberi.
Dia ni bukn jenis pemimpin besar, pemimpin team kampung boleh laa!
Amat malang buat PAS krn mengekalkan dia sebagai nakhoda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...