JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, June 26, 2015

Salman dan PAS Perak patut berasa bangga dengan DS Nizar

Dilaporkan bahawa Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur, Salman Saleh  membantah pengumuman DAP bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan dikekalkan sebagai sebagai Ketua Pembangkang Perak.

Alasan yang diberikan oleh Salman ialah:

1) Mohammad Nizar bukan lagi memegang jawatan utama di dalam PAS setelah gagal mengekalkan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat malah disingkirkan dari jawatan Ketua Kawasan PAS Kampar.

2) Salman beralasan lagi,“DAP perlu menghormati pendirian PAS dalam perkara ini dan dengan mengekalkan Mohammad Nizar bukan jalan terbaik mengukuhkan keadaan hubungan antara PAS dan DAP.” 

Pertamanya apa yang perlu diperhatikan ialah DAP mempunyai 18 kerusi DUN Perak manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS masing-masing lima kerusi.Maka hak untuk menjadi Ketua Pembangkang ialah DAP kerana kedudukan kerusinya.

Namun DAP melantik Mohammad Nizar untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang Perak kerana beliau adalah Adun yang dilantik untuk mewakili Changkat Jering.

Salman bertanya, kenapa tidak Adun PAS yang lain diambil kira? Apakah Salman lupa kecemerlangan Nizar yang pernah menjadi Menteri Besar Perak selama 10 bulan ketika Pakatan Rakyat (PR) menang dan mentadbir negeri itu pada 2008?

Dan apakah Salman lebih suka kalau DAP  melantik ADUN dari PKR?

Tetapi atas sebab kelebihan yang ada pada Nizar itulah, maka DAP melantiknya untuk kekal sebagai Ketua Pembangkang.

Apakah hanya kerana Nizar sudah bukan lagi YDP Kampar maka dia tidak layak untuk jadi Ketua Pembangkang di DUN Perak? Mungkinkah guru agama yang menggantikan Nizar itu patut dicadangkan?

Seperkara lagi yang perlu Salman ingat ialah kerjasama antara kedua-dua parti, DAP dah PAS sudah berakhir.PR sudah tidak lagi wujud di Perak.

Salman dan PAS Perak patut berasa bangga kerana DAP telah memilih Nizar, seorang ADUN PAS untuk jawatan tersebut. DAP lebih mengenali yang mana permata dan yang mana kaca.
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Ada saja perkara tak masuk akal dibuat oleh pemimpin PAS setiap peringkat ni.... mujurlah aku dah isytihar keluar PAS .... kalau tak rasa tebal juga muka aku menanggung "KEMALUAN YANG BESAR" dibuat oleh mereka.

Malaysiabaru said...

DAP kesucian mu membuat kami lebih mencintai kamu berbanding party ajaran sesat pas

Anonymous said...

Yes....Yes....Yes
YB Nizar lah yg sepatutnya di lantik
Beliau mmg layak dan berkelayakkan
Ana sokong YG Nizar

Anonymous said...

Inilah jenis maknusia dalam yang orang kata cerdik tak boleh ikut bodoh tak boleh diajar dia mahu ketua pembangkang dari DUN PAS yang telah dipilih memegang jawatan apakah kelak kewibawaan DUN tersebut tidak akan dipersoal oleh DAP jika apa yang diharapkan oleh pengudi tidak kecapain matlamat.Bodoh biarlah bertempat.

Ritchie Blackmore said...

Pergi mampos lah pas awak tu salman!!

Anonymous said...

lu lanchow umno la malaysiabaru. kami penyokong G-18 pun tak pernah menggelarkan Pas parti ajaran sesat. Nizar terbaik. jauh lebih baik dan berani dari hadi kaki ponteng.. makan gaji buta.

Anonymous said...

Yg tinggal dlm pimpinan Pas cuma yg tamak kuasa /tak layak tak sedar diri.
Simpan le bodoh tu /tak payah puk canang satu Malaysia tahu anda memang bodoh tahap gaban,
Dah Dap Majoriti, suka hati dia lah.
Mereka lebih arif siapa yg layak utk Rakyat,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...