JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, June 24, 2015

Sesiapa Keluar Jemaah, Maka Pancunglah Tengkoknya

TAZKIRAH RAMADHAN SIRI V 

Akhir2 ini banyak pihak mengeluarkan apa yg didakwa sbg hadis nabi saw dgn maksudnya sesiapa yg keluar jamaah islam, maka hendaklah di bunuh atau dlm setengah riwayat maka sesungguhnya dia telah terkeluar dari Islam.

 Mengikut nas asal hadis tersebut ialah: 

 التزم جماعة المسلمين وامامهم 
( Hendaklah kamu beriltizam/istiqamah dgn jamaah muslimin dan pemimpin mereka) 

Dlm riwayat yg lain Rasulullah SAW menyebut

 من فرق الجماعة قيد شبر فقد خلع عنقه من ربقة الاسلام 
 (Sesiapa yg memisah diri/keluar dari jamaah orang islam, maka dia telah memutuskan tengkoknya yakni ikatannya dgn islam)

 Dlm riwayat yg lain disebut : فاضربوه 
(Maka pancunglah tengkoknya yakni dihukum bunuh)

 Hadis ini jelas menunjukkan perintah wala' kpd jamaah muslimin dan pemerintahnya sptmana di zaman khulafa al rasidin dan khalifah2 selepasnya, sesiapa yg tidak wala' dan keluar dari memberi ketaatan kpd jamaah atau kerajaan islam, maka dia telah terkeluar drp islam dan boleh dihukum bunuh.

Namun begitu, kita melihat akibat ketaksuban sesetengah pihak kpd kumpulan dan pemimpin tertentu, mereka telah menyamakan antara gerakan Islam yg ditubuhkan sbg wadah perjuangan di sesuatu wilayah atau tempat tertentu sbg sama dgn jamaah muslimin/kerajaan islam, akibatnya mereka menghukum sesaorang yg keluar dari mana2 gerakan atau jamaah islam sbg telah keluar drp jamaah muslimin.

 Kekeliruan ini berlaku kerana kegelojohan dan ketaksuban mereka kpd gerakan Islam yg mereka terlibat sehingga mereka menyamakan gerakan tersebut sbg jamaah muslimin, sedangkan gerakan tersebut hanya sebahagian drp jamaah muslimin.

 Jamaah Muslimin adalah merujuk kpd kelompok besar ummat Islam dlm sebuah negara Islam yg berdaulat bersama pemerintah mereka samada bergelar khalifah, amir, sultan dsbnya, bukannya merujuk kpd sesuatu gerakan atau persatuan Islam.

 Jika hadis tersebut merujuk kpd gerakan Islam, sudah tentu perkataan yg akan digunakan ialah جماعات yakni merujuk kpd jama' atau banyaknya jamaah jamaah Islam yg ditubuhkan, sedangkan jamaah muslimin hanyalah satu sepanjang masa dan zaman kerana sempadan kpd jamaah muslimin ialah aqidah, manakala sempadan kpd jamaah islam ialah keahlian dan kawasan operasinya.

Jika kekeliruan masyarakat berhubung maksud sebenar jamaah muslimin dgn jamaah islam ini dibiarkan berleluasa, maka semua gerakan Islam akan mendakwa mana2 ahlinya yg keluar dari gerakan atau persatuan Islam tersebut sbg telah keluar drp Islam.

 Alangkah malangnya bagi ramai pejuang Islam yg dilabelkan sbg munafik haraki ketika bersama persatuannya, dilabel pula sbg murtad selepas tidak mahu lagi bersama persatuan Islamnya yg lama. -  Che Ibrahim Mohamed
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...