JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, June 20, 2015

Siapa keluar jemaah Islam (PAS) jatuh kafir?

Nampaknya PAS semakin menggelabah tak karuan bila ada ura-ura akan tertubuhnya satu parti baru. 

Amat malang apabila mereka yang akan menubuhkan parti baru ini dituduh sebagai pengkhianat dan menentang hudud. Malah ada yang sanggup menuduh jatuh kafir?? 

Tindakan ini adalah kerana takut ahli PAS berbondong-bondong keluar parti.Mereka menganggap parti baru ini sebagai ancaman kepada PAS. Ada yang begitu optimis mengatakan parti baru itu nanti tidak akan bertahan lama dan akan menerima nasib saperti pecahan PAS yang terdahulu iaitu Hamim dan Berjasa.

Apakah mereka anggap parti baru ini serupa dengan Hamim dan Berjasa yang pro-Umno/BN?

 Ternyata bahawa parti yang baru ini kelak adalah terdiri dari mereka yang kuat menentang Umno.Mereka adalah tokoh-tokoh yang tegas  menentang sikap PAS yang mahu bermesra dengan Umno. Mereka adalah proPakatan Rakyat dan mereka inilah yang sering membangkitkan isu-isu rakyat di negara ini.

Dulu bukan main beriya-iya suruh segala macam parasit, jebon, Munafiq Haraki, Sekular, Islam Liberal keluar PAS.....Hj Hadi sendiri buat kenyataan, Muktamar nanti adalah medan menyingkirkan ahli sekular..... 

Bila dah berjaya singkirkan mereka, ingatkan mereka sudah gembira ....rupa-rupanya masih lagi berdendam dan marah hingga mentakfirkan orang.

Gejala 'takfiri'  ini amat merbahaya kerana ianya juga membawa maksud darah mereka yang di tuduh jatuh kafir itu adalah halal! Ini bukan perkara main-main. Kalau benar ada kenyataan yang sedemikian, ianya perlu disiasat dan diambil tindakan.

Ketika krisis MB Selangor yang lalu, kerajaan Khalid Ibrahim mampu bertahan kerana adanya sokongan dari 15 PAS + 12 Umno +1 bebas yang menjadikan kedudukan mereka 28 kerusi.


Di ketika ini Hj Hadi yang sangat kuat memihak kepada Khalid Ibrahim walaupun dia sudah dipecat dari PKR. Ketika ini, exco DAP dan PKR Khalid sudah ditendang keluar oleh Khalid.Ketika juga, tanpa disedari, Hj Hadi telah berjaya mewujudkan Unity Government dengan Umno di Selangor.

Tetapi apabila Hasnul dan Shaari Sungip mengalihkan sokongannya kepada WAWI, sekali gus telah mengubah kedudukan Unity Government tajaan Hj Hadi itu berkurangan menjadi 26, berbanding dengan WAWI iaitu 15 DAP + 13 PKR + 2 bebas menjadikan kedudukan mereka kini menjadi 30! Itu sebabnya Hj Hadi terlalu marah kepada 2 Adun PAS yang merubah senario tersebut yang sekali gus menggagalkan Hj Hadi membentuk kerajaan dengan Umno di Selangor!

Jadi situasi sekarang tidak jauh bezanya dengan krisis MB Selangor dulu itu.Azmin jangan teragak-agak untuk tendang 3 exco PAS yang ada sekarang ini sebagaimana yang pernah Khalid Ibrahim lakukan kepada exco DAP dahulu.

Kalau tiga exco PAS ditendang keluar, dengan kedudukan 15 DAP + 13 PKR + 2 bebas =30 kerusi, Azmin masih boleh kekal sebagai MB dan Selangor tidak perlu membubarkan DUN bagi memberi laluan untuk pilihanraya baru. 

Harap 2 Adun bebas itu dilantik sebagai exco menggantikan kekosongan tempat PAS. Kalau ada yang nak lompat, mungkin dari kawasan Meru....cukup-cukup menggantikan 3 kekosongan exco PAS!

Itu sebabnya, PAS cuba menakut-nakutkan mereka dengan ancaman 'kafir' jika keluar PAS....Hahaha

Akhbar Sinar Harian memetik penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat  meramalkan berlakunya lompat parti di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya PKR dapat mengekalkan kuasa mentadbir negeri.~ Baca seterusnya di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Salam bro..

Mari sama2 kita mmikir

Kita merenong dlm2 sikit mncari makna..mncari erti/DEFINASI/hakiki sebutan "ulamak" yg tlh pon dihijjack serta menTOLOLkan kita semua seolah2 dah mcm siku-LUTOT ajer ropernya???

PERNAH..

Pernahkah kita bayangkan dgn betul2 dekat diHATI bgmn...betapa sgt simplenya khidupan nabi SAW?


Bgmn pula simplenya institusi yg wujud pd wktu itu dgn seorg LEADER yg buta-HURUF yakni baginda SAW itu sendiri??


SEMUAnya simple..


Bgmn pula sgt simple nya sebutan makna/ERTI/definasi "ulamak" yg bnar2 mnjd PEWARIS nabi2 itu yg pd wktu itu tanpa kitab2 berguni & berLORI2..

..slain hanyalah tutur kata baginda yg PLAIN-simple kpd shbt2nya...berlainan sprt yg konon2nya gah dipanggil ulamak didepan mata kita pd hari ini???



BAYANGkan..


Bgmn pula agaknya...seandainya nabi SAW yg buta-HURUF lg sgt2 SIMPLE tanpa sebarang "KITAB" ditangannya hatta tanpa sbarang SENAWI ijazah MA @ PhD itu hadir pd hari ini...adakah yg konon2 gah dipanggil ulamak/MSU itu dpt mngenali baginda SAW yg sgt simple itu????

Adakah..

Adakah mrk bnar2 dpt mngenal nabi SAW yg tak FAKEH itu?????



BAYANGkan lg..



Mampukah ulamak2 hebat yg tlh diNOBATkan sbg no.1 no.2 & no.3 donia... trmasuk dewan ulamak DUPP @ MSU mngiktiraf baginda SAW yg tanpa sbarang sijil/IJAZAH & langsung TAKde sebijik KTAB itu apatah lg dgn posisi buta-HURUF baginda itu??????




BAYANGkan lebih dlm lg..


DAN

Seandainya nabi SAW dpt hadir pd hari ini serta melihat "kerja-BUAT" oleh LGE dan LKS ddlm mmbentras RASUAH khianat & FITNAH...serta dpt mnyaksikan LGE & LKS trsiksa dipenjara demi coba mnegakkan sbnr2KBNARAN serta KEADILAN universal azali...bgmn kah agaknya NILAI yg nabi SAW akan lukiskan kpd kita pd hari ini???????



DAN


BAYANGkan lebih dlm7lagi & lg..


BERBANDING..

Seandainya nabi SAW dpt "MENYAKSIKAN" puak2 siku-lutot dgn CAKAR itu berbelit2 berputar2 u-Turn PONTENG serta JANJI2 dilanggar..

..yg terang2 berbuat onar-FITNAH trhdp amanah yg tlh diberikan kpercayaan oleh ummah, sebaliknya mnjd bapakFITNAH ddlm sejijik2 onar sprt pilkuada barua & broka...adakah nabi SAW dpt menerima keBEJATAN-onar-FITNAH yg sedemikian rupa??????? dan...dan...

..apakah agaknya yg baginda SAW dan Omar Al-Khattab lakukan kpd pembawa belit putar onar-FITNAH yg terang2 berakidah-SONGSANG..sesat lg MURTAD itu yg bnar7MEROSAKkan wajah ISLAM yg maha7INDAH lg maha7SUCI itu skrg?????????

....dan adakah begitu ulamak PEWARIS nabi2.. yg baginda maksudkan yg sgt7SMPLE itu?????????


DAN

Perlukah lg kita meyakini serta mnjd TOLOL-siku-LUTOT utk mngiktiraf mrk yg mmiliki MA @ PhD serta berLORI2 kitab disisi mrk itu sbg ulamak..

..sdangkan istilah ulamak yg disebut oleh baginda itu very2PLAIN-simple tak perlu SATU kitab pon pd wktu itu...cukup..

..cukup sekadar bnar7FAHAM serta mngHAYATI-HAFIZ(pelihara) dgn stinggi7AMANAH integrity TRANSPARENCY setiap patah kata baginda dgn makna/HAKIKAT/definasi 'hakiki' yg bnar7DALAM & meluas sluas-UNIVERSE..dr dasar HATI sehingga kepenjuru ufuk langit & bumi..



MALANG

MALANG sekali...krn makna/ERTI/definasi 'hakiki' sbnr7Ulamak yg sgt2SIMPLE itu tlh dihijjack oleh sipnghafal2 ber-IQ cipuut ygTOLOL-siku-LUTOT dimana otak mrk tlh pon diubah n diletak kat ujung buntot...huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...