GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, June 30, 2015

TITM seolah-olah menganggap Presiden PAS dilantik melalui wahyu?

TAZKIRAH TIMBALAN PRESIDEN PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) pada 24/6/2015 Rabu malam Khamis Di Masjid Hasanatul Abrar, Luit, Maran pada perenggan ke-5, beliau menukilkan:
 Presiden PAS adalah sebuah institusi rasmi mewakili lebih sejuta ahli. Suara presiden adalah suara rasmi, bukan suara peribadi. Apabila presiden mengeluarkan sesuatu arahan, maka itu adalah arahan rasmi. Ia tidak sama dengan timbalan, naib dan lain2 pimpinan yg kata2 mereka boleh ditakwilkan sebagai rasmi atau peribadi  di sini
Pelik benar pandangan TITM kali ini. Kalau benarkah Presiden PAS itu sebuah institusi rasmi kerana mewakili lebih sejuta ahli? Apakah timbalan , naib dan lain-lain pimpinan tidak mewakili lebih sejuta ahli juga? Bukankah mereka dilantik melalui muktamar oleh ahli sebagaimana pimpinan-pimpinan yang lain itu? TITM seolah-olah menganggap Presiden PAS dilantik melalui wahyu?

Apakah Tuan Ibrahim Tuan Man sudah lupa apa yang TGNA pernah ucapkan dahulu?
Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.
 "Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya di sini di sini
Elok juga kita leraikan melalui pandangan dari Ustaz Che Ibrahim Mohamed:

ADAKAH PEMIMPIN BOLEH BERTINDAK MEMBELAKANGKAN SYURA???

Syura merupakan satu prinsip penting dlm Islam, ianya terpakai dlm semua perkara yg tidak ada nas syari'e, bila ada nas yg jelas, maka tidak ada lagi mesyuarat, pandangan atau memilih laluan lain.

 Imam Qurtubi yg diriwayatkan dari Ibn 'Athiah berkata " tidak ada khilaf di segi wajibnya dilucutkan jawatan seorang ketua bila dia tidak beramal dgn syura bersama ahli ilmi dan agama".

 Imam Al Thabroni menyebut dlm tafsirnya yg diriwayatkan drp Qatadah menyebut: 

" Allah telah memerintah nabiNya saw supaya bermesyuarat bersama sahabatnya dlm banyak perkara, sedangkan Baginda sering mendapat wahyu dari langit....."

 Adakah syura mengikat pemimpin atau sekadar maklumat kpdnya???

 Kebanyakan ulama berpendapat syura mengikat pemimpin, yakni wajib dipatuhi dan haram ianya bertindak bercanggah dgn keputusan syura berdasarkan perintah syura yg jelas dan tindakan rasulullah saw yg banyak mengambil keputusan berdasarkan keputusan atau pertujuan majoriti sahabat.

 Namun begitu ada ulama berpendapat keputusan syura tidak wajib diikuti oleh pemimpin, mereka boleh mengambil pandangan lain walaupun bercanggah dgn keputusan majoriti. Pandangan ini disandarkan kpd keputusan Rasulullah saw mengambil pendapat Abu Bakar seorang shj dlm kes tawanan Badar dgn menolak pandangan Omar dan Abdullah bin Rawahah, begitu juga dlm Peristiwa Hudaibiyyah dan mengambil pendapat Al Khabbab dlm isu peperangan Badar serta pandangan Salman Al Farisi dlm peperangan Khandak.

 Golongan ini juga menyandarkan pendapat mereka kpd tindakan Saidina Omar dlm isu pembahagian tanah di Iraq kpd tentera yg berperang serta tindakan Abu Bakar membenarkan tentera Usamah memerangi golongan murtad slps kewafatan rasulullah saw kerana didakwa bercanggah dgn kehendak ramai sahabat yg lain.

 Mereka juga berhujah dgn ayat :

 فاذا عزمت فتوكل علی الله 
" Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kpd Allah" 

 Yakni ayat ini memberi maksud bahawa Rasulullah saw dan khulafa' al rasyidin selepasnya boleh memilih satu pendapat tertentu walaupun bercanggah dgn kehendak ahli2 mesyuarat yg lain.

 Jika kita mengkaji hujah-hujah di atas, ianya sama sekali tidak memberi makna seorang pemimpin boleh mengambil pendapat sendiri dgn meninggalkan keputusan syura spt berikut:

 1. Keputusan Rasulullah saw dlm kes peperangan Badar adalah sebelum turunnya ayat syura,

 2. Banyak ayat2 al quran yg mencela keputusan yg mengambil pendapat minoriti dgn membelakangkan pendapat majoriti.

 Adapun keputusan Rasulullah saw dlm isu Perjanjian Hudaibiyyah bukannya bermaksud rasulullah saw menolak pandangan kebanyakan sahabat baginda, namun keputusan tersebut merupakan perintah Allah yg telah dibuat kpd Rasulullah melalui wahyu.

 Begitu juga apabila rasulullah saw mengambil pendapat al.Khabbab bin al.Munzir dgn meninggalkan tempat yg telah dipilih lebih awal dlm Peperangan Uhud dan juga pendapat Salman utk menggali parit dlm Peperangan Khandak, bukan bermakna rasulullah saw menolak pandangan majoriti dgn berpegang kpd pandangan individu, tetapi kerana tidak ada pandangan lain selain pandangan drp mereka shj.

 ( isu tentera Usamah dan Tanah Iraq insyaAllah akan disambung dlm siri 9)
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

Kalau sejuta ahli tolong tolak satu sebab saya dah keluar PAS.

Ritchie Blackmore said...

Bila berfikir dgn siku dan lutut maka ketololan TITM semakin menyalak nyalak jadinya...kah kah kah

Rusani said...

Masih lagi campur satu sebab saya baru masuk jadi ahli Pas, ahli dlm hati sahaja bukan atas kertas.

Malaysiabaru said...

Malu umno Kelantan dan pas Kelantan...

Nak buat masjid puuuun. Kena mintak tolong Dap ... Merayu rayu mcm islam mundur

Abootarbus said...

Tolak satu lagi......sy pon dah keluar

Anonymous said...

Adakah TITM akan berpegang pada prinsip ini andai dia jadi Presiden nanti?

Ritchie Blackmore said...

TITM nih bukan gua nk cakap la...gah sj lebih,dulu gua amat respek dia tp dia tenggelam dek ketokohan golongan profesional dlm pas.Bila dia berada ditahap kemuncaknya baru lah kita nampak kenaifannya berfikir melainkan hanya hebat bercakap,berperibahasa dan menyalak syair2 purba sahaja.Memang low class lah dia ni.

Anonymous said...

Maaf ye..pelik le pulak..bab ni angkat le pulak majlis syura..sebelum ni bukan mike ke yg hentam org majlis syura...disini le nampak pemikiran mike..jgn mengaibkan org lain..kalau mike betul mike siarkan comment teman

Anonymous said...

Maaf ..jika saya silap dlm penulisan saya..cuma utk mengingatkan bahawa ke kadang apa yg kita tulis itu banyak mengikut nafsu tanpa iman dan akhlak..sedang kan iman dan akhlak itu penuh dgn ketenagan dan suka kepada kebaikan..fikir lah kerana menu lid dgn iman akan merasakan diri hampir kepada Ilahi ..manakala menu pis utk kepuasan diri adalah nafsu

Anonymous said...

TITM hamlau besau berlakon baik konon, biarkan anjing2 serigala2 PasUG menyalak nyalak, kabilah2 G18 teruskan wadah baru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...