GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, June 24, 2015

Umno tipu PAS, kita rugi gapa?? Tanya Nik Abduh

Memang tak cerdik Nik Abduh ni..... Pepatah Melayu pun ada berkata : Si Bodoh makanan Si Cerdik! Kalau dah kena tipu sokmo-sokmo ibarat sitolol masuk ke lubang yang sama berkali-kali untuk dipatuk oleh ular yang sama....

Nik Abduh tanya korang semua : 

"Kita nak kena tipu ker, kita nak menipu? Kalau PAS tak bawa Hudud, Umno akan jaja merata, PAS ni nak buat hudud menipu jer! Bila kita bagi peluang, dia kata Dr Mahathir tak bagi nak laksana hudud di Kelantan, di Trengganu....Kita kata Umno bohong...

"Sekarang ni hok dia kata dia bohong, Umno tarik balik. Dia kata sekarang, oleh kerana mu kata bahawa kami tipu, sekarang ni kami nak beri...kami akan sokong.  Kalau kita tak jawab Umno ni, atas alasan Umno nipu atau sebagainya, sudah pasti Umno akan jaja pada rakyat bahawa PAS ni menipu!

"PAS ni menipu kerana kamilah hudud tidak boleh dijalankan. Sekarang ni PAS sendiri tarik diri bawa hudud, akhir sekali kita akan dituduh oleh rakyat, kita adalah parti Islam yang menipu, satelah ditawarkan oleh Umno. 

"Katakanlah tuan-tuan semua, saya terima maklumat, bahawa tak bawa ni ...sehari dua parlimen nak bahas ni! saya tak bawa bill tu...kerana ada ada saman, baca surat khabar...ada saman dari rakyat Malaysia ... orang Islam 3,4 orang ... peliklah! Dia saman sekat! Dia saman Tok Guru presiden, dia saman Speaker, Timbalan Speaker .... 4 kalau tak silap...hok kena saman. Jadi kerajaan buat alasan oleh kerana tuan speaker sendiri kena saman, maka dia nak brake dulu...Tak apalah itu alasan....

"Katakanlah, betul Umno nak menipu....Umno tipu PAS.... , baik kita rugi gapa?? Apa kita rugi tuan-tuan? Rakyat tengok bahawa yang menipunya Umno, tidak PAS! Rakyat tengok PAS nih...kena tipu sokmo!  PAS ni kena tipu sokmo....Umno ni, nipu sokmo-sokmo!

"Jadi rakyat nak hok mana? Cuba fikir orang Melayu, orang Islam nak hok mana? Nak pemerintah hok menipu sokmo ? Ataupun nak pemerintah maka dia jadi rakyat dia kena tipu sokmo pada pemerintah. Dia tak menipu lagi! Di Kelantan ni, Kerajaan Kelantan tak pernah nipu rakyat. Hok boleh buat, dia buat, hok tak boleh buat dia ngaku tak boleh buat...tu di Kelantan! "

Kalau tak caya korang dengarlah sendiri tukang lawak buat persembahan :



Saya tak mahu komen apa-apa.... Cuma saya ambil komen budiman dari Ustaz Zul Hilmei Mohamad Rohani:

Dalam QAWAID FIQHIYYAH ada menjelaskan:

 اذا تعارض مفسدتان روعى أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما 
 Maksud: Bila bertembung 2 perkara yg merosakkan hendaklah dinilai mana satukah yg lebih besar risikonya dengan cara memilih situasi yg paling ringan risikonya sbg jalan keluar.

 Kenapa tak pilih utk tidak ditipu dlm masa yg sama mengekalkan imej umno sbg penipu besar? 

 Mana yg lebih besar mudharat?

1) Sedia kena tipu, tak dpt laksana RUU, dgn risiko PR pecah, ruang dakwah kpd non-muslim tertutup dan ukhuwwah di kalangan ahli berkecai dgn budaya fitnah dan label-melabel.

2) Tidak sedia ditipu, tak dpt laksana RUU, PR stabil, ruang dakwah masih terbuka pd non muslim, ukhuwwah kekal memperkukuh dan budaya fitnah boleh dikawal. 

 2 situasi di atas menghadapi risiko yg sama iaitu tidak dpt nak laksana RUU. Namun risiko ke dua lebih ringan berbanding pertama disebabkan keutuhan PR dan ruang dakwah masih dibuka kpd non muslim. Jika mereka tidak terima pd hari ini, potensi utk mereka terima akan dtg besar. Hakikatnya bersama PR baru 7 tahun, kalau kita boleh sabar dgn umno sama bangsa dan sama agama hingga 60 tahun, kenapa dgn non muslim yg berlainan agama dan bangsa tidak boleh sabar? So kenapa tidak pilih option yg ke dua?
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

Susah nak dinasihat pada orang yang merasa dirinya terlalu agung ilmu dia. Setiap cadangan dan pandangan akan diambil sebagai menghina atau mencabar tahap keilmuan dia. Logik akal langsung tidak diguna pakai. Kalau begitulah sifat seorng pemimpin maka akan hancurlah PAS.. Beliau masih boleh mengatakan "kita rugi apa" setelah porak perandakan jemaah Islam yang semakin hari semakin gagah. Nampak sangat hati beliau telah menjadi buta..

Anonymous said...

Siapakah yg sebenarnya menipu sekarang ini? RUU355 yg dibawa oleh presideng pil kuda itu sah sah bukannya hukum hudud pun, bengong! Ia hanyalah merupakan tindakan untuk memperkasakan hukuman-hukuman yg terdapat dlm Enakmen Kanun Jenayah Syariah sedia ada shj, dan langsung tiada mengena dgn mana-mana hukum hudud Islam. Yg jelas dlm keadaan PAS kena tipu itu pun terdapat penipuan oleh PAS sendiri, bangang!!! Okaylah dirumuskan beginilah, UMNO itu memang menipu sokmo tapi UMNO tidak kena tipu sedangkan PAS telah ditipu oleh UMNO malahan PAS juga telah menipu ahli PAS sendiri dgn mengatakan RUU itu adalah hukum hudud padahalnya bukan dan lebih teruk lagi PAS telah menipu PKR dan DAP, mangkuk oii! Kenapalah bodoh sangat, perkara yg semudah itu pun tidak boleh difikirkan.

UMNO itu penipu dan DAP pun setuju dgn kenyataan ini
PAS pula asyik kena tipu oleh UMNO dan juga menipu ahli parti sendiri + rakan dlm PR juga
Mu bodoh nok pilik hok mana? Mu gi uwi seroh tengkuk tu, wat gapa? Lagi mahu kecek PAS rugi gapa.....

Malaysiabaru said...

Nik Abudoh mcm budak budak tadika..

Tidak mcm bapanya Nik Ajis

Org pasir Mas lg buduh undi ostad fanatik extreme tolol kawarij syiah iran ayacuckoo

Anonymous said...

Mu jgn nok nipu pengundi lo nik abduh weiii..
mu canang hudud sampai mu khianat rakan dlm pakatan. Mu canang hudud sampai ahli2 mu dlm pas sendiri mu fitnah dan hina. Mu canang hudud TAPI mu dlm parlimen menikus. Org yg mu fitnah dan hina yg berperang dlm parlimen yg bercakap.
apa punya malaun la kamu2 ni gang ularmak ni.
mmg benar la org2 kata..mu dan gang2 ularrmak ni cuma pandai agama tapi bangang politik.

Anonymous said...

aku nak org yang cerdik dan tak mudah ditipu. yg kena tipu sokmo2 tu sbb bodoh x kene tempat dan masa

Anonymous said...

Apalah Nik Abdoh cakap pusing-pusing. Skrang pulak cakap nak tengok UMNO menipu atau tak menipu macamlah tak pernah tau. Atau perangai dah sama.... awak kan boleh berlakun naik teksi walau ada kereta berbagai. Aduhai kekanda ku Nik Abdoh, janganlah dibelit lidah tu, ingat akhirat dan takutlah balasan Allah.

Rumah mangsa banjir yang dijanjikan dan janji siap sebelum Ramadan mana dia heh. Jangan jadi bangau oh bangau. Jap kata kerajaan federal yang buat, jap kata tunggu dulu kerajaan negeri ada peruntukan. NAH DEPAN MATA TAK JUGA SIAP YANG DAPAT HANYA MENUMPANG BANGUNAN. Tu tak menipu namanya.

Kalau tak dihebah masalah mangsa banjir nescaya mu dan puak-puak mu kerajaan negeri makan gaji buta berjanji sokmo serupa macam UMNO. Beli kete dan plat kete boleh buat beberapa buah rumah mangsa banjir. Sampai bila nak pusing cakap dan bagi bodo rakyat yang ditipu dengan serban dan jubah al quran dan hadis. Silap-silap dapat kuasa, rakyat lebih cakap dapat siku dan lutut dan jadi kape semua lawan cakap mu.

mohd shahran said...

untuk menjadi ahli pas dan pimpinan pas mesti lebih TOLOL dari presiden. Ketua dewan ulama da beritahu golongan progresif ditendang sebab mereka berhujah dengan fakta presiden yang tolol tak boleh lawan fakta

sizzly7761 said...

Maaf Tuan AlHusseyn51, Pandangan Nik Abduh ni dilontarkan dikhalayak sendiri @ walaun yang tak boleh berfikir dan dilarang untuk bahas! Ini pandangan satu hala..dan Nik Abduh merasa syok sendiri dengan pandanganya. Jika debat..mahu kaw-kaw pandangan 'senteng' Nik Abduh ni akan di pancung! Tapi Nik Abduh mana mahu debat...tak syarie katanya @ macam PM kata debat bukan budaya kita!
Inilah dia sisi 'tak cerdik' Nik Abduh! Cubalah bercakap isu nasional dan masalah rakyat! Buatlah kerja bantu mangsa banjir yang masih berkhemah tu...Apapun kita tengoklah apa yang mampu dibuat oleh beliau untuk 'kebaikan' PAS! Kalau di lihat kepada gerakerja sebagai MP Pasir Mas..jelas 'out' dan 'fail'!

Sam Sung said...

Salam tuan
Saya x de kata2 dh..ooppss..baru igt..B.O.D.O.H

Anonymous said...

Jadi...Nik abduh ni tahu lah dia dah kena tipu.kami dah tahu lama dah..cuma memang seronok ketawakan orang sementara menunggu berbuka ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...