JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, June 11, 2015

UMUM Dari “Rollback” ke “Containment”: Satu Analisis Strategik PAS Pasca Muktamar Ke-61 JUNE 10, 2015

Oleh: Minda Jentayu 

Jika kita menggunakan istilah “Leadership of the Clergy” untuk merujuk kepada amalan kepimpinan PAS, ia mungkin akan dirasakan janggal. Bunyinya seolah-olah satu konsep yang diambil dari agama lain di mana wujudnya pembahagian diantara golongan “clergy” dan golongan “lay” atau orang-orang biasa. Namun, itulah hakikat konsep kepimpinan ulama. Ia sangat asing pada Islam dan sebenarnya lebih hampir pada fahaman sekular yang membahagikan di antara urusan agama dan duniawi. Ia seolah satu langkah ke belakang atau “rollback’ yang akan memundurkan PAS.

 Namun, implikasi dari perkembangan yang berlaku pada Muktamar PAS ke 61 bukan sekadar satu perubahan semantik semata-mata. Ia juga mempunyai implikasi strategik yang amat ketara. Malahan, ia merupakan kemuncak strategi membina kembali “containment” pengaruh PAS dan melemahkan Pakatan Rakyat.

 Sebelum PRU 1999, pengaruh PAS dilhat sebagai terbatas. Prestasi pemimpin-pemimpin PAS di luar Kelantan amat tidak menentu. Adakalanya menang dan adakalanya kalah dalam pilihanraya. Bagi UMNO, PAS diterima sebagai “necessary evil”. Dengan adanya PAS, UMNO dapat memaparkan dirinya sebagai golongan sederhana. Dalam konteks hubungan antarabangsa, PAS boleh digunakan sebagai jembalang untuk mengingatkan pengkritik bahawa sekiranya UMNO lemah Malaysia akan jatuh kepada golongan fundamentalis agama. Oleh itu, pendekatan strategik yang digunakan dalam menanggani PAS ialah pendekatan “containment”. Biarkan PAS bertapak di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur. Biarlah PAS wujud dalam “sphere of influence” yang terbatas dan terbendong ini. 

 Prestasi ulama PAS pula tidaklah begitu memberansangkan. Walau pun mampu memberi ceramah dan pidato berapi-api serta mengistiharkan berbagai hukum, mereka umumnya tidak berkesan dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kebanyakan mereka tidak mampu membahaskan isu-isu dasar dengan berkesan. Kalau ada pun, sekadar membuat saranan umum memgenai perlu kembali kepada Islam, perlu ikut sistem ekonomi dan pendidikan Islam tetapi tidak melebihi dari itu. Dalam isu-isu berkaitan dasar fiskal, mengenai strategi merubah ekonomi Malaysia dari ekonomi yang dipacu pelaburan kepada ekonomi yang dipacu inovasi dan bagaimana meningkatkan pelaburan, golongan ulama umumnya mati punca. Demikian juga, apabila muncul skandal-skandal mega golongan ini juga kelihatan ibarat rusa sesat di tengah pekan. Sama ada skandal BMF, Maminco, Perwaja atau skandal spekulasi matawang Bank Negara yang berlaku 20-30 tahun dahulu mahupun skandal-skandal yang mutakhir seperti skandal PKZ, MAS, 1MDB dan NFC, golongan ulama nyata tidak dapat menguasai isu-isu semasa ini. Mereka lebih selesa membisu dalam isu-isu sebegini.

 Oleh itu, UMNO menganggap adalah memadai dengan pendekatan “containment” terhadap PAS. Ini telah berlarutan sehinggalah dua perkembangan yang membimbangkan UMNO. Pertama ialah perkembangan politik selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan pada tahun 1998. Ia telah menyaksikan lonjakan aktivitisma politik di kalangan rakyat Malaysia. Oleh kerana PKR masih belum wujud, ramai di antara aktivis Melayu menyertai PAS. Ini termasuklah golongan professional. Penyertaaan mereka ini membawa beberapa perubahan penting kepada PAS. Golongan ini lebih canggih dari segi pemikiran politik dan keupayaan menanggani isu-isu semasa. Mereka dapat mengolah isu dan idea dalam bahasa dan gaya yang mempunyai daya tarikan kepada golongan kelas pertengahan Melayu. Golongan ini juga selesa menjalinkan hubungan dengan golongan bukan Islam, sama ada dengan DAP atau NGO-NGO yang turut disertai oleh bukan Islam. Golongan ulama sebaliknya lebih bersikap “insular”. Mereka jarang sekali menyertai program-program bersama yang diwujudkan parti-parti Pakatan Rakyat. Dari segi aktivisma, golongan ulama lebih selesa dengan program-program dalaman. Sebaliknya, golongan professional lebih aktif dalam ruang lingkup kegiatan-kegiatan yang lebih luas. Ini termasuklah dalam isu-isu seperti reformasi pilihanraya dan hak asasi manusia. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin PAS dari golongan professional lebih ramai menghadapi dugaan ditangkap dan dipenjarakan. Golongan ulama lebih selesa berjuang di medan ceramah sedangkan golongan professional yang selalu berada di barisan hadapan dan menghadapi berbagai ujian dan ibtilak. Sekiranya perjuangan para anbiya dipenuhi dengan dugaan dan ujian, tidak sukar untuk melihat siapakah yang lebih hampir pada perjuangan para anbiya.

 Perkembangan kedua ialah PRU pada 2008. Akibat dari jalinan hubungan dengan golongan bukan Islam, PAS mula diterima oleh masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Semakin ramai pengundi bukan Melayu yang memberi undi kepada PAS dan membolehkan PAS menang kerusi-kerusi di luar Pantai Timur dan khususnya di kawasan-kawasan bandar. Hasil PRU 2008 dan 2013 menunjukkan tembok “containment” yang wujud sebelum ini telah roboh. Perkembangan ini juga turut dirasakan DAP. Pengundi-pengundi Melayu, terutama golongan kelas pertengahan dan generasi muda, mula memberi sokongan kepada DAP. Dengan robohnya tembok “containment” ini, berlakulah tsunami yang merungkaikan penguasaan dua pertiga Parlimen oleh BN dan menafikannya sokongan majoriti pada PRU ke 13.

 Untuk menghadapi realiti baru ini, UMNO memerlukan satu strategi baru untuk menggantikan strategi “containment”. Strategi ini mestilah mampu memusnahkan sumber-sumber kekuatan yang membolehkan PAS keluar dari tembok “containment” ini. Bagi UMNO, ancaman sebenar kepada pengaruhnya bukanlah ulama PAS. Golongan ulama telah lama wujud di dalam PAS dan telah dapat di “contain” dengan mudah. Sebaliknya, ancaman utama kepada UMNO ialah golongan professional. Mereka inilah yang telah berjaya merobohkan tembok “containment”. Oleh itu, adalah perlu kekuatan ini dimusnahkan.

 Strategi melemahkan PAS dan PR bolehlah diistilahkan sebagai strategi “rollback”. Tujuan strategi “rollback” ialah menolak kembali PAS ke ruang “containment” yang wujud sebelum 1998. Ini akan dicapai bila kepercayaan di kalangan golongan kelas pertengahan, khususnya di Pantai Barat, dan di kalangan pengundi bukan Melayu terhadap PAS dapat dilunturkan. Untuk tujuan ini, umpan hudud dan sentimen perpaduan Melayu digunakan. Pada ketika yang sama, langkah untuk melemahkan PR dan PKR turut diambil. Ini adalah dengan mewujudkan fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim dan memenjarakan beliau.

 Di antara langkah yang diambil untuk menawan hati beberapa ulama PAS ialah program-program “taklimat” tertutup yang diberikan oleh sebuah agensi perang saraf kerajaan. Dua perkara utama cuba dicapai dari program-program ini. Pertama, memberi gambaran bahawa kedudukan orang Melayu dan Islam akan terjejas jika PR memerintah. Ini kerana golongan MP bukan Islam dikatakan lebih ramai dari golongan Islam dalam sebuah kerajaan PR. Ini dikatakan boleh menjejaskan kedudukan Melayu dan Islam. Kedua, usaha dilakukan untuk meyakinkan golongan ulama ini bahawa Anwar Ibrahim ialah seorang peliwat dan membawa kefahaman liberal. Di antara perkara yang dilakukan dalam program-program “taklimat” tertutup ini ialah “pengakuan” dua orang bekas pemimpin ABIM dan seorang tokoh korporat yang rapat dengan PAS bahawa mereka yakin bahawa Anwar memang seorang peliwat. Salah seorang dari ulama ini di bawa ke sebuah kilang di Thailand yang dimiliki tokoh korporat ini. 

Ketika di sana dia diberi sanjungan dan layanan istimewa. Sebelum ini, pendekatan yang hampir sama turut digunakan ke atas pemimpin-pemimpin reformasi yang ditahan di bawah ISA. Mereka diberi maklumat terpilih mengenai “salahlaku” Anwar Ibrahim. Mereka dilayan seolah-oleh mereka golongan istimewa dan diberi maklumat yang tidak didedahkan kepada orang lain. Namun, muslihat ini gagal mengubah pandangan tahanan-tahanan ISA ini. Kedua-dua bekas pemimpin ABIM ini dan tokoh korporat ini menggunakan pendekatan emosi dalam meyakinkan ulama PAS ini bahawa Anwar adalah peliwat, satu ancaman kepada Islam dan harus dihalang dari menjadi Perdana Menteri. Namun, “taklimat-taklimat” ini tidak pula pernah menyebut mengenai bagaimana kepentingan Melayu dan Islam dikhianati oleh elit Melayu melalui pembaziran dan amalan rasuah. Peranan J Lo serta kroni-kroni lain elit Melayu tidak pernah disebut. Demikian juga, penglibatan seorang warga Israel sebagai penasihat komunikasi juga tidak dibincangkan. Sesi-sesi taklimat ini berjaya menambat hidung ulama PAS. Muslihat yang gagal digunakan ke atas tahanan ISA mengena pada ulama PAS ini. Ini membuka jalan untuk membolehkan strategi “rollback” dilaksanakan sepenuhnya.

 Pergolakan MB Selangor telah berjaya digunakan untuk mencetuskan ketegangan di dalam PR dan PAS sendiri. Walau pun pendirian presiden PAS bercanggahan dengan keputusan yang dibuat JK Pusat PAS, yang dipersalahkan ialah golongan professional. Maka berbagai istilah pahit seperti barua, jebon, budak suruhan DAP, perosak dan pengkhianat digunakan untuk melabel golongan ini. Ketika para sahabat Rasulullah tidak menyetujui dengan perjanjian Hudhaibiah dan pada mulanya enggan membuka pakaian ihram mereka, Rasulullah tidak pula mempersoalkan wala mereka atau menggunakan bai`ah yang mereka berikan untuk memaksa mereka akur dengan keputusan baginda. Jauh sekali melabel mereka sebagai pengkhianat atau perosak. Tetapi ulama PAS bertindak sebaliknya dan membiarkan suasana memfitnah, mencaci dan mengecam berterusan seolah-olah inilah sibghah Islam yang mereka bawa. Mungkin ulama PAS tidak mempelajari tafsir surah Al Hujurat, wallahu `alam.

 Budaya taat tanpa menyoal dalam PAS turut memudahkan proses memecahbelahkan PAS dilakukan. Muhasabah bukanlah suatu yang mudah dilakukan dalam PAS, terutama apabila ia melibatkan ulama. Sebagai contoh, seorang pemimpin ulama ketika PAS memerintah Terengganu telah memiliki sehingga enam buah kereta rasmi. Ini kerana kedudukannya dalam Exco negeri dan beberapa jawatan dalam lembaga GLC negeri Terengganu. Namun, amalan yang keterlaluan ini tidak pula ditegur oleh sesiapa. Ini semata-mata kerana pemimpin ini digelar ulama. Demikian juga, pemimpin yang sama membiarkan diri dipanggil dengan gelaran doktor sejak tahun 1980han walau dia tidak melengkapkan pengajian PhDnya.

 Nyata sekali semua asas-asas strategi “rollback” telah ditegakkan. Golongan professional dalam PAS yang merupakan ancaman utama kepada UMNO telah dinyahkan. Inilah sebabnya pemimpin UMNO dan media yang dikawal UMNO begitu teruja dengan monopoli “leadership of the clergy” dalam PAS. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin UMNO menunjukkan kegembiraan mereka dan cepat mengucapkan tahniah kepada ulama PAS. Mereka tahu strategi mereka telah berjaya. Kain kafan telah diikat, hanya tunggu untuk memasukkan PAS ke dalam liang lahad. Dengan ini berjayalah strategi “rollback” mereka dan pengaruh PAS akan kembali terbendung dalam ruang “containment” yang wujud sebelum 1998.

 Pada PRU ke 14 nanti, kemerosotan sokongan kepada PAS akan menyebabkan PAS kalah dibanyak kerusi yang dipegangnya ketika ini. Tidak mungkin UMNO akan membiarkan PAS mengambil kerusi-kerusi yang kini dipegangnya. Apabila ini berlaku, nilai PAS kepada UMNO sudah tidak wujud lagi. Malahan, lebih baik UMNO bekerjasama dengan PKR pada ketika itu. Akan jelaslah ketika itu siapa sebenarnya yang merosakkan dan mengkhianati PAS. Pada ketika itu, para ulama PAS bolehlah menggunakan lutut dan siku yang terdapat di bawah jubah mereka untuk bergocoh sesama sendiri.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Analisa yang sangat menarik dan saya sangat bersetuju.

Anonymous said...

Apb FITNAH dah mnjdkan sbapakFITNAH & morshittol mnjd TOLOLstolol7nya

Hanya yg TOLOL-siku-LUTOT jer yg blagak bijak mFITNAH & songlap dlm GELAP



Bro..

Org yg IQ tak lulus SRP/LCE(era 70/80an) nih.. mrk belajor bab2 ugama..& yg lulus kan mrk pon geng2 Ugama yg TOLOL2 juga..syalibus tak pernah brkembang..dok jenoh mgHAFAL kesah2 Arab-NAHU-SARAF-Tajwid yg dah lebih 1400tahun lalu.


......"evolusi PEMIKIRAN teknoloji dan komunikasi maklumat terlalu7JAUH brkembang"


Klu mrk bukan ngaji kat pondok & masuk skolah BIASA...klu ada 7 klas A B C D E F G mrk nih dpt paling bagus pon klas C/D E & bawah?

Mrk LANGSUNG tak layak dr segi IQ msuk skolah2 sprt MCKK TKC STAR SDAR ALAM SHAH MRSM dll, sbb tu mrk pasti BUNGKUS LCE/SRP sbb IQ-Maths-ciput-tolol-COROT?



......."ukurlah baju pd BADAN sendiri"..



Bila dah boleh sikit hafal bab sjarah-cakap Arab sikit2 tambah pulok dpt ijazah-SAMPAH drp pak2 Arab yg lg teruk-korup nya tu,,?? depa nih dah mule naik TOCANG wehh & "PRASAN" pandai smua..huhu



..........."jgn lah jd sprti KADUK naik junjung"..



Depa jd lg TOLOL bila org2 dah panggil depa ostad apatah lg bila diNOBAT konon2nya sbg "ularrrMak" pd hal klu depa masuk skolah biasa SRP/LCE--Maths pon tak lulus!?

.........."jgn lah berangan2 mcm Mat Jenin"..




SEDANGkan..

Sebaliknya..

Org mcm Dr Dzul Dr Hatta Nizar Hanipa Khalid Samad Dr Mariah dll.. yg IQ depa memang ALLAH dah anugrahkan "HEBAT" depa nih boleh pulun apa yg Hadi Awang hafal/belajar berpuloh2 tahun tuu..hanya dlm masa 6bulan @ lebih2 setahun jerr!?

........."moga jd lah resmi PADI makin tunduk makin berisi"..



Sbb IQ depa ALLAH anugrahkan memang HEBAT sbb tu depa hebat dlm subjek2 Maths Sains Fizik Kimia Economic dll..dan mrk mudah mnguasai BAHASA2 Omputih, Manderin, Tamil & Arab skalipon..

Mrk juga sgt7Arif BASIC undang2, dan otak depa "laju" sbb itu mrk LANGSUNG tak takut wacana-DEBAT-hujjah skalipon dicabar kat dlm Gereja dan dimana2 shj..

...mrk snantiasa berdiri dgn sbnr7HAQ-UNVRSAL-value ygAZALI disuloh sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG sbb itu suara mrk sgt2 lantang dan mnguasai lebih sparuh SESI parlimen dr pmbangkang dgn penoh smangat KBERANIAN!?


........"benih yg baik w.pon dibuang ketengah2 LAUTAN akan mnjd pulau"..




INGAT..

Ingat sejarah..

Nabi SAW pon dr kalangan IQ yg sgt7HEBAT w.pon nabi tak masuk sekolah & buta-HURUF tp dr sudut IQ nya sgt7HEBAT sbb itulah "IDEA"nya dihormati ddlm mncari pnyelesaian MASAALAH dikalangan msyarakat jahiliyah w.pon diusia mudanya lg..sblum diangkat mnjd rasul dan nabi...

Sbb itu nabi SAW bershbt dgn Abu Bakar AbdurRahman Auf Othman dll yg ahli/pakar ddlm perniagaan yg juga mmiliki IQ yg sgt7HEBAT krn latar blakang prniagaan-profesional antaraBANGSA diSyam Yaman dll yg trdiri/bercampur dengan brbagai2BANGSA dan brbagai2Bahasa..

......."hanya JAUHARI yg arif mngenal manikam"..

.......&......"Great minds THINK alike"...



SEBAB

Sebab itulah ularrrMak2/ahlulKitab Yahudi & Nasrani sgt7DENGKI trhdp nabi SAW seolah2 nabi yg baru seTAHUN jagung belajor mngHAFAL sejarah-WAHYU tiba2 berani mncabar mrk utk hadir berDEBAT & berHUJJAH...sdangkan mrk tlh pon mndpt NOBAT dan "Tauliah" berpuloh2 tahun sblum nabi!?


........"ingatlah hikayat berguna Hang Nadim dgn Spura dilanggar todak"..



...tetapi krn IQ nabi SAW yg dianugrahi'NYA itu memang bnar7HEBAT maka mrk pon terpaksalah mnggunakan kuasa kepala LUTOT-&-SIKU utk mmbuat-makar-FITNAH-onar-@ "CHAI" agar dpt mmbunuh/mnghapuskan sbnr7PEMBAWA sbnr7CAHAYA-erti-KBNARAN yg maha7TERANG itu..

Quran(59:21)
........."semua hujjah-HAKIKAT itu hanyalah utk yg bnar7brTAFAKKUR sdlm7nya"..


Cobalah renong2-visualisekan sinetron ini dgn mndlm..


Nota:

TAFAKKUR = IQ-Akal ygHEBAT brFIKIR dgn dlm sdlm7nya!!!

huhuhu,,bukannya dgn LUTOT-&-siku? puak2-TOLOL nih snang bg umpan msuk jerat isu-LIWAT?

ustazCakarRimau said...

Muktamar secara jelas telah menerima sebulat suara dan sepenuh hati usul supaya PAS memutus hubungan dengan DAP. Usul ini dibawa oleh Dewan ulamak PAS dan diterima tanpa bahas. Ini bererti usul ini mesti dilaksanakan dengan segera, kerana usul ini telah disokong dengan yakin oleh Presiden parti.
Dakwaan pelbagai pihak yang mengatakan usul ini belum muktamad, adalah sebahagian daripada dakwaan yang beradaskan was-was jebon dan hasutan manusia yang berakidah liberalisme dalam PAS.
Ada juga manusia yang mendakwa keputusan masih diperingkat kajian dan menunggu keputusan majlis syura. Dakwaan ini tidak benar dan datang dari ejen Anwarisme dan ejen DAP. Bukankah usul ini telah dibuat kajian secara mendalam dan teliti, dimana keputusan ini adalah demi untuk mendapat keredhaan daripada Allah. Begitu juga, bukankah orang yang membuat dakwaan bahawa usul ini sedang menanti pengesahan dari majlis syura mengetahui bahawa sebahagian besar ahli majlis syura adalah ahli dewan ulamak, presiden parti dan menantunya.
Terdapat juga orang yang kalah dari kelompok anti ulamak dan anti hudud yang ingin menunjuk hero dengan meletak jawatan dengan kerajaan DAP atas dasar prinsip. Kita juga orang yang berprinsip dan sedia meletak jawatan pada bila-bila masa. Bumi Allah ini luas dan rezeki kita berada dimana-mana dan kita yakin mereka akan diambil berkerja dibawah kerajaan Kelantan.
Ada juga pihak tertentu memperlekeh parti PAS dan mencabar supaya ahli PAS meletak jawatan semua jawatan lantikan politik di Selangor. Sesungguhnya cabaran ini cuba membakar hati orang PAS. Kita yakin parti PAS akan lebih kuat dan perkasa dengan bersendirian tanpa DAP dan PKR. Bukankah PAS sudah berdekad-dekad berjuang bersendirian dan masih hidup sampai ke hari ini. Apa lagi parti PKR dipenuhi dengan ahli-ahli berfahaman sosialis dan dipimpin oleh seorang wanita yang lemah dan tidak layak memerintah. Yang paling mengaibkan, calun-calun mereka terlubat dengan ubat batuk dan pil kuda.
Kita tidak perlu bercakap banyak, kita mesti putus hubungan dengan DAP dan bersama dengan PR. Kita mesti pastikan setiap kali mesyuarat pimpinan PR, tidak terdapat pimpinan DAP. Ini bermakna setiap kali mesyuarat PR yang dihadiri pimpinan DAP kita tidak akan hadiri, dan jika pimpinan DAP tidak ada kita akan hadiri. Kita yakin kita parti yang paling kuat dalam pakatan, dan jangan mana parti mempermainkan kita.
Namun yang paling penting laksanakan keputusan muktamar "putuskan hubungan PAS dengan DAP".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...