GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, June 03, 2015

Ust Ahmad Awang - Tegas untuk tidak bersama Umno dan mahu memperkasakan Pakatan Rakyat.

PJ Perak, Razman Zakaria ni memang buruk kelaku. Ketika seorang sahabat melalui wassap memberitahu: 

“Hari ini UAA akan serahkan borang pencalonan Calon Presiden PAS jam 11 pagi di Pejabat Agung PAS..Moga berjalan lancar.”

 Razman Zakaria ini memberikan respon yang amat keterlaluan. Barangkali boleh dianggap biadab dan celupar. Razman menulis :

 Kesian mudahan ulamak ini tidak suulkhatimah amin ya Rabb

 Kenapa bekas pegawai kastam yang hanya beberapa hari saja masuk PAS tapi sanggup mengeluarkan ungkapan sebegitu hodoh terhadap UAA? 

Pernahkah UAA mengeluarkan kata-kata kesat atau menyerang lawannya?

 UAA sehingga kini menggunakan pendekatan dengan memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa. 

Beliau sekadar menjelaskan kenapa dan apa yang terjadi kepada PAS sekarang ini dan macam mana untuk kita bersama-sama selesaikan masalah tersebut.

 Masih tak sedar dirikah dia, Ya anak Pak Man, kenapa dia telah dinasihatkan supaya bersara awal dahulu? Tentu ada yang tidak kena maka Razman dinasihatkan bersara awal...


Tindakan Razman menyerang peribadi Ust Ahmad Awang dengan mendakwa:
“Tempoh 11 bulan pada masa itu kita memerintah tetapi tak nampak pun peranan atau track record dari sudut kepimpinan dimainkan Ahmad, bukan saja untuk Pas bahkan dalam PR pada masa itu di Perak.
 “Apabila Perak jatuh semula kepada BN, beliau (Ahmad) menghilangkan diri,” katanya di sini
 Woit Razman, peranan UAA dalam pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak amatlah besar jasanya. Dialah yang menggagalkan usaha Haron Din dan Hj Hadi untuk berUG dengan Umno ketika itu.

 Namun UAA bukan seorang yang oportunis, beliau telah menarik diri dari sebarang pencalonan dengan membuat pengumuman sewaktu hari terakhir Muktamar PAS 55  [7 Jun 2009] di Shah Alam.  

Dan dalam waktu yang sama itu juga UAA telah mendedahkan adanya usaha-usaha UG dari kalangan pimpinan tertinggi parti.



Dan kemungkinan besar dari sebab pendedahan tersebut, beliau telah tidak dilantik semula menganggotai ahli Majlis Syura Ulama (jawatan perlantikan) walaupun ada kekosongan untuk tempat tersebut. 

Itulah dendam kesumat kepimpinan PAS hanya kerana UAA telah mendedahkan komplot UG dalam PAS.

 Pendedahan UAA itu hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja.Kenapa tidak dilakukan siasatan yang terperinci? Sehingga kini belum ada mana-mana pemimpin PAS yang menafikan dakwaan UAA tersebut.

 Satelah tiadanya almarhum TGNA yang kuat menentang UG, suara-suara kepimpinan PAS UG semakin lantang dan berani menyatakannya demi Islam, demi Melayu….cogankata sama yang sering diucapkan Umno!

 Melihatkan pergolakan hala tuju PAS yang semakin bercelaru dan tidak menentu dibawah kepimpinan yang ada sekarang ini, maka UAA telah menerima pencalonan untuk jawatan presiden.Kita semua kenalah menghormatilah kehendak kawasan-kawasan yang telah mencalonkan UAA. Kalah menang adat bertanding.Kita mahu the best man win. Biar perwakilan yang menentukannya nanti.

Tujuan UAA bertanding hanyalah untuk membetulkan semula hala tuju PAS iaitu tegas untuk tidak bersama Umno dan mahu memperkasakan Pakatan Rakyat.

 Kalau Hj Hadi juga  bertegas tidak mahu bersama Umno dan mahu memperkasakan Pakatan Rakyat, apa masalahnya maka Man anak Pak Ya ni nak marah sangat dengan pencalonan UAA sebagai presiden PAS? 

Biar perwakilan mempertimbangkanya, samada UAA bercakap benar atau Hj Hadi hanya berrethorik dalam memperkatakan untuk tidak bersama Umno dan mahu memperkasakan Pakatan Rakyat.

Razman ni lebih sudu dari kuah.Dia tidak pernah terlibat pun dengan PAS pada waktu kemelut MB Perak dulu tu….bayangannya pun tak ada…Janganlah kamu berdengki sangat dengan UAA....

UAA bukan nak jadikan PAS sebagai boneka Umno, jauh sekali jadi boneka DAP.Ini terbukti bila mana UAA telah berjaya meletakan Nizar Jamaludin sebagai MB Perak walaupun PAS ketika itu hanya menang 6 kerusi berbanding DAP yang bilangan adunnya 18 orang dan PKR 9.

PAS masuk bertanding PRU 2008 tanpa sedikit menyangka bahawa Perak boleh diperintah oleh PAS walaupun kita tahu tidak mungkin dapat menawan perak memandangkan komposisi adun. 

Tapi dengan kehendak Allah ...PAS yang minoriti berjaya menjadi MB. Kita yakin, jika UAA berjaya menjadi presiden PAS, PAS akan lebih maju dan berjaya dipersada politik tanah air, insya'Allah! 
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Perbuatan mencerminkan diri.... jika manusia yang itu adalah mukmin, lidahnya takkan mengeluarkan kata yang buruk.... itu membuktikan hatinya tidak suci sanggup menjadi kanibal terhadap saudara seagama malah sejemaah. Semoga Allah meminggirkan dirinya itu supaya dia mampu bermunasabah terhadap apa yang dilakukannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...