JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, July 18, 2015

11 SEBAB UNTUK KEKAL DALAM PAS

Oleh Abdul Karim Aswad 

1. PAS telah bersih dari anasir-anasir kufur dan liberal. 

2. PAS dipimpin oleh ulamak yang ingin melaksanakan hudud, walaupun rumah banjir masih belum siap. 

3. Projek-projek balak boleh ditebas dari hutan kelantan, tanpa memikirkan ekosistem, kerana dasar politik yang menggunakan slogan *asal dapat keredhaan Allah* 

4. PAS adalah pemegang kunci syurga. Mana-mana muslim yang menyokong tahaluf siasi dengan pakatan Rakyat adalah munafik, dan menyertai DAP adalah jatuh kufur. 

5. Kesalahan jenayah Kolar Putih, seperti pemindahan wang berbillion-billion RM memerlukan saksi yang adil. Walaupun sesama ahli kita tuduh mereka barua, broker dan tolol, dengan UMNu kita katakan "Najib bukan malaikat... (tidak sempurna)" 

6. Amanah & Quwwah adalah ciri2 kepimpinan Islam. Bagi PAS martabat amanah yang tertinggi adalah dengan bermesyuarat jarakjauh menggunakan hati, tanpa kehadiran jasad. Manakala Quwwah bagi PAS adalah kekuatan untuk mencerca dan mencaci maki saudara-saudara sesama aktivis Parti. Lagi kesat, lagi afdol. 

7. Ulamak adalah pewaris nabi. Bagi PAS, nabi sudah meninggal, yang menggantikan nabi adalah para ulamak. Jadi mereka ini jangan lah dipersoalkan atau berbeza pandangan.... 

8. Para Ulamak Pas diharuskan membela hantu2 FB, membuat Whatsapp fitnah, risalah, poster banner dan lain-lain cara menghina saudara2 yang berbeza pandangan, kerana ia adalah simbol ketinggian akhlak Ulamak. 

9. HARUS hukumnya, bahkan WAJIB menggunakan nas-nas al-Quran atau sirah seperti kisah Khalid Alwalid pada setiap hujah, WALAUPUN TAK TEPAT KONTEKS dan maknanya, demi mengekalkan kuasa. 

10. Derma jihad dan tin milo wajar dikutip pada setiap perhimpunan dan ceramah, agar boleh berikan sampul untuk para ulamak beli Vellfire, BMW, Range Rover atau sekurang-kurangnya plate number "PAS 61". 

11. Projek Pembodohan, adalah GRAND DESIGN perjuangan *PAS yang asal* sebelum dicemari parasit. Selagi mana ahli-ahli itu bodoh, tidak faham ilmu & prinsip, selagi itu kuasa dapat dikekalkan. Orang-orang pandai dalam Parti hendaklah disingkirkan atas apa cara sekalipun kerana mereka ini adalah PENGHALANG KEPADA PROJEK PEMBODOHAN AHLI-AHLI dan PENYOKONG PAS. JIKA ORANG-ORANG PANDAI INI BERADA DALAM PARTI, SEMAKIN AKTIF AHLI-AHLI BERFIKIR. Para lebai chai tak boleh cari makan, dan sentiasa mengulangi slogan 'AGAMA JANGAN PAKAI AKAL' .
Comments
3 Comments

3 comments :

Wan Rosli said...

Masalahnya tuan.. golongan progresif masih merasakan seolah2 mereka masih DIPERLUKAN dlm pas sedangkan hakikatnya dgn sikap yg masih lagi TIDAK MENGHORMATI PIMPINAN BARU yg masih lagi kebal di kalangan mereka.. mereka buat2 x tahu yg sebenarnya 80% majoriti ahli pas sudah tidak memerlukan mereka lagi..

1Malay.. said...

Sy bknlh penyokong PAS @ mn2 prti politik. Tp sy sekali ikuti prkmbngan politik tnhair. Pd pndpat sy ada sedikit kekeliruan dan keanehan dlm pemilihan muktamar yg lalu. Dengan tersebarnya rakaman2 perwakilan yg mngundi brpndukan cai @ list adalah amat tidak wajar skiranya ianya benar2 trjadi. Pwwakilan bknlah 100% mewakili ahli2 yg akan mngundi dlm PRU nnt. Silap tuan presiden dan mjlis ulamak yg lmbat respon atas sesuatu isu parti mnambhkn lg kekusutan kerana knyataan dr individu dlm pas itu sndiri yg dilihat mngeluarkn knyataan hnya berdasarkn gerak hati dan bukannya mewakili pndangan yg bralaskan data dan fakta. Knyataan dr tuan presiden dan MA yg dilihat seolah2 brpihak dan seperti cb mempertahankn isu2 besar dlm kepimpinan negara menambhkn lg curiga akar umbi kerana umum mengetahui ianya melibat amanah rakyat yg hanya dinafikan tanpa meyertakn bukti2 untuk menangkis dakwaan2 trsebut. Sy adakh slh seorang individual yg terlibat secara lngsung dgn misi bntuan bnjir d Kelantan dan tlh kmbalikan lg ke sn pd prtngahan Ramadan lalu, rmai yg ksih brgelut untuk untuk kelangsungan hidup trutama mereka yg blum lg berumah, sepatutny pmpinan PAS selaku pntadbir Kelantan mnunjukkan tauladan dan keindahan Islam untuk lbih menumpukan usaha2 kemanusian ini dan bukannya berpuashati dgn usaha pemilihan yg ksih blum selesai. Sebagai seorang Melayu Islam yg msh mncari2 dan mngharapkan kewujudan sebuah parti yg betul2 mmpu membela bngsa Melayu dan mmpu memartabatkan Islam dgn tauladan bukanya parti yg hnya mmpu mngankat dan mmperkayan sebilangan pemimpin dan pemimpin yg Islamik hnya d pentas2 ceramah sahaja, nmpaknya masih jauh kewujudannya d Malaysia trcinta ini..

Anonymous said...

Sapa wan rosli nie.. aku xkenai pon.. kahkahkah.. lagi mau undi kaa.. ckap jaa byk..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...