GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, July 31, 2015

AG baru tak tahu menahu tentang 'kertas pertuduhan' terhadap PM

Patutlah mamat ni dilantik menggantikan tempat Gani Patail.Rupa-rupanya apa benda pun mamat ni bila ditanya, cakap tak tau! Kalau kita tanya siapa Rosmah pun mungkin juga dia akan kata dia tak tau !

Mamat ni seolah-olah berpegang kepada konsep tiga beruk dalam ajaran agama Budha: "jangan cakap, jangan lihat, jangan dengar" mengenai perkara-perkara salah yang dilakukan orang....

Peguam Negara (AG) yang baru dilantik Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak tahu menahu mengenai satu draf yang dikatakan berupa satu kertas pertuduhan yang didakwa disediakan oleh AG sebelum ini terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

 "Saya tidak tahu apa-apa mengenai laporan itu, jadi saya tidak boleh komen, okay?" katanya kepada Malaysiakini. 

 Ditanya sama ada beliau menganggap ini satu perkara yang serius, beliau menjawab: "Saya tidak tahu, bukan untuk saya komen."

 Menjawab satu lagi soalan sama ada beliau akan meneliti perkara itu, Apandi, yang memegang jawatan peguam negara sejak hari Isnin, berkata: 

"Saya penat sangat. Jadi boleh saya berehat? Terima kasih."

 Beberapa orang, seperti ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya dan peguam Lawyers for Liberty, Michelle Yesudas, telah tweet dokumen yang muncul di Sarawak Report.

 Selain Najib, kertas tuduhan itu menamakan seorang bekas pengarah urusan yang ditahan oleh pasukan petugas khas 1MDB dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan, dan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.

 Pasukan petugas itu masih dalam proses mengesan Nik Faisal yang juga pengarah urusan bekas anak syarikat 1MDB - SRC International.

 Berikutan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, yang rapat dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah bertanya di blognya sama ada ini kerana beliau (Gani) di ambang mendakwa individu tertentu.

 Apabila berita tersebar bahawa perkhidmatan Abdul Gani telah ditamatkan kerana masalah kesihatan, bekas AG itu sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya.

 Bagaimanapun, Abdul Gani enggan mengulas sama ada ianya ada kaitan dengan siasatan pasukan petugas khas. Baca lagi  di sini 


Sementara itu portal mesra Umno mendakwa Pejabat Peguam Negara menyatakan Kertas Pertuduhan Ke Atas Najib Adalah Palsu  .

Menurut laporan portal tersebut, Pejabat Peguam Negara menafikan deraf Kertas Pertuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Shamsul Anuar bin Sulaiman yang disebarkan di laman-laman sosial merupakan dokumen dari pejabat mereka. 

 “Dokumen tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata,” kata sumber Pejabat Peguam Negara ketika dihubungi sebentar tadi.  
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...