GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, July 28, 2015

Akibat lebih sayangkan bahtera dari nakhoda, bahtera akan pecah dan semuanya karam!

Ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee nampaknya sudah berubah angin. Beliau sebelum ini dikenali kuat menyokong PM Najib dan lantang menghentam mantan PM Dr Mahathir Mohamad.

 Pada mesyuarat tahunan Umno Cheras dimana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengkritik PM Najib dmelalui kenyataan yang menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Muhyiddin merujuk kepada laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah duit masuk ke akaun peribadi Najib yang perlu dijelaskan kerana  ianya sudah menjadi isu bualan rakyat semua peringkat umur yang tidak mampu dibendung lagi.


 Menurut Muhyiddin, kalau isu 1MDB ini 
gagal diselesikan, maka ia akan menjadi liabiliti kepada UMNO dan BN.

 Syed Ali menerima baik ucapan Muhyiddin tersebut dan menganggap kenyataan Muhyiddin itu adalah kerana mahu menyelamatkan masa depan parti.


 Lantaran itu beliau bukan sahaja suruh pemimpin yang terlalu takut untuk bersuara menghadapi kesalahan yang dilakukan di tengah-tengah mereka supaya meletak jawatan.

Malah beliau mengecam jurucakap Umno TV3 kerana memberi masa siaran kepada pengkritik bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

"TV3 telah sengaja mengundang beberapa orang, termasuk tokoh-tokoh pembangkang untuk menyerang Perdana Menteri yang pertama, yang berkhidmat kami selama 22 tahun," katanya.

"Dia seperti seorang ayah kepada kami," katanya. "Beliau boleh mengkritik dan juga memarahi kita, tetapi kita tidak boleh melakukan perkara yang sama dengan dia." di sini 

Berikut adalah pendiriannya yang sebelum ini:

Ketua Bahagian Jangan Sokong Najib Membawa Rebah!

KUALA LUMPUR, 18 MEI : Ketua-ketua UMNO Bahagian digesa memberikan tumpuan kepada fokus menangkis serangan dan tohmahan dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap pentadbiran Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dari memberikan sokongan secara individu kepada Perdana Menteri itu.

 Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee melahirkan rasa kebimbangan dengan trend sesetengah Ketua Bahagian yang menunjukkan tanda sokongan kepada Dato’ Sri Najib tetapi pada masa yang sama gagal menangkis sebarang tohmahan Dr Mahathir dan pemimpin pembangkang berkenaan IMDB dan GST.

 Pihaknya bimbang dengan tindakan sesetengah Ketua Bahagian yang melahirkan sokongan sama ada terbuka dan tertutup kepada Najib yang akhirnya membawa rebah kepada masa depan parti. Sokongan membabi buta terhadap mana-mana individu tidak akan menjamin kepada kekuatan parti. 

Sebaliknya Ketua Bahagian kena menjadi benteng kepada kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam berhadapan dalam sebarang tohmahan jahat dilakukan pihak tertentu. Baca seterusnya di sini

Timb. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada 
majlis penutup Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras mengakui sukar 
untuk memahami mengenai isu berkaitan syarikat pelaburan 
strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Pejabat Perdana Menteri kelmarin meminta semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya menunggu hasil siasatan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Laporannya di sini.

 Orang kiri kanan PM Najib telah hilang kepercayaan kepada kepimpinannya. Soal fakta atau tidak bukan isu besar lagi.Mereka kini beranggapan Najib tidak boleh dibiarkan terus menjadi nakhoda sedang kapal kini terumbang ambing hampir tenggelam. 

 UMNO perlu mengambil kesempatan menukar nakhoda dikala pihak pembangkang sedang berhadapan dengan masalah mereka sendiri. 

Belajarlah dari apa yg berlaku kepada bahtera PAS yang kini tidak tentu hala tujuan dan dilambung ombak. Anak-anak kapal lebih kasih kepada nakhoda daripada bahtera mereka. Mereka rela bahtera pecah dilautan dan tenggelam bersama-sama nakhoda. 
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...