GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, July 29, 2015

Antara Dua Kenyataan : Yang mana satu tolol?

Dr Mujahid berkelulusan Ijazah BA Bahasa Arab dan Sastera daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Masters) Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia. Akhirnya beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Siasah Syar’iah daripada Universiti Malaya.

Manakala Hj Hadi pula berkelulusan B.A (Syariah) Universiti Madinah. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah).

Dua-dua sama hebat dari segi latar belakang pengajian.Namun perbezaan nampak ketara dalam lontaran pandangan mereka berkaitan dengan landskap politik negara.

Perhatikan di antara dua kenyataan berikut, satu kenyataan dari Dr Mujahid, mewakili GHB dan satu lagi dari Hj Hadi sebagai mewakili PAS, yang mana lebih menunjukan kematangan berpolitik? Korang tolong ulas boleh tak? 

KENYATAAN MEDIA - Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa

 Pembentukan semula Kabinet oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri menimbulkan pelbagai kebimbangan yang boleh menyebabkan krisis kepercayaan rakyat terhadap pemerintahan negara.

 Perkara ini boleh membawa kepada suasana tidak stabil dan menjejaskan perjalanan negara.

 Memecat TPM atas alasan kritikan terbuka terhadap 1MDB boleh mengundang ketidakpercayaan pada siasatan adil dan telus melibatkan PM sendiri. Begitu juga pemberhentian Peguam Negara yang sedang mengendalikan kes 1MDB boleh menjejaskan kepercayaan apabila Eksekutif campur tangan urusan kes yang sedang disiasat.

 Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai anggota Eksekutif turut menjejaskan siasatan 1MDB secara bebas dan seolah-oleh untuk menutup kes ini secara bebas.

 Perlantikan Datuk Seri Zahid Hamidi kepada TPM yang turut memegang Menteri KDN di mana pihak PDRM bawah seliaannya turut menimbulkan kebimbangam PM akan menggunakan isu keselamatan untuk menyelamatkan skandal 1MDB PM.

 Dengan itu saya mencadangkan agar;

 1. Satu sidang khas Parlimen diadakan segera untuk ahli Legaslatif menuntut semua kecelaruan yang berlaku. 

2. Satu inisiatif rekonsiliasi bagi meletakkan asas menginstitusikan pembaharuan, mengenal pasti permaslahan dan mencadangkan langkah pembetulan.

 3. Reformasi Parlimen agar benar-benar berfungsi untuk mengimbangi kuasa Eksekutif dan Kehakiman melalui pembentukan Kerajaan Rekonsiliasi melibatkan semua parti politik. 

 4. Untuk tiga langkah di atas dijayakan maka syarat utama ialah PM perlu letak jawatan segera supaya dikembalikan kepercayaan rakyat terhadap pemerintah. Setelah selesai langkah inisiatif maka negara ini akan kembali ke landasan kepercayaan rakyat dan barulah satu pilihan raya umum yang adil dan telus dapat dilaksanakan. Kembalikan Kepercayaan Rakyat!

 Yang Benar
 Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
 Ahli Parlimen Malaysia 
 28 Julai 2015


KENYATAAN MEDIA Tuan Guru Hadi Awangdi


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berharap barisan Kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.

 Beliau berkata, adalah terlalu awal bagi Pas untuk menyatakan pendapat berhubung barisan Kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

 "Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)...kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Baca lagi di sini
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Nak kena tunggu lagi...tdur ka si hadi ni. Lembab la president pas ni

Anonymous said...

Hj Hadi taraf ketua cawangan umno bagai langit dengan bumi compare to mujahid. Hj hadi takda intelligent thinking in politic akhirnya takdak halatuju seorang ahli politik. Lebih baik berhenti memalukan.

Wan Rosli said...

Yg sorang berupaya tahu masa depan.. yg satu lagi bersangka baik..

Anonymous said...

kah kah kah..satu lagi kelebihan Presideng Hadi selain dari candat sotong ialah cakap merapu.. kah kah kah

Ritchie Blackmore said...

Yang sorang cerdik berfikiran hadapan..yang satu lagi bangang nk mampos mcm wan rosli gak....tegakkan benang walaupun basah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...