GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, July 25, 2015

BAI'AH SATU PENJELASAN ISU BAIA'H : SATU PENJELASAN

pakatanbaru.blogspot.com

MUQADDIMAH
 Kertas ini merujuk kepada tulisan asal Dr Zaharudin Abdul Rahman dari Murshid yang bersusah payah menyediakan pencerahan bagi isu Baiah dan yang bersangkutan dengannya. Kertas bertajuk Kefahaman Erti Jamaah dari Hadis & Isu Bai'ah cuba dirungkaikan permasalhannya dalam konteks lafaz taat setia semua calon pilihanraya dan khusunya yang menjadi MP dan Adun dari PAS. 

Saya merakamkan ucapan terimakasih kepada Al Fadhil Dr Zaharudin Abdul Rahman dan telah meringkaskan dengan sedikit penambahan untuk tujuan pembenatangan kepada MP dan Adun PAS yang inginkan penjelasan.

 RINGKASAN TAJUK -TAJUK
 Asas perbincangan isu Bai'ah ialah untuk menjawab beberapa persoalan

1. Pengertian Baia'h dan aplikasinya pada Jamaah PAS 
2. Lafaz Baia'h dan Bersumpah dalam PAS
3. Pelanggaran sumpah dan cara menebusnya

BAIA'H
 Perkataan bai'ah adalah dari bahasa Arab ب ا ع بيعة yang bermakna menghulurkan tangan untuk menerima sesuatu janji kerana orang Arab akan membuat sesuatu janji dengan menghulur tangan masing-masing sebagai tanda setia kepada janji yang dibuat.

 Dari sudut istilah ia adalah persetujuan antara umat dan pemerintahan Islam yang mempunyai implikasi timbal balik antara keduanya dari sudut hak. Baia'h ada berbagai bentuk antaranya

 1. Baiah masuk Islam:
 جاء الناس الكبار و الصغار و الرجال و النساء فبايعهم على الاسلام والشهادة 
 (riwayat Al Baghawi dan Hakim) 
Keluarnya dari baiah shahadah ini bermakna murtad.

 2. Baia'h kepimpinan utama Khalifah Islam berpandukan hadis :


(من مات و ليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية (رواه مسلم 
 Baia'h ini hari ini dirujuk kepada kepimpinan negara Islam yang ada kuasa legaslatif dan eksekutif serta bertungsi sebagai kerajaan yang sah mengikut undang-undang di negara masing-masing. Kesetiaan kepada kepimpinan terikat dengan perlembagaan negara dengan hak untuk menegur kerajaan malah boleh ditukar kerajaan yang lebih baik dengan cara yang sah.

 3. Baia'h untuk kerja Islam dalam suasana tiadanya Khalifah dan umat Islam berpecah kepada negara bangsa di mana wujudnya Jamaah-jamaah Islam samada politik mahupun kebajikan ataupun dakwah. Bezanya baiah ini ialah pelanggarannya tidak membawa kepada kekufuran, murtad mahupun mati jahiliyah. Jamaah ini tidak boleh mendakwa Imamah sehingga semua orang menerimanya sedangkan ia hanyalah satu Jamaah dari berbagai Jamaah Muslimin yang beroperasi di negaranya mahupun yang berselerak di seluruh dunia.
 ابو عبد الله (الامام احمد) سئل عن حديث النبي :من مات و ليس له امام الخ...ما معناه؟ قال تدري ما الامام؟ الامام الذي يجمع المسلمون عليه كلهم يقول هذا امام( نقل من 
(fatwa Islamweb.net 111159 

 RUMUSAN BAIA'H
 Jelaslah bahawa Baia'ah dengan Pas termasuk dalam kategori ke 3, iaitu untuk kerja Islam dalam bidang Siyasah dan Dakwah dan pelanggarannya atas apa juga sebab tidak membawa kepada pembatalan syahadah atau mati Jahiliyah sebagaimana terpakai kepada Baia'h Syahadah atau Baia'h Khalifah.

 LAFAZ BAI'AH BERSUMPAH
 Baia'ah pada asalnya ialah persetujuan taat setia dengan memenuhi hak dari yang memberi dan yang menerima Baia'ah. Ia timbal balik antara keduanya dan bukanlah satu cek kosong. Lafaz Baia'h bagi calon Pas yang bertanding dalam pilihanraya mewajibkan bersumpah bahawa ia tidak mengkhianati Parti. Jika berlaku pengkhianatan ancaman laknat akan terkena pada yang mengangkat sumpah.

 Mengkhususkan laknat Allah malaikah dan pelaknat memerlukan dalil khusus. Hanya Allah yang berhak melaknati seseorang atas perbuatan tertentu dan bukan lafaz umum dalam sumpah taat setia. Yang khusus hanyalah untuk

1. Orang kafir Al Baqarah 1619 
2. Menyembunyikan kebenaran Al Baqarah 159
3. Penipu dalam Mubahalah Ali Imaran 61 dll (rujuk kertas Kefahaman Erti Jamaah dari Hadis dan Isu Baiah oleh Dr Zaharudin Abdul Rahman)

 PERSOALANNYA
 Apakah makna mengkhianati? Bagaimana kalau ahli dikhianati dengan fitnah dan pelabelan untuk menjatuhkan mereka apakah reaksi kepada ini semua dianggap khianat?9 Apakah khianat itu lari dari perjuangan Islam ataukah hanya pandangan berbeza yang diizinkan dalam Islam?

 Pengkhianatan tidak boleh dipermudahkan untuk mewajarkan ancaman sumpah yang dibuat apatah lagi sumpah laknat.

 Imam Abdul Qahir Ibn Tahir Al Asfarainiy (mngal 429 H) menyebut dalam kitab Al Farqu Baina Al Firaq dalam komentarnya tentang hadis berpecahnya umat Islam Muhammad kepada 73 golongan bahawa:


 فصح تاءويل الحديث المروى في افتراق الامة ...الى هذا النوع من الاختلاف، دون الانواع التي اختلفت فيها اءئمته الفقه من فروع الاحكام في ابواب الحلال و الحرام و ليس فيما بينهم تكفير ولا تضليل فيما اختلفو فيه من احكام الفروع 

( ms 13, darul taufiqiyah lil turath 2010)


 "Maka tepatlah hadith yg diriwayatkan dalam hal berpecahnya umat...bermaksud bentuk sebegini (keluar dari Islam) dan bukan jenis yang para pemuka fuqaha berbeza pandangan dalam soal furu' hukum hakam dalam bab halal dan haram dan tidak ada dalam perbezaan ini hak untuk mentakfirkan atau menyesatkan mereka dalam hukum hakam furu'"

 Bagaimana pula sesetengah negeri bersumpah lafaz talak 3 isteri jika 'khianati' parti dan perjuangan parti?

 1. sekali lagi istilah 'khianat' terlalu umum untuk dijadikan alasan kepada terkena sumpah yang dibuat.

 2. Apakah hukum lafaz menceraikan isteri talak 3 jika mengkhianati?

 Lafaz cerai talak 3 dalam sumpah yang diangkat dengan sebab 'khianat' yang kurang jelas melanggar satu rukun penting kehidupan iaitu berumahtangga. Allah menjadikan ianya sebagai tanda kebesaran Allah dalam surah al Rum. Ruang untuk cerai juga dilakukan dengan begitu berhati-hati supaya kerukunan rumah tangga terpelihara.

 Memenuhi sesuatu yang melanggar perintah Allah adalah perbuatan sia-sia walaupun dengan tujuan yang baik. Di qiyaskan dengan hukum bernazar Nabi s.a.w bersabda dari Aisyah bahawa:


 (من نذر ان يطع الله فليطعه ومن نذر ان يعصيه فلا يعصيه (روا ه بخاري و غيره 

 Seolah ianya perbuatan sia-sia sedangkan hukum lafaz baiah itu sudah cukup dengan mengatakan janji setia dengan kitabullah dan sunnah Nabinya tanpa perlu menambah lafaz ta'liq sumpah dalam baiah itu.

 PELANGGARAN SUMPAH
 Dalam Al Maidah 89 ada menyebut tentang Yamin atau Aiman yang diberi ruang untuk menebusnya jika berlaku pelanggaran. Hukumnya ialah

 1. Berikan makan untuk 10 miskin dari apa yang kita makan
 2. Bebaskan hamba (tiada hari ini)
 3. Puasa 3 hari

 Dari sudut janji yang kita buat ia tetap dianggap satu dosa kerana melanggar janji dan kerana itu Kaffarah adalah untuk denda dan selebihnya bertaubat dan istighfar atas pelanggaran janji. Namun Nabi bersabda ;


 فقد روى الإمام مسلم في صحيحه من حديث أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: " من حلف على يمين فرأى غيرها خيراً منها فليأت الذي هو خير وليكفر عن يمينه" 
 'Barang siapa yang berjanji bersumpah sesuatu lalu ia melihat ada yang lebih baik dari janjinya yang diangkat maka datangilah yang lebih baik itu dan hendaklah ia membayar denda kaffarah'

 PENUTUP
 Diharapkan kertas ringkas ini boleh dijadikan bahan untuk perbincangan dalam menggarap persoalan baiah yang menghantui MP dan Adun PAS kerana telah berbuat janji dengan parti yang diwakilinya.

 MUJAHID YUSOF RAWA
 23/07/2015
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...