GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, July 08, 2015

Benarkah Hj Hadi dan Haron tak pertahan Njib?

Presiden PAS dan mursyidul amnya tidak mengeluarkan kenyataan mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkaitan laporan Wall Street Journal, kata Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

 Beliau berkata, kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan jelas mengatakan bahawa "Najib bukan malaikat" sementara Datuk Dr Haron Din pula meminta agar dakwaan terhadap Najib itu disiasat.

 "Abdul Hadi kata Najib bukan malaikat. Ini bermakna (Hadi membayangkan) dakwaan itu mungkin benar. ~ sumber


Pandailah ko nak temberang kat orang ramai. Orang politik ni cakap berbelit-belit. Tapi bukan semua orang mudah kena belit.

Siapa yang pernah dakwa Najib tu baik macam malaikat? Ada banyak skandal yang dikaitkan dengan Najib termasuklah kes pembunuhan wanita Monggolia.

 Memang tidak masuk akal kalau ada yang kata Najib macam malaikat! Kenyataan bahawa Najib bukan malaikat sebenarnya tidak perlu nak diwarwarkan.

Namun kenyataan Harun Din yang menyatakan 'Tidal masuk akal' itu seolah-olah telah menjadikan Najib itu sebagai malaikat yang tidak masuk akal boleh buat kerja mungkar? Inilah cakap belit-belit! Boleh pusing sana, pusing sini!

   Sebab itu Najib berasa seronok benar dan berterima kasih kepada Haron Din di sini.

Dua orang agamawan ini saling sahut bersahutan membuat kenyataan untuk membela Najib. Haron Din kata perlu disiasat dulu ... Memanglah sekarang ni dalam proses siasatan. Banyak bukti-bukti yang didedahkan kepada umum dan Najib tidak dapat menyangkal dengan penafian yang menyakinkan orang ramai.

Hj Hadi buat kenyataan yang sangat ganjil. Dia minta supaya di kemukakan sekurang-kurangnya empat orang saksi yang boleh dipercayai untuk menyokong dakwaan rasuah tersebut...

Sehinggakan bekas naib presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad menyindir  dua orang ni yang kuat mahu ber UG dengan Umno dengan berkata : 

"Hanya PAS yang boleh selamatkan Umno sekarang melalui kerajaan perpaduan (UG)"

Dan dia secara sinis menempelak Hj Hadi dan Haron Din dengan berkata :

"Saya sudah keluar Umno ......" 

Mungkin kata-kata ini bertujuan untuk mengingatkan mereka yang suatu ketika dulu mereka pernah menghinanya kerana lompat menyertai Umno.Tapi sekarang mereka pula yang nampak terhegeh-hegeh nak bersama Umno kerana "boleh sama-sama kongsi ghanimah".

SUA ni cuba nak cover dua orang itu saja. Dia tak berani nak buat kenyataan sendiri sebagaimana kenyataan media yang berikut: 

PM Najib tidak menafikan no akaun AmBank yang dilaporkan WSJ adalah miliknya dan wang RM2.6 bilion dimasukan ke akaun tersebut seperti yang dilaporkan WSJ. 
 1. Sesaorang yang dituduh melakukan perbuatan yang salah sedangkan ia tidak melakukannya, itu bermakna tuduhan tersebut dianggap sebagai fitnah, sewajarnya sesaorang yang difitnah tampil melakukan pembelaan awal pada dirinya dengan menafikan tuduhan tersebut. 
 2. Tersangat pelik apa yang berlaku keatas Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia.PM dituduh oleh Wall Street Journal(WSJ) telah menerima sejumlah wang sebanyak RM2.6 Bilion kedalam akaun milik peribadinya di AmBank dari 3 syarikat yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan 1MDB menjelang pilihanraya umum yang ke13. 
 3. PM Najib tidak menafikan tuduhan tersebut dari segi fakta dan angka yang telah dilaporkan WSJ. PM hanya menyatakan bahawa beliau tidak akan samun wang rakyat, katanya lagi kalau betul beliau nak songlap duit negara takkan saya hendak masukkan duit tersebut keakaun dalam negara. 
 4. Persoalannya beliau hingga kini tidak menafikan akaun yang didedahkan oleh WSJ dengan tertera nombor akaunnya didalam AmBank adalah akaun peribadi miliknya. PM Najib juga tidak menafikan wang sejumlah RM2.6 Bilion telah dimasukan kedalam akaun yang didakwa milik peribadi beliau di AmBank. Beliau tidak menafikan 3 syarikat yang disebut olih laporan WSJ yang memasuk wang yang keseluruhan jumlahnya RM2.6 Bilion kedalam akaun peribadi miliknya. 
 5.PM Najib hanya menyatakan yang membawa maksud itu bukan wang negara.jadi kalau bukan duit negara duit sapa?. Kenapa Najib tidak nafi fakta dan angka dalam laporan WSJ. Kenapa mengalih isu ini dengan soal tak logik beliau nak buat perkara seperti ini. Kes NFC adalah bukti perkara yang tak logik tapi berlaku. Wang sejumlah RM250 juta yang sepatutnya untuk ternakan lembu akhir berpindah kepada pembelian kondo dan sebagainya. Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan perkara yang tak logik tetapi berlaku, seperti sekeru yang murah diperolehi dengan harga yang tinggi.  
6. Kes laporan WSJ keatas Datuk Seri Najib dikatakan setengah pihak tidak lojik tetapi kenapa PM Najib tidak menafikan. Ini bermakna fakta dan angka yang dilaporkan WSJ betul, cuma duitnya bukan duit negara kerana kalau nak ambil duit negara kata Najib mesti dimasukkan keakaun peribadinya luar negara. Rakyat bertanya duit tersebut dari sumber mana. Banyak tu...! Tolong lah jawab wahai Datuk Seri Perdana Menteri. 
Dato'Mahfuz Omar

Ahli Parlimen Pokok Sena.

7 July 2015.
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

SUA Pas,

Kalau Najib tu malaikat dia tidak akan buat kotor sebegini. Hadi dan Harun adalah juga manusia biasa yang selalu buat dosa. Apa nak hairan mereka pertahan Najib? itu memang dah naluri mereka! Kau tak perlu dinding mereka.

Anonymous said...

Taki ni rupo2 penjilat tegar hadi awe
Biasa la anak sedara arwah hamid othman kan
Hati perut tetap sokong UG kakah ni
Taki ikut stail mentor dio la hadi awe
Jenis bini ramai...

Anonymous said...

Hadi ngan haron mmg sah manusia.. hahahaah

Unknown said...

Taki jng angkuh. Timbul dipentas pas kala umno dibenci ramai sementelah menumpang tuah aura arwah tok guru nik abd aziz. Skrng pengundi kel mula mbenci pas cai spt bencinya mereka pd umno dhu. Tunggu lah taki. Mu juga dibungkus nanti. Maka boleh balik kedah cari satu bini lg. Pengundi fun bunut payong

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...