GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, July 13, 2015

Bertanding di 52 Dun : Apakah PAS Perak kini semakin kuat?

Pada PRU13, Pakatan Rakyat telah bertanding di 59 kerusi Dun Perak :

PAS betanding di 21 kawasan dan menang 5, PKR bertanding di 20 kawasan dan menang 5 manakala DAP bertanding di 18 kawasan dan memenangi kesmuanya. Jumlah kerusi Dun Perak yang dimenangi PR ialah 28 daripada 59 kerusi yg ditandingi.

Jika ikutkan selera PJ Perak, Razman Zakaria , pada PRU14 nanti, dia mahukan PAS bertanding di 52 kerusi DUN. Maka ini bermakna PAS perlu menambah 31 kerusi Dun lagi selain 20 kerusi Dun yang pernah ditandingi pada PRU13.

 Apakah Umno/BN yang akan memberikan kepada PAS kerusi tambahan sebanyak itu? Baik sungguh hati budi Umno/BN kalau berbuat demikian. Syukurlah atas semangat perpaduan Melayu! Jangan bermimpilah, perkara ini tidak mungkin akan berlaku!Takkanlah korang tidak kenal Umno/BN?

 Kemungkinan besar yang akan berlaku ialah , selain bertanding di 5 kawasan yang dikuasai, PAS akan meletakan calonnya di 31 Dun yang dikuasai oleh DAP dan PKR.

Grafik kredit utk Chor The Sniper
 Inilah keangkuhan yang ada pada PJ Perak yang bernafsu buas. Waima PRU13 dulu bertanding di 21 kawasan Dun pun hanya menang 5 sahaja. Dan kemenangan tersebut dibawah paras 10% majoriti dengan peratus pengundi Cina yang telah banyak membantu (lihat rajah sebelah)

 Apakah Razman benar-benar yakin PAS telah semakin kuat setelah memutuskan tahaluf siyasi dgn DAP? 

Ditambah pula dengan kemelut yg sedang melanda PAS yang bakal menyaksikan exodus keluar ahlinya selepas Hari Raya ini nanti? 

Apa yang patut PJ Razman fikirkan ialah bagaimana untuk mempertahankan 5 kerusi DUN yang dimenangi itu agar terus kekal menjadi milik PAS.

 Apa yang merisaukan ialah, melalui kenyataan Razman itu hanya akan mengundang kebencian atau rasa getik para pengundi atas pagar kerana cakap-cakap angkuh sedemikian. 

Kita berharap biarlah lebih rasional apabila mengeluarkan kenyataan supaya rakan lain seperti PKR yang masih dianggap rakan tahaluf oleh PAS tidak turut tersinggung. 

Mujurlah sehingga kini, PKR tidak ikut melatah dengan mengeluarkan kenyataan balas.
Comments
3 Comments

3 comments :

lagu tu laa said...

tak sangka pulak aku rupa2nya pas perak dibawah nakhoda baru razman sangat kuat kalah kelantan oo.tapim tak pa la aku ambik kata2 pok nik amar,kalah tak pa janji ALLAH swt redho.depa ni kan dah kuat.

Anonymous said...

Salam..
Bcakap tanpa bfikir ni la jd nya..akal ltak d siku dan lutut..aku dan kwn2 mrasa sngat kecewa dn malu klau mcm ni punya tahap pmikiran pmimpin parti yg aku skong skian lama..ayuh,truskan dgan agenda anda..smakin lama smakin rmai ahli2 buka mata mlihat gelagat pmimpin parti..ini la jdnya hasil dri pmilihan cai,profesional ke mcm ni..klau mcm ni punya pmikiran,aku tukang pacak bndera parti pun bleh jd pesuruhjaya,bleh jd ajk..punoh dh pas loni..makin pmimpin bsuara makin rmai ahli mluat..truskan..biar rmai lg ahli2 bwahan buka mata dn minda..bg kami Allah maha adil..setiap yg brlaku ada hikmahnya...Allahhuakbar!!!

Abdul Said said...

Apakah yang dimakan atau diminum ataupun dihisap oleh beliau yang mengeluarkan kenyataan tersebut? Walau apapun yang dimakan atau diminum atau dihisap oleh beliau semuanya itu patut dihindarkan oleh kita semua kerana itu boleh menghilangkan kewarasan kita untuk berfikir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...