GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, July 12, 2015

CUKUPLAH KAMI MENJADI HAMBA KEPADA SI TUA TERKUTUK!

Semalam, tersebarnya aduan seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang tidak berpuas hati dengan arahan pegawai kanan ATM yang didakwa kejam dan menzalimi pegawai bawahan. 

Surat aduan itu dihantar kepada Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussin, Panglima Angkatan Tentera, dan panglima-panglima perkhidmatan. Baca aduan pegawai berkenaan di bawah: 

Adalah sesuatu yang amat zalim dan kejam apabila hari raya pertama kami dikerahkan seperti hamba abdi menyiapkan hidangan, persiapan dan serba yang diinginkan hanya kerana ingin beraya bersama panglima. 

Padahal kami ada keluarga, anak dan isteri, mak bapa dan sanak saudara kami di kampung halaman untuk diziarahi. Apalah gunanya beraya dengan panglima? Apa faedahnya? 

 Cukup-cukuplah kami menjadi hamba. Di bulan yang mulia khasnya aidil fitri, tak ada siapa pun nak meraikan panglima lagi. Kalaupun mak bapa panglima dah mati dan mereka hidup tak ada adik beradik. 

Cukup-cukuplah menyusahkan anggota bawahan. Tak payah panggil ramai-ramai untuk meraikan hari raya bersama panglima. Kami tak suka! Tak kira dimana, di perbatasan ke, di kem ke, sama saja. Kami terpaksa menjadi hamba kerana nak jaga panglima, nak bagi mereka gembira. 

Pegawai-pegawai kerah saja padahal kami amat terseksa. Bayangkan panglima lojistik, Dato Razif (tua kutuk) sanggup mengarahkan anggota beraya bersama beliau saban tahun sehingga petang setiap hari raya. Hati busuk tak ada otak. 

Kenapa kami terpaksa beraya dengan beliau? Tak habis-habis kena layan si tua kutuk itu. Kena layan isteri beliau lebih dari jaga raja. Kalau budaya bodoh ini diteruskan, sememangnya pihak atasan kementerian amat tidak perihatin dengan kebajikan anggota ATM. 

 Cuba fikir, kalau Krismas di US atau di UK, apakah Panglima dia akan tahan semua untuk sambut Krismas sekali ke? Anggota tentera akan memberontak. 

Bukan nak disamakan kafir dengan Islam tetapi pemahaman para jeneral ATM lagi teruk dari pemahaman orang-orang kafir. Kebajikan anggota tidak difikirkan. Sembang saja, hipokrit, berlagak tetapi tak ada otak. 

Hari Raya amat sensitif. Mereka zalimi kami sekarang kerana mereka ada kuasa. Mudah-mudahan keturunan mereka akan dizalimi oleh orang lain. Semoga Allah membalas kezaliman mereka. 

-ANGGOTA ATM 

Anggota ATM yang tidak diketahui identiti itu memohon agar menteri berkenaan mengambil tindakan dan memberikan ruang untuk anggota-anggota yang mendapat keizinan untuk bercuti diberi ruang untuk bersama dengan keluarga tanpa gangguan sesiapa. 

"Kami reda menjaga kedaulatan negara sekiranya ditakdirkan kami bertugas. Itu tugas kami bersengkang mata menjaga negara tetapi bukan berjaga dan letih menjaga dan memuaskan nafsu panglima di hari raya," katanya. 

Surat aduan itu juga turut dihantar kepada beberapa portal berita untuk siaran. ~malaysiansmustknowthetruth
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...