GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, July 06, 2015

DAP diminta jangan pancing ahli PAS, tunggu wadah baharu

Tindakan DAP memancing dan menerima kemasukan bekas ahli PAS ke dalam parti mereka tidak disenangi sesetengah pemimpin parti Islam itu yang mahu menubuhkan wadah baharu politik Malaysia, kerana ia dianggap menganggu proses itu.

 Namun begitu, ada yang berfikiran positif dengan tindakan DAP itu, menganggap perkara itu terjadi akibat kekesalan yang dirasai sebahagian ahli terhadap apa yang berlaku dalam PAS baru-baru ini.

 Calon presiden PAS dalam muktamar tahunan PAS ke-61 baru-baru ini, Ahmad Awang berkata, DAP tidak wajar memancing ahli PAS untuk menyertai mereka kerana ia boleh menganggu proses penubuhan wadah baharu yang sedang diusahakan sekarang.

 "DAP tahu kita sedang usahakan wadah baharu itu, jadi tidak perlulah memancing ahli PAS menyertai mereka.

 "Jika DAP buat macam ini dan ada yang masuk, maka orang akan kata sahlah memang DAP terlibat dalam kekecohan PAS selama ini," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

 Bagi Ahmad yang memainkan peranan penting dalam penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 lalu, DAP dan ahli PAS perlu bersabar sekejap sehingga wadah baharu itu ditubuhkan kerana ia akan bekerjasama dengan parti sekular itu juga.

 "Bukan lambat (bertindak). Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum wadah baharu ini dibentuk.

 "Antaranya, apa kedudukan aset yang misalnya diletakkan atas nama pemimpin yang mahu menyertai wadah baru ini? Ini semua perlu diselesaikan," kata Ahmad. - baca lagi di sini
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

takkan UAA pun anti dap, anti kapir? kalau cam tu lebih baik join geng ostad.

orang nak join dap, orang punya sukalah. termaktub dlm perlembagaan. tak nampak pun dap memancing ahli pas.




Wan Rosli said...

Baru2 ni ada ura2 Ustaz AA nak saman TGHH atau siapa sahaja yg kaitkan dia dgn DAP ketika pemilihan pd muktamar yg lalu . Samada beliau akan teruskan saman atau tidak itu bukanlah isunya.

Isu yg sebenar ialah Ustaz AA kini sudah mula terasa betapa JIJIKNYA jika dikaitkan dgn DAP.. apatah lg jika ada tuduhan yg beliau benar2 pernah menawarkan diri utk berkhidmat kpd DAP tanpa ada arahan dari kepimpinan PAS seperti mana yg berlaku oleh beberapa kerat bekas pemimpin PAS yg lain..

Jadi sekiranya wujud di kalangan ulamak2 yg masih sygkan akhirat seperti Ustaz AA pasti x tergamak beliau menawarkan diri utk menjadi 'lembu' kpd DAP !!

Anonymous said...

wan rosli lak jadi lembu pd umngok n pascai jetum al pil kuda???

Anonymous said...

Assalam..utk sahabat sekalian terutama alhussein cuba fikir dan dalami betul2 apa yg berlaku.,lihatlah permainan DAP..bagaimana dlm kes TGHD mengulas kes Najib..dimana MAlaysian Insider memusing berita mengenainya dan lihat komen daripada ngor kormeng dan tony pua..bagaimana memburukkan TGHD dan menjatuhkannya..itulah matlamat mereka memburukan ulama yg sepatutnya dicintai oleh umat islam...sanggupkah kita bersetongkol dgn mereka dan ini baru sedikit ..maka tunggulah lagi akan datang..Ingat amarn keras dari Allah Taala..terhadap org Alim Perwaris Nabi..kalau kita berbeza pendapat sesama kita tak mengapa..jgn biarkan org kafir menghina Ulama..kalau kita madih bersama mereka tunggulah hidayah Allah semakin hampir samada kamu bertaubat atau di laknat....

Anonymous said...

Ulamak su mmg patut kena maki..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...