GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, July 23, 2015

DAP nafi beri dana kepada Harapan Baru

KUALA LUMPUR - Tidak timbul soal DAP kini giat mengagihkan dana kepada pihak tertentu khusus untuk tajaan kewangan bagi menubuhkan parti Gerakan Harapan Baru, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

 Beliau menegaskan parti itu sendiri memerlukan dana dan bersedia menerima bantuan kewangan daripada mana-mana pihak.

 "Kita perlukan dana. Siapa yang hulur tangan untuk derma, kita akan terima. Kita beri dana kepada sesiapa saja, isu ini tak bangkit.

 "Persoalan yang timbul mengatakan DAP mengagihkan dana (kepada Harapan Baru) tidak timbul lagi kerana kita sendiri memerlukan dana," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di pekarangan Parlimen, di sini, hari ini.

 Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan penubuhan parti Islam baharu itu dipercayai ditaja sepenuhnya oleh DAP selepas Pas memutuskan hubungan dengan parti itu pada Jun lalu.

 Harapan Baru yang dipelopori oleh kumpulan progresif Pas yang ditewaskan pada Muktamar Pas Pusat lalu dikatakan sealiran dengan DAP apabila membawa agenda Pakatan Rakyat 2.0 dan membawa imej Islam sederhana.

 Sementara itu, Kit Siang selaku Ahli Parlimen Gelang Patah juga berkata penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 masih di peringkat perbincangan bagi menggantikan kerjasama politik itu yang berkubur sejak Muktamar Pas lalu.

 "Ada keperluan kepada kenderaan baharu supaya dapat membawa harapan dan aspirasi rakyat.

 "Kita sudah bincangkan tentang kenderaan baharu ini sama ada Pakatan baharu atau PR 2.0 ataupun Harapan Rakyat. Ia masih dalam proses (perbincangan)," katanya lagi.sinarharian
Comments
3 Comments

3 comments :

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Fitnah sudah menjadi budaya dan amalan oleh politikus di Malaysia. Mereka tidak memerlukan bukti atau 4 orang saksi tetapi bila orang lain menuduh atau bertanya maka mereka akan minta bukti dan 4 orang saksi.

Anonymous said...

Sebenarnya GHB ni bukan mewakili golongan profisional dlm pas..hanya berapa kerat ajepun diaorang ni..ramai lagi dan lebih pandai masih menyokong pas dibawah kepimpinan ulama..sedang kan ulama dlm pas keseluruhan bersatu..GHB ni pun sebenarnya adalah org yg melawan muktamar yg sahih dan disokong oleh pemuktamar yg majoriti..tapi mereka saja mengistilahkan ulama yg membuat kesalahan..padahal majoriti org nak kan ulama..buat le kata chai le apa le..padahal memang org ramai tak lantik mereka..lepas tu burukkan pas..langsung tak ada gentlement..kalau bagus tunjukkan kebagusan baru org sokong..ini burukkan org

Anonymous said...

Cepat le alhusein declare parti baru..kesian ..pastikan arah nanti betul..takut ikut telunjuk Lks dan LGE aje..nanti bimbang bila di akhirat esok kot rezeki nak masuk surga dah..tiba2 dalm perjalanan kepintu surga .kena stop padal kena minta pendapat LKs Dan LGE dulu kerana maklum le waktu nak buat huhdud dulu kena dapat sokongan mereka dulu..sedangkan Allah dah beritahu Alquran ni rahmat utk sekelian alam..jadi hudud ni rahmat dan nikmat bagi org islam dan kafir..tapi kamu dan golongan kamu menangguhkan nikmat ini..tidakkah zalim pada org islam yg lain yg mahukan hudud..tunggu kamu jawab le dihadapan Allah nanti..ingatlah sesungguhnye kematian semakin menghampiri kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...