GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, July 16, 2015

DAP tergugat : PAS akan letak calon bukan Islam bertanding kerusi DAP

Calon bukan Islam PAS bakal menentang calon DAP dalam pilihan raya akan datang, kata pemimpin parti Islam itu susulan terdapatnya perpecahan dalam parti tersebut.

 Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, itu persediaan yang akan mereka hadapi dan mereka bersedia untuk kehilangan personaliti serta ahli berpengaruh.

 Pecahan pemimpin progresif dalam PAS membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan rancangan menjadi parti politik tahun ini.

  Beliau menegaskan, PAS juga tidak akan bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) walaupun timbul khabar angin sedemikian.

  "Kita tiada halangan, jadi kita bebas tanding semua kerusi, termasuk kerusi DAP," kata Mustafa. Dewan Himpunan Penyokong PAS, (DHPP) dibentuk keanggotaan daripada bukan Islam dalam Pilihan Raya 2013, dan parti itu meletakkan tiga calon bukan Islam mereka dari sayap berkenaan. - Baca lagi di sini

Komen al-Husseyn :

Bunyi pelik sungguh PAS kali ini, nak letakkan calon bukan Islam untuk lawan DAP? Apakah selama ini, DAP bertanding tanpa dicabar oleh parti lain di kawasan-kawasan yang mereka menangi?

Kita sedia maklum, MCA atau Gerakan adalah pencabar di kawasan-kawasan dimana DAP bertanding. Apakah PAS dilihat bijak untuk bertanding 3 penjuru hanya semata-mata mahu memecahkan undi DAP supaya MCA atau Gerakan memenangi kawasan tersebut?

Bukankah lebih masuk akal sekiranya PAS menumpukan segala tenaganya untuk berdepan dengan musuh tradisinya iaitu Umno? 

PAS perlu buktikan kata-katanya bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN). Jangan bila didalam gelap malam, PAS begitu rakus berpeluk mesra dengan Umno, tapi di siang hari masing-masing buat-buat tak kenal konon....

Sebelum nak mencabar DAP dikawasan-kawasan yang mereka menangi dengan selesa pada PRU13 dulu tu, sila fikirkan persoalan-persoalan yang berikut:

Mengapa tidak lipatgandakan usaha untuk merampas semula Trengganu dan Kedah dari Umno?

Apakah PAS begitu yakin akan dapat terus mempertahankan Kelantan di PRU14 itu nanti dengan keadaan perpecahan yang melanda PAS dewasa kini?

PAS adalah lebih baik menumpukan kepada mempertahan kawasan-kawasan yang mereka menangi dengan majoriti yang hanya cukup makan sahaja.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah meramalkan PAS akan kalah teruk pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal diselamatkan.Perlu diingat, bahawa ramalan LKS ini adalah sebelum munculnya GHB.... 

  “PAS berada dalam bahaya, kehilangan hampir semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di luar negeri-negeri di Utara

Dengan kehilangan 30% undi bukan Melayu, PAS akan kehilangan tujuh kerusi Parlimen dan 29 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU-13,” katanya ketika menulis di blognya pada Selasa.

 Ramalan terperinci Penasihat DAP terhadap PAS adalah seperti berikut :

 1. PAS akan dihapuskan sepenuhnya di Johor, Perak dan Melaka dan hampir dihapuskan di Selangor, Pahang dan Kedah.

 2. Di Johor, PAS akan kehilangan semua 4 kerusi DUN iaitu Sungai Abong, Maharani, Parit Yaani dan Puteri Wangsa. 

 3. Di Perak, PAS akan kehilangan semua 5 kerusi DUN, iaitu Titi Serong, Gunong Semanggol, Selinsing, Changkat Jering dan Sungai Rapak.

 4. Di Melaka, PAS akan kehilangan satu-satunya kerusi DUN iaitu Bukit Baru.

 5. Di Selangor, PAS akan kehilangan semua kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Hulu Langat, Shah Alam, Kota Raja dan Sepang. Peringkat DUN pula, PAS mungkin menang kembali di DUN Bangi dan 14 DUN yang pernah dimenangi sebelum ini berada di zon bahaya. DUN milik PAS dalam zon bahaya adalah Sabak, Taman Templer, Gombak Setia, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka, Dusun Tua, Seri Serdang, Paya Jaras, Meru, Selat Klang, Sijangkang, Morib and Tanjong Sepat.

6. Di Pahang, PAS akan kehilangan dua daripada tiga kerusi DUN, iaitu Beserah dan Tanjung Lumpur. Manakala DUN Kuala Semantan milik PAS dijangka selamat.9 7. Di Kedah, PAS akan kehilangan 5 kerusi DUN iaitu Alor Mengkudu, Kubang Rotan, Kuala Ketil dan Merbau Pulas.

 “Dengan kehilangan 30 peratus undi bukan Islam, PAS akan kehilangan kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN di negeri-negeri di utara.

 “PAS akan kekal 14 kerusi Parlimen (9 di Kelantan, 4 di Terengganu dan 1 di Perak).

 “PAS akan kekal 54 kerusi DUN. 51 daripadanya adalah di Kedah (5), Kelantan (32) dan Terengganu (14) dengan hanya 3 kerusi negeri di luar negeri-negeri ini iaitu 1 di Pahang, 1 di Pulau Pinang dan 1 di Selangor,” katanya lagi.

 Malah, Kit Siang turut mengingatkan bahawa PAS mungkin boleh kehilangan kuasa di Kelantan.

Bertandinglah ikut suka kamu wahai PAS. Kamu kini semakin kuat tanpa adanya parasit dan musuh dalam selimut dan kelambu kamu.
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

kah kah kah.. patut lh asyik kalah aje mengundi.. pengarah pilihanraya pas ni bangang ropenye.

Anonymous said...

PAS Terengganu diketuai Hj Hadi akan dikenang sebagai perosak PAS. Hj Hadi tidak mewarisi akhlak nabi yang membawa rahmat sekalian alam. Hj Hadi dicerca oleh ahli sendiri dan juga bukan ahli PAS amat jauh beza Ustaz Fadzil dan Nik Aziz sentiasa dikenang dan dihormati. Hukum kebenaran dan keadilan memang sedang berjalan. Istidraj ilmu sedang berlaku pada Hj Hadi dimana pengetahuan yang ada tidak menghasilkan buah ilmu. Sifat irihati pada kebolehan DS Anwar semakin terserlah. Usah tipu diri sendiri.

Anonymous said...

Inilah kerja paling BODOH Pas yg pernah aku lihat dlm sejarah. Mereka bukan utk menumbangkan BN tapi mahu menumbangkan PAKATAN

Brighton Technical College 74-76 said...

Macamana le gamaknya lafaz bai'ah bakal calon2 tu nanti ya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...