JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, July 31, 2015

Gani diharap tampil perjelaskan kertas pertuduhan

Tan Sri Abdul Gani Patail perlu nafi atau mengesahkan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Biro Guaman dan Undang-undang PKR Latheefa Koya.

 Tan Sri Abdul Gani Patail perlu mengesahkan kesahihan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata PKR hari ini.

 Ketua Biro Guaman dan Undang-undang PKR Latheefa Koya berkata, selagi bekas peguam negara belum menafikan atau mengesahkan kesahihan dokumen disiarkan Sarawak Report itu, adalah salah untuk membuat kesimpulan.

 “Demi kepentingan umum, diharapkan Gani untuk tampil ke depan dan menjelaskan perkara ini,” kata Latheefa dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, pagi ini.

 “Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak boleh membuat kesimpulan dengan mendakwa terdapat  satu plot untuk menjatuhkan PM semata-mata kerana rupa kertas pertuduhan yang didakwa ini. Di manakah bukti bagi apa-apa rancangan jahat?,” katanya.

 Semalam Sarawak Report mendedahkan kertas pendakwaan dikatakan disediakan bekas peguam negara terhadap perdana menteri dan bekas pengarah urusan yang ditahan pasukan petugas khas dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.– The Malaysian Insider
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...