GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, July 04, 2015

Gerakan Harapan Baru mendapat kepercayaan kerajaan Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah dengan bermurah hati meraikan kumpulan Gerakan Harapan Baru dalam suatu majlis Berbuka bersama Ketua Menteri, anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang.

 Dalam ucapan mengalu-alukan para tetamu dari seluruh Negara pada majlis yang di adakan pada petang Jumaat kelmarin Hotel Light, beliau menegaskan bahawa usaha utama kita ialah untuk menumbangkan Barisan Nasional  demi untuk memertabatkan negara, menyelamatkan negara serta memberikan harapan kepada orang muda bahawa negara ini adalah milik mereka dan bukan milik kroni-kroni tertentu.

 “Usaha ini harus dijalankan oleh mereka yang benar-benar melawan Barisan Nasional. Saya cakap terus terang, kami tidak boleh bekerjasama dengan mereka yang masih mahu mengadakan kerajaan gabungan dengan Barisan Nasional!Tak boleh! Tak mungkin!!” Katanya lagi.

Beliau menjelaskan, kita lebih suka bersama saudara seperjuangan yang telah berlawan! Janganlah yang lawan secara celup saja! Tak boleh pakai!

 Mungkin kenyataan tersebut, LGE maksudkan kepada kumpulan Gerakan Harapan Baru yang telah melawan dengan kelompok yang mahu mengadakan kerajaan gabungan dengan Umno/BN. 

 Selanjutnya beliau menyatakan harapannya untuk menunggu perkembangan baru, yakni penubuhan satu parti baru, dimana akan mendapat menggabungkan semua petugas dan tenaga kerja yang berani menentang kuasa-kuasa rakus.

YB Mujahid bersama sahabat dari Tapah Perak
Selain pemimpin-pemimpin kanan kerajaan Pulau Pinang, antara tokoh-tokoh yang turut hadir ialah, Presiden Gerakan Harapan Baru, Hj Mohd Sabu, YB Shaari Sungib, Mantan MB Selangor, Mohamad Taib, YB Mujahid Yusof Rawa, Presiden PasMa , YB Pakhorazi, YB Salleh Man

Seterusnya beliau mengumumkan sumbangan bonus raya merupakan wang tunai kepada mereka yang bernilah RM600 ribu. 

Antara penerima sumbangan bonus raya tersebut ialah Guru-guru Pondok RM3,800.00, Guru-guru Tahfiz RM34,000.00, Guru Tadis RM5,000.00, Guru SRA RM57,000.00, Guru SMA RM49,800.00, Penyelia Kafa RM4,000.00  dan Guru Kafa RM441.600.00
Comments
4 Comments

4 comments :

Unknown said...

Alhamdulillah..

Ramon said...

Walau bagaimanapun hendaklah berhati hati , orang Melayu Islam mudah tersentuh apabila agama mereka di raikan. Illuminati ada dibelakang tu.

rajul_assyarie@yahoo@cpm said...

Nasik lemak bungkus yg org melayu banggakan tu n bedal hari2 laaaagilah bapak nenek illuminati kih kih kih.sgla jenis bentul pyramid telur mata or kerat bulat2.timun pon bnyk bulat2.(mata satu)so berhati2lah peminat penggemar nasik lemak bungkus.brentilah beli yg bungkus daun pisang n surat kabo.beli pkai polystrin x per..kurang ke illuminatiannya.wakakaka...

Wan Rosli said...

Anda berhak utk berfikiran seperti yg sdg anda fikirkan skrg... sptmana kami juga sblm ini bilamana kami dijamu dgn tohmahan2 kpd TGHH oleh pemimpin dap bhw beliau seorg yg suka u-turn, pengkhianat, kaki fitnah, kaki label pesaing dan mcm2 lg. Kami pd awalnya termakan juga akan tohmahan2 yg senantiasa diulang siar oleh media2 cyber pro-DAP terbabit..

Tapi bila kami terbaca surat yg telah ditandatangani oleh TGHH dan LGE berdua, terus saja kami terfikir.. Rupa2nya yg menuduh selama ini lah yg sebenarnya membuat u-turn (setelah menyokong utk bersetuju ke atas dasar parti masing2 dia plk yg serang dasar parti PAS utk perjuangkan HUDUD..).

Rupa2nya yg menuduh selama ini lah yg sebenarnya pengkhianat (setelah menandatangani surat berkenaan, beliau pula mengkhianat dgn berpura2 seolah2 tidak menyedari akan kewujudan surat berkenaan dgn menuduh TGHH pula seorg pengkhianat..).

Rupa2nya yg menuduh selama ini lah yg sebenarnya kaki fitnah (bilamana dia pula yg memfitnah bhw TGHH tidak menunaikan janji sdgkn sebagai seorg ulamak muktabar TGHH hanya berpegang kpd apa yg telah ditandatangani atau dipersetujui bersama..).

Rupa2nya yg menuduh selama ini lah yg sebenarnya kaki label pesaing (bilamana dia menuduh pesaing utk raih pengaruh dlm PR iaitu TGHH telah tidak berlaku jujur sdgkn bila dah rela hati menandatangani surat tersebut dia pula sendiri yg melabelkan TGHH penipu hanya kerana ingin menjayakan RUU di peringkat parlimen iaitu asas dasar parti PAS itu sendiri dan BUKANNYA dasar DAP ataupun dasar PKR mahupun dasar parti islam baru!! ..)

Huuhhh nasib baik kami tidak terus-menerus mempercayai LGE sebagaimana PASMA dan G18.. malah demi utk bersangka baik kami menganggapkan kedua2 kumpulan ini sehingga saat ini TIDAK PERNAH LANGSUNG melihat surat yg telah ditandatangani bersama itu, maka dgn sebab itu jadi lah mereka spt apa yg mereka sdg jadi sekarang ini. Di mana mereka kelihatannya melutut meminta belas ikhsan dari tok guru baru mereka iaitu Mursyidul Am TGLKS dan Tn Presiden TGLGE!!..

Ini dapat dibuktikan bilamana mereka sanggup utk beriftar bersama2 di kalangan mereka (spt tertera dlm gambar2) dan sebaliknya tidak pula tergamak utk beriftar bersama2 'bekas' pemimpin sebenar mereka! ..

Maka dgn perkembangan sebegitu sudah tentulah penubuhan parti baru sudah x dapat dielakkan lg malah ia sebenarnya amatlah dialu2kan demi kesejahteraan bersama..

Wallahua'laam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...