GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, July 27, 2015

GHB di Ipoh mendapat sambutan luar biasa


 Jelajah Gerakan Harapan Baru di Ipoh Perak hari ini mendapat sambutan yang luar biasa. Para pemimpin GHB dari seluruh negara telah turut bersama dalam majlis yang diadakan di dua tempat dan waktu yang berasingan.

 Pada sebelah petangnya , majlis dialog telah di adakan di Symphony Suite Hotel.Manakala disebelah malamnya pula diadakan di perkarangan terbuka di Jalan Pemimpin Manjoi.

Dialog di sebelah petang, pihak penganjur hanya menyediakan tempat untuk sekitar 300 orang sahaja namun keadaan adalah diluar dugaan kerana lebih 500 orang telah hadir.Ini sangat membanggakan. 

Penjelasan yang diberikan oleh pimpinan GHB kepada beberapa persoalan yang dikemukakan oleh hadirin telah dijawab dengan jelas dan baik. Saya tak sempat nak upload ke U-tube buat masa ini. internet macam siput babi taulah....

Saya sertakan beberapa gambar yang saya perolehi sendiri dan dari sahabat-sahabat lain, MAAB dan Sheikh Jebon Kacak.

Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Haraf GHB dapat datang ke Manjung. Kami sekitar sini rata2 mahukan perubahan. Kami menunggu kedatangan GHB

Ahli PAS Manjung

Anonymous said...

Semalam di ipoh ke.ala aku xtau pulak.ruginye aku xtau....mmg tunggu ghb dtg perak...sokong ghb 1000%

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...