GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, July 23, 2015

GHB lebih releven dari PAS

Berikut adalah rumusan saya dari artikel YB Khalid Samad, dalam riaksinya terhadap tulisan Fathi Aris Omar.

Pakatan Rakyat (PR) merupakan harapan rakyat untuk mengalahkan BN. Tetapi PR sudah tidak lagi wujud secara rasmi. PAS dan DAP tidak mungkin berdamai dan ada yang tidak inginkan mereka ini berdamai! Maka nilai PR sudah tidak seperti dulu. Sudah jatuh merudum. Rakyat sudah tidak lagi yakin untuk memberi undi kepada mereka selagi satu gabungan yang mampu berkerjasama tidak diwujudkan. 

 Walaupun sokongan dan keinginan untuk perubahan sememangnya ada, tetapi rakyat tidak sanggup keluar dari mulut buaya masuk ke mulut singa. Mereka mahu menyaksikan satu gabungan dan kerjasama yang kukuh. Ini yang sedang diusahakan selama ini melalui PAS. Tetapi pimpinan PAS tidak memahami dan tidak inginkannya.

 PAS sudah tidak relevan


PAS sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik negara adalah disebabkan sikap dan pendekatan yang ditunjukkan pimpinan utama PAS terhadap rakyat dan PR kebelakangan ini telah berubah! 

 Hasil dari perubahan ini maka PAS akan kehilangan undi Melayu dan bukan Melayu dan oleh itu mungkin akan kalah di kawasan yang telah ia menanginya sebelum ini. 

 Bahawa prestasi PKR juga akan turut terjejas oleh ‘performance’ PAS jika PKR masih mahu meneruskan hubungannya yang sudah tidak direstui oleh majoriti penyokongnya.

 Gerakan Harapan Baru lebih releven




Penubuhan parti baru yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya merupakan usaha ke arah memenang atau mengekalkan kembali kerusi yang dimenangi oleh PR.

 Ini menjadikan ‘parti baru’ menjadi sesuatu yang sangat releven! Lebih-lebih lagi bahawa parti baru yang didukung oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) mendukung konsep seperti “PAS for all” mempunyai peluang lebih cerah untuk mencapai kemenangan! 

 Tindakan DAP yang dilihat seolah-olah ‘memaksa’ PKR membuat pilihan antara PAS dan ‘golongan progressif’ adalah wajar demi kesinambungan kerajaan PR terus wujud di Selangor.

 Ianya persoalan kemantapan dan potensi kemenangan PR yang jelas hubung-kaitnya secara terus dengan PKR! Oleh itu sikap yang tegas dari PKR amat sangat diperlukan dan itulah sebabnya DAP bagaikan ‘memaksa’. 

Penyokong PR telah sekian lama mengidamkan satu suasana di mana wujudnya sikap saling menghormati dan kejujuran dalam berpakat di antara parti politik di negara kita ini. Ini boleh direalisasikan dengan kewujudan ‘parti baru’ ini. 

 Di sini peranan ‘Parti Baru’! Mengisi kelompangan ini. Membentuk Pakatan 2.0 yang mampu berkerjasama secara jujur. Bermusyawarah dan tidak ponteng mesyuarat serta tidak ‘reverse’ keputusan mesyuarat. Membina keyakinan rakyat. Mendapat undi rakyat. Mengalahkan BN.

 Beza ‘Parti Baru’ dengan PAS hanya satu. Aqeedahnya sama, dasar perjuangan sama, kefahaman terhadap Islamnya sama. Yang membezakan hanyalah kejujuran berkerjasama dan kommitmen kepada kaedah tahalluf siyaasi dan konsep PR.

 Bersama untuk mencapai yang lebih baik

 Kita kini sedang berhadapan dengan peluang untuk mencapai sesuatu yang lebih baik! Kita perlu mengusahakannya dan hadapi bersama segala rintangan dan cabaran.

 Perlu ada keberanian dan keyakinan diri. Bahawa yang lebih baik itu boleh tercapai sekiranya diusahakan bersama dan segala tohmahan dan persepsi negatif akan dapat ditangani. Bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi melalui aksi dan tindakan.

 Perlu juga ada keyakinan terhadap pertolongan dari Allah. Bahawa Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa akan menjayakan usaha hambaNya yang dilakukan secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.

 Dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, insyaAllah kita akan berjaya! Berjaya mewujudkan satu Pakatan dan kerjasama yang mampu mengalahkan BN dalam PRU-14. InsyaAllah. Ini jauh lebih baik dari kita mempertahankan gabungan yang sudah tiada, yang kita semua akui bahawa mempunyai harapan cerah untuk kalah.
Comments
5 Comments

5 comments :

Ramboo III said...

Tanpa pas pakatan tidak relevan kerana org pas sygkn agama allah tdk akan undi ghb maupun dap yg merosakkn islam

Malaysiabaru said...

Hebat ayat pak Khalid

Hadi sudah pasti tak reti nak buat ayat

Ding ayamg jugak tolong draft

abu qassim said...

salam.

simpati pd ghb.

pngorbananan mrk dinafi..

glgn konservatif jgn digelar glgn ulama...

sbb matlamat mrk bkn utk menang pilihanraye...

pd ghb byk kn brsabar...

jgn disebut hal2 mrk lg....

putus sudah kasih sayang...

biarkn mrk terjun dgn labu2nye...

pd ghb pndg la ke depan...

jgn ditoleh same skali...

yg dibimbang sape yg nk jd akar umbi?

wallahuaqlam..

Wan Rosli said...

"Tindakan DAP yang dilihat seolah-olah ‘memaksa’ PKR membuat pilihan antara PAS dan ‘golongan progressif’ adalah wajar demi kesinambungan kerajaan PR terus wujud di Selangor."

Belumpun tubuh parti baru dah berebut nak laksanakan agenda DAP. Aku tengok amat simpati..!

Ritchie Blackmore said...

Sendiri yg jumpa umno 2008 dlm gelap,salahkan dap.Sendiri tak dtg msyrt dan ponteng parlimen,salahkan dap.Sendiri yg khianat calon 3 penjuru pru13,salahkan dap.Sendiri yg panjangkan krisis mb sgor,salahkan dap.Sendiri yg lidah biawak bercabang flip flop salahkan dap.Sendiri yg cerai dap,salahkan dap.Sendiri yg komplot cai keji singkir g18,salahkan dap.Sendiri yg nk bentang hudud tapi ponteng lari kt Jepun masa sidang parlimen,salahkan dap ???, KEPALA HOTAK HG WAN ROSLI DGN PAS CELAKA PENIPU BESAR !!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...