GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, July 28, 2015

Hak Istimewa Melayu terjamin kerana termaktub dalam perlembagaan, kata Salahuddin (dgn Vdo)

Salahuddin berucap sewaktu jelajah GHB di Ipoh
Semasa sesi dialog GHB pada 26 Julai lalu di Ipoh baru-baru ini, Timbalan pengerusi GHB, Saudara Salahudin Ayub menegaskan bahawa DAP tidak boleh jadi Perdana Menteri atau memerintah negara. 

 Beliau menjelaskan bahawa ada 222 kerusi parlimen Malaysia dan DAP bertanding paling banyak ialah 50 kerusi sahaja.

 “Kalau dia menang kesemuanya pun, adakah ia boleh jadi Perdana Menteri? Tak Boleh!” jelasnya. Beliau menyentuh isu perkauman berkaitan ‘Kuasa Melayu’ akan hilang yang dimomokan oleh Umno semata-mata untuk Umno terus memerintah Negara.

 “Ini perkara (Hak Istimewa Orang Melayu) yang telah termaktub dalam perlembagaan dan kita tidak pertikaikan,” jelasnya.

 Menurutnya, pada 2009, ketika konvensyen pertama Pakatan Rakyat diadakan, semua perkara-perkara tersebut telah diselesaikan. 

 “Kita bersetuju mempertahankan Raja-raja Melayu, mempertahankan perlembagaan, Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dalam Negara kita. Semua telah selesai,” katanya.

 “Cuma yang menjadi masalahnya, kita ditakutkan oleh Umno/ BN tentang ‘Kuasa Melayu’. Yang lain mereka rompak banyak!” tambahnya lagi.

 Tanpa menyebut sebarang nama , beliau menyindir pemimpin Melayu tertentu dengan berkata, “Satu akaun ada 1.6 billion, itu Melayulah tu!” 

 “Adakah Melayu macam ini yang hendak kita kekalkan?” Soal Salahuddin.

  Seterusnya beliau menjelaskan antara matlamat Pakatan Rakyat 2.0 iaitu mahukan orang Melayu, orang Cina, orang india, orang Kadazan, orang Dayak yang baik untuk bersama memerintah Negara ini, insya’Allah.

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...