GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, July 21, 2015

Hj Hadi : Salahgunakan ayat dan mengelirukan masyarakat

Rentetan perbincangan saya dengan beberapa orang sahabat saya terjumpa.dengan post ini...

 Dengan itu saya rasa terpanggil untuk membetulkan kesilapan TGHH dalam berhujah dengan ayat 104 surah an Nisa' ini....

 Wala tahinu fibtighail qaumi..

 Jangan kamu berasa lemah untuk berdepan dengan kaum itu.(mereka)....

 Pertama sekali para ulamak ada yg berpendapat ayat ini turun bagi memberi motivasi supaya tentera Islam tidak lemah dari berjuang walaupun menerima pukulan teruk dalam perang Uhud.

 Sementara ada yg berpendapat ayat ini memberi motivasi kepada sahabat yang mahu memintas tentera Abu sufian...

 Walau apa pun mereka sepakat mengatakan perkataan ibtighail qaum itu berkaitan peperangan jihad....

 Para ahli tafsir juga berpandangan ayat ini bertujuan memberi motivasi kepada nabi dan orang beriman ketika berdepan dengan orang-orang kafir yang menentang Islam....

 Apa yang mahu saya utarakan ialah menggunakan ayat itu dalam pertembungan politik adalah tidak tepat, terutamanya ketika berdepan dengan sesama Islam. 

 Ini kerana perbezaan itu berbentuk perbezaan ijtihadi dan perbezaan strategi. Bukan perbezaan antara iman dan kufur.

 Ayat ini tidak boleh digunakan bagi menyokong pertelingkahan sesama Islam kerana Allah mengkhususkan ayat ini untuk menerangkan keperluan sabar ketika berdepan dengan musuh yg berlainan aqidah.

 Buktinya diakhir ayat Allah berfirman...watarjuuna minallah mala yarjun..kamu mahu dari Allah apa yang mereka tidak mahu..(iaitu ganjaran dan keredaan).

 Menggunakan ayat2 begini dalam pertembungan sesama Islam boleh mengelirukan masyarakat dan menimbulkan fitnah kafir mengkafir.

 " sila rujuk tafsir...zilal al quran, al manar, al munir, fathul qadir,al baghawiy, qurtubi, attobari ~ Ustaz Rosli
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

jange duk pujo hadi awe lebih2 gak
here aku nge puok2 pas ni terlebih wala sangat
hadi pon bukannya maksum spt geng2 pas kata
kecek pon belawak(isu pil kuda dlm mahkamah)
lari dari tugas(ponteng sidang parlimen)
byk lagi la kalau nak sebut perangai mamat ni
yg paling teruk ego dab riak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...