GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, July 26, 2015

HUDUD & KEADAAN SEMASA - Bhg. II (Siri Pemahaman Undang-Undang dan Hudud).

Silakan Tuan-tuan, kita fahami sedikit lagi kedudukan Hudud & kaitannya dengan Perlembagaan Malaysia. Mudah-mudahan ia akan menjadi lebih jelas dan dapat mengelak daripada berlakunya perbalahan yang tidak sepatutnya berlaku.

 Ini kerana bukanlah sebegitu mudah untuk kita melaksanakan Undang-Undang Syariah YANG MENYELURUH di Negara kita - akibat daripada susunan, perletakan dan pembinaan Perlembagaan Persekutuan yang agak kompleks dan unik. Ia bukanlah semudah 'jika kau bersetuju denganku, maka kau rakanku dan jika kau bertentangan denganku, maka kau musuhku'. Ia tidak mudah untuk direalisasikan, tetapi bukanlah mustahil untuk kita menjadikannya satu kenyataan.

 Cukup untuk saya sebut dua Peruntukan yang berkaitan sahaja dahulu. Dan dua peruntukan ini merupakan dua Peruntukan utama dan tidak dapat dielak daripada dibincangkan dalam rangka meletakkan undang-undang Syariah yang menyeluruh di Malaysia.

 Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa ISLAM itu adalah AGAMA BAGI PERSEKUTUAN. 

Tetapi Perkara 4 (1) pula menyebut bahawa Perlembagaan adalah UNDANG-UNDANG UTAMA Persekutuan, BAHKAN mana-mana Undang-Undang yang bertentangan/tidak selaras dengannya adalah dikira sebagai TIDAK SAH! Lalu bagaimana? Mana yang terpakai? Macamana nak selesai? Maka sebab itu saya katakan.... usaha untuk mencapainya perlu dibuat dengan bijaksana......

 Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan:-

 "Islam ialah AGAMA bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan".

Artikel 3 (1) Federal Constitution:-

 "Islam is the RELIGION of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation".

 Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan:-

 "Perlembagaan ini ialah UDANG-UNDANG UTAMA Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah TIDAK SAH setakat ketidakselarasan itu".

Artikel 4 (1) Federal Constitution:-

 "This Constitution is the SUPREME LAW of the Federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be VOID".

 Walaupun isinya berkenaan teknikal/undang-undang, silakan juga jika nak berbincang soal politik.

 Wallahu a'lam. ~Murtadza Mokhtar
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...