GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, July 14, 2015

Jangan lupa desakan Tony Pua : Pecat 3 Exco PAS Selangor selepas Raya ....

PAS Selangor mengharapkan satu mekanisme baharu mentadbir kerajaan negeri tanpa DAP selepas keputusan Majlis Syura Ulama yang memutuskan kerjasama politik dengan parti sekular itu, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sallehen Mukhyi.  Baca sepenuhnya di sini.

Bekas ketua penerangan parti itu Datuk Mahfuz Omar menegaskan PAS perlu segera membuat keputusan untuk berundur dari kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Katanya, PAS perlu berbuat demikian agar tidak dilihat hipokrit memandangkan Majlis Syura Ulama telah memuktamadkan untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamar Jun lalu, lapor Sinar Harian. 

 “Saya desak parti (PAS) buat keputusan untuk berundur.

 “Sekiranya tidak berbuat demikian, masyarakat akan melihat PAS sebagai hipokrit,” anggota parlimen Pokok Sena itu dilaporkan sebagai berkata di sini.
Komen al-Husseyn :

Ini semua tanda-anda kecelaruan yg sedang menyelubungi PAS gara-gara memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP. Menarik juga kita lihat apa dia bentuk 'mekanisme baharu mentadbir kerajaan negeri tanpa DAP 'yg bakal dicadangkan oleh JKPP.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak itu nampak bercelaru bila dia suruh DAP mengemukakan cara untuk bertindak sebagai sebuah kerajaan.

Apakah Sallehin Mukhyi telah lupa mekanisme yang telah pun Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua nyatakan terlebih awal dulu?

Meh, kita ingatkan semula Sallehin Mukhyi : 

Tony Pua telah mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan tiga EXCO negeri dari Pas.

DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu. Boleh faham tak tu??

Dan adalah berkemungkinan besar, jika PKR enggan lakukan perkara tersebut, DAP Selangor  akan menurut cadangan pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari menyarankan :

1) Usul undi tidak percaya dalam dewan. Mana-mana Adun boleh uji pentadbiran Azmin dengan mengemukakan undi tidak percaya. Ia boleh dibawa oleh Umno, DAP atau pun PAS.

2) Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) dan adakan pilihan raya negeri semula bagi memberikan mandat kepada rakyat. (Rujuk di sini ) 
Comments
5 Comments

5 comments :

Malaysiabaru said...

Salam Admin

Perkara ni kami dah tulis 2 bulan lepas dlm blog

Masalahnya azmin masih tak yakin g18 atau harapan baru boleh gantikan pas

Mcmana nak ubah mindset tak berani azmin nih?

pok amid littor said...

Kiranya DUN dibubar, ianya ada krn usul daripada DUPP.
Amacam pak-pak lebai PAS? Lain kali bila nak luluskan satu- satu usul, fikirkan lah akan implikasi nys!!

Anonymous said...

Keputusan muktamar dan msu supaya PAS tidak berkerjasama dgn DAP, telah dibuat oleh PAS sendiri. PAS telah mencipta masalah kerana kebengongannya dlm berpolitik. Alih2 sekarang ini pula minta DAP tunjukkan jalan untuk mengatasi masalah buatan PAS, tidakkah itu menunjukkan kebengongan PAS secara jelas? Apa perlunya DAP diminta menyelesaikan masalah itu, bukankah mereka dlm PAS ada siku dan lutut serta cakar rimau?

JALAK LENTENG said...

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH...DEMIKIAN PERIBAHASA....
YG BENAR TETAP BENAR...BUKTINYA KELAK JADI SEJARAH.

Anonymous said...

Haha..asal org kafir pnye arahan, mesti ko nak taat..apara..ko bc quran tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...